Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 21, 2015

Misteri yang akan kekal misteri?

PAS bangkitkan isu dalang kes Altantuya
mk - 5:47PM - 20 Jan 2015
PAS berharap dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu diberi ruang menjelaskan kepada umum berkenaan motif tindakan itu bagi merungkai misteri seputar perkara itu.

Ia juga, kata parti Islam itu, supaya pihak yang menjadi mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Dalang di sebalik kes yang kejam ini mestilah diheret ke muka pengadilan juga,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz mengulangi persoalan berkaitan motif di sebalik pembunuhan itu yang diperkatakan banyak pihak, termasuk pemerhati dan peguam pembelaan sendiri.

“Namun, persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini ialah apakah motif pembunuhan warga Mongolia, Altantunya Sharibuu.?

“Motif adalah elemen yang sangat penting yang menjurus kepada perlakuan membunuh, apatah lagi mereka disabitkan dengan tuduhan membunuh dengan niat.

Mahfuz juga ingin tahu sama ada tindakan itu berlaku disebabkan agenda peribadi atau arahan pihak tertentu.

Lebih-lebih lagi ekoran kedudukan mereka sebagai anggota polis elit yang bertindak hanya mengikut arahan yang dikeluarkan.

Lompang sistem keselamatan

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz berkata kehilangan Sirul ke Australia juga menunjukkan ada lompang dalam sistem keselamatan negara.

“Bagaimana tertuduh kes jenayah berat yang masih belum selesai kes perbicaraan boleh dengan mudah dibenarkan untuk ke luar negara?

“Tambahan pula wajah tertuduh sememangnya sudah lama dibiarkan menjadi misteri dan tidak dapat dicam oleh masyarakat umum,” katanya.

1 comment:

  1. Betulkah Sirul telah pergi ke Australia sepertimana yg diperkatakan itu? Boleh jadi juga dia mengikut jejak Altantuya. Kita ada menteri yg sedang menipu sekarang ini, jadi tidak mustahil anak buahnya pun menipu juga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa