Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 28, 2015

Wajarkah ikut perintah membunuh dan hapuskan bukti?

Adakah mendiang Altantuya itu musuh negara Malaysia?
Lupakah mereka ini berkhidmat untuk negara bukan untuk orang tertentu?
Aku simpati dengan Makcik ni tapi tidak pada anaknya yang tak pakai otak dan tentunya kejam!

Gempar!!! Punca Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar Melawat Ibu Koperal Sirul Terdedah.. Jom Terjah!!!

Keluarga koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu menganggap bekas polis itu “dianiaya".

Ibunya Piah Samat, 74, berkata, ini kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis, lapor Harakahdaily.

"Tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat," beliau dipetik sebagai berkata.

“Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang Satu (Allah), nak minta tolong pada siapa lagi,” beliau dipetik sebagai berkata dengan nada sebak.

Akhbar web PAS itu melaporkan Piah sebagai berkata demikian ketika menerima lawatan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Bukit Gantang semalam.

Harakahdaily juga melaporkan Piah sebagai berkata, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, penduduk kampung sekitarnya datang memberi sokongan.

“Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa orang,” katanya sambil menitis air mata, lapor Harakahdaily via sedakasejahtera


3 comments:

  1. Sirul dan Azilah dan ribuan pegawai dan anggota PDRM yang lain tahu bahawa bunuh orang atas arahan peribadi seseorang itu salah. Ini bukan operasi resmi membanteras jenayah dan terbunuh seorang dua didalamnya. Ini satu muslihat dan pakatan jahat untuk membantu seseorang dengan membunuh seturunya untuk kepentingannya. Jadi dalam kes ini mereka berdua yang dituduh membunuh wajib menerima hukuman gantung sampai mati.
    Terpulang lah kepada mereka samada mau mendedahkan dalang yang suruh mereka melakukan perbuatan jahat itu. Jika mereka tidak mendedahkan maka ternyata benar teori konspirasi yang menyatakan bahawa mereka menerima upah membunuh dan mereka tidak boleh kata bahawa mereka di kambing hitamkan.
    Mereka berdua adalah salah seperti yang didakwa ( Guilty as Charged ).

    ReplyDelete
  2. Anon 9:50 PM

    Saya cukup setuju dengan saudara

    ReplyDelete
  3. Anon 9:50 PM
    Mereka berdua itu adalah anggota yg perlu patuh kpd perintah dari pegawai yg lebih tinggi, itulah disiplin tugas mereka. Saya setuju dgn pendapat anda, 'jika dan HANYA jika' mereka melakukan pembunuhan tersebut dlm keadaan mereka menyedarinya ia adalah salah ataupun ianya keputusan mereka sendiri.

    Tetapi bagaimanakah pula keadaannya, sekiranya mereka diberi maklumat palsu dgn mengatakan Altantuya itu membahayakan keselamatan negara? Altantuya dilabel sebagai pengintip dan memiliki maklumat teramat sulit yg boleh mendedahkan rahsia negara kpd pihak musuh, itulah rekod hasil risikan diberitahu kpd mereka berdua dan mereka ini pula sudah tentu telah mempercayai maklumat yg diterima dari pegawai lebih tinggi itu tanpa boleh dipersoal. Dgn perintah serta berbekalkan maklumat yg mereka percayai itulah mereka melakukan pembunuhan diatas kepercayaan demi keselamatan negara. Jika kejadian itu dapat disembunyikan tentu semuanya tutup mulut, tetapi dgn kehendak Allah jua ianya telah gagal disembunyikan. Maka mahu atau tidak mereka shj yg menanggung akibat sedangkan pegawai yg lebih tinggi yg telah memberikan perintah itu hanya cuci tangan. Arahan diberi menerusi telefon bukannya berbentuk hitam putih, jadi apa bukti yg mereka ada untuk mempertahankan diri? Jika inilah situasinya, bukankah betul dakwaan Sirul bahawa dia telah dikambing hitamkan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa