Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 21, 2015

Kisah QZ8501: Naik dengan kelajuan luar biasa - link ke gambar mangsa

QZ8501: Pesawat naik dengan kelajuan luar biasa
PUBLISHED: Jan 21, 2015 07:32pm
Kata Jonan, kenaikan pesawat dengan kelajuan 6,000 kaki per/minit sama sekali tidak wajar kerana kenaikan dengan kelajuan 1,000 hingga 2,000 kaki per/minit sudah dianggap luar biasa untuk pesawat komersial

JAKARTA, 21 Januari:

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa didapati naik pada ketinggian yang tidak wajar, sebelum turun secara mendadak.

Menteri Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan bagaimanapun berkata punca sebenar yang menimpa pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu, masih tidak dapat dipastikan.

“Pada saat-saat terakhir pesawat naik tidak wajar untuk menambah ketinggiannya, dan turunnya terlalu cepat. “Pesawat itu naik secara tergesa selepas belok ke kiri dan naik dari ketinggian 32,000 kaki ke ketinggian 33,700 kaki dengan kelajuan 1,400 per/minit dalam tempoh enam saat,” katanya yang petik Kompas.com.

Jelas Jonan, selepas itu pesawat terus naik dengan kelajuan 6,000 kaki per/minit dari ketinggian 33,700 kaki ke 34,500 kaki.

Katanya, kenaikan pesawat dengan kelajuan 6,000 kaki per/minit sama sekali tidak wajar kerana kenaikan dengan kelajuan 1,000 hingga 2,000 kaki per/minit sudah dianggap luar biasa untuk pesawat komersial.

“Saya rasa pesawat tempur saja naik 6,000 kaki per/minit pun tidak boleh,” katanya.

Malah menerusi data radar juga, Jonan berkata, ia menunjukkan pesawat terus naik dari ketinggian 34,500 dengan kecepatan 8,400 kaki per/minit ke ketinggian 36,300 kaki dan terus naik dengan kelajuan tinggi sehingga mencapai 11,100 kaki per/minit. - sumber

Gambar korban ada kat sini

2 comments:

  1. Apa pula kemungkinannya yg boleh menyebabkan kelajuan pesawat sampai begitu laju sekali, taufan atau puting beliungkah?

    ReplyDelete
  2. Allah SWT nak binasa kan umat umat yang zalim ada banyak cara.

    Ini satu nya.

    Dalam semua 166 yang mati , pasti ada lahanat yang jijik.

    Moga2 negara tidak di kena bala tornado.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa