Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 23, 2015

Kali ini Najib tidak akan rebah, Mahathir yang akan masuk tanah!

Tinggal lagi Najib kena rombak kabinet
Lantik menteri-menteri yang mampu membantu....
Sudah-sudahlah dengan menteri yang kebanyakannya merapu!

Adakah Najib bakal mangsa keenam Dr Mahathir, soal Kit Siang
Published: 23 January 2015 2:44 PM
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang persoal adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan jadi mangsa politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2014.

Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal menjadi mangsa terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, susulan serangan Dr Mahathir yang menyaksikan Najib enggan untuk beralah, adakah Malaysia bakal mengheret "harimau" atau "buaya" pertamanya ke mahkamah dan ke penjara dalam kempen anti rasuah negara.
Lim merujuk kepada perang saraf di antara kem Najib dan pemimpin veteren Umno, Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang menjadi menjadi isu hangat kini.
Lim berkata, sepanjang 45 tahun lalu, perdana menteri keempat Malaysa itu didakwa sudah memangsakan lima pemimpin politik utama negara.
Katanya, ia bermula dengan "Bapa Kemerdekaan Malaysia" yang juga perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, 2 timbalan perdana menteri yang hampir menjadi perdana menteri iaitu Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, katanya, mangsa politik Dr Mahathir termasuk perdana menteri kelima Abdullah, dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, calon perdana menteri sepanjang zaman.
"Persoalannya sekarang sama ada Dr Mahathir akan menambah perdana menteri keenam, Najib menjadi koleksi mangsa politiknya di Malaysia.
"Najib nampaknya tidak akan berdiam diri, dan timbul persoalan sama ada ‘harimau’ atau ‘buaya’ pertama akan diheret ke mahkamah dan kemudian ke penjara dalam sejarah hambar pembanterasan rasuah di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 23 Januari, 2015. - sumber

3 comments:

  1. Dlm UMNO, Ku Li tetap yg terbaik
    Yg lain semua mangkuk hayun

    ReplyDelete
  2. Anon 12:08am, Ku Li memanglah yg terbaik dari kalangan yg semuanya adalah hampas belaka. ABU!

    ReplyDelete
  3. Raja Abdullah pun sudah kiok.

    Arab macam unta jugak , sengkek.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa