Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 28, 2015

Berita Gempaq di Kelantan.......

Apa pun Mad Yaacob bertegas tidak ada pembalakan yang tidak terkawal
Adakah Mad Yaacob bertegas dalam sedar atau pun berkata-kata tanpa mendapat maklumat terlebih dahulu?

Banjir besar diramalkan berlaku lagi seperti Kelantan, kata pakar
Published: 28 January 2015 11:08 AM
Pakar kaji cuaca, Dr Liew Ju Neng berkata taburan hujan luar biasa sehingga 4 jam sehari di Kelantan ialah akibat fenomena Madden Julian Oscilation (MJO) di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 28 Januari, 2015.

Malaysia bakal menyaksikan lagi beberapa banjir besar sehingga menyebabkan lebih 100,000 rakyat Kelantan hilang tempat tinggal ekoran pemanasan global, penebangan hutan, dan kelemahan penguatkuasaan.
Kesimpulan ini dicapai pakar semasa forum perbincangan mengenai banjir Kelantan malam tadi yang membahaskan 3 faktor ini yang pada asalnya berlaku setiap tahun, bertukar menjadi malapetaka.
Memandangkan banjir berlaku setiap hujung tahun, faktor ini dijangka akan berlaku di negeri lain dan mungkin lebih buruk.
Pakar kaji cuaca, Dr Liew Ju Neng berkata, taburan hujan luar biasa sehingga 4 jam sehari di Kelantan berlaku disebabkan elemen iklim tropika yang dipanggil Madden Julian Oscilation (MJO).
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, MJO berasal dari Lautan Hindi dan melintasi Malaysia 4 kali setahun.
"Apabila MJO bertemu musim monsun timur laut di Semenanjung Malaysia pada hujung tahun, hujan akan turun lebih kerap daripada biasa," katanya semasa forum ‘Banjir di Kelantan: Takdir atau kebetulan?’ di Kuala Lumpur malam tadi.
MJO meningkatkan jumlah angin timuran yang membawa lebihan air dan mendorong monsun mengeluarkan hujan luar biasa apabila melintasi Semenanjung Malaysia.
Liew berkata, walaupun MJO melintasi Malaysia 4 kali setahun, tetapi hujan ribut hanya berlaku apabila ia mencapai fenomena iklim lain seperti monsun.
"Sejak tahun 1970 MJO menjadi semakin aktif. Ekoran pemanasan global, MJO meningkat daripada 40% kepada 50%. Jadi dalam tempoh 30 hingga 40 tahun akan datang MJO akan melintasi kawasan kita 6 kali setahun," katanya.
Peningkatan kekerapan MJO akan menyebabkan lebih banyak ribut petir yang akan menjadikan banjir lebih kerap berlaku.
Banjir besar di Johor pada tahun 2006 dan 2007 yang berpunca daripada hujan luar biasa, juga disebabkan oleh MJO, kata Liew.
Forum malam tadi dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), salah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang turun membantu kawasan terjejas akibat banjir di Kelantan.
Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff (gambar) berkata, banjir menyebabkan kemusnahan RM2 bilion manakala 2,500 rumah musnah di Kelantan dan mengorbankan 12 nyawa.
Turut terjejas negeri Perak, Terengganu, dan Pahang yang melibatkan 200,000 penduduk sehingga hujung tahun lalu.
Kerajaan Kelantan dan Putrajaya dipersalahkan kerana tidak cukup bersedia menjalankan misi bantuan selepas ada penduduk yang terputus hubungan, bekalan makanan dan pakaian selama berhari-hari.
Aktivis Sahabat Alam Malaysia (SAM) Sharmila Ariffin berkata, faktor lain adalah kerana penebangan hutan bagi tujuan perladangan.
Katanya, jumlah penebangan hutan di Kelantan adalah paling tinggi di Semenanjung.
Kadar penebangan hutan disebabkan ladang pembalakan semula dalam kawasan hutan simpan di Kelantan. Pada 2014, kerajaan negeri memiliki 162,000 hektar tanah yang diklasifikasikan sebagai perladangan balak.
Kawasan perladangan yang sudah dibersihkan, hasil balak serta kawasan belukar yang diambil menyebabkan kawasan tanah menjadi rata dan gondol.
Walaupun Kelantan negeri paling tinggi dalam perladangan balak di Semenanjung, menurut Sharmila, kerajaan pusat juga mempunyai dasar menggalakkan perladangan di seluruh negeri.
"Ini merupakan dasar di seluruh negeri. Bukan hanya di Kelantan. Ada RM1 bilion dana daripada wang rakyat digunakan untuk menggalakkan penebangan hutan dan membina perladangan," katanya.
Bekas ketua pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Fuad Abdul Rahman berkata, penebangan hutan akan menyebabkan tanah terhakis dan menjadikan sungai semakin mendap.
"Bila lapisan tanah atas terhakis, tanah tidak lagi mampu menyerap hujan," katanya.
Hujan lebat luar biasa akan menyebabkan paras sungai melimpah dan menyebabkan banjir.
Keadaan itu berlaku di sekitar Sungai Kelantan apabila hutan dibersihkan dan tanah yang terhakis masuk ke dalam sungai, kata Fuad.
Sungai Kelantan merupakan antara sungai utama yang melimpah dan menenggelamkan bandar Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Baru.
Fuad berkata, kemusnahan alam sekitar boleh dikurangkan jika penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) mensyaratkan pihak yang bertanggungjawab menebang hutan perlu mengemukakan pelan kawalan hakisan tanah.
"Kita sudah serahkan hasil kajian mengenai kemusnahan ini kepada kerajaan Kelantan. Tetapi pegawai memberitahu kami amat sukar untuk Kelantan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal hakisan dan mendapan," katanya.
Keadaan ini bukan hanya berlaku di Kelantan sahaja tetapi di semua negeri.
Kegagalan memantau kerja tanah dan menghalang hakisan tanah yang menyebkan aliran air tersumbat menjadikan keadaan lebih buruk ketika musim hujan lebat.
"Badan penguatkuasaan terletak dibawah PBT. Tetapi selalunya mereka tidak ada kesedaran atau kapasiti untuk melaksanakan penguatkuasaan jadi mereka menyerahkan beban kepada JPS.
"Tetapi JPS hanya boleh bertindak sebagai badan penasihat."
Banjir di Kelantan menurut moderator forum, Badrul Hisham Shahrin merupakan peluang kepada negara lebih berhati-hati terhadap bencana yang bakal berlaku pada masa akan datang dan cara untuk mengatasinya.
Katanya, iktibar banjir di Kelantan boleh digunakan di semua negara apabila penonton merumuskan "Jangan salahkan Tuhan berlakunya banjir". – 28 Januari, 2015.

5 comments:

  1. kah! kah! kah!
    "Kata pakar: Sebab utama banjir disebabkan pemanas global, akan berulang lagi diKelantan. Dapat dikurangkan kesan banjir dgn penjagaan hutan dan penanaman pokok".
    Kenapa nak jadi bodoh, MB Ust Mat kata " Kita tebang balak secara berhemah!" Kenapa nak takwil jadi pula kerajaan Kelantan tanpa Husam, makan dan telan balak".
    Sepatutnya pergi tanyalah pihak yg bertanggungjawab dlm hal menjaga alam sekitar, betullah cakap ust Mat ni! atau lapur kpd SPRM siapa sebenarnya hantu dan penyamun balak di Kelantan, baru adil. Ini tidak melalak tak tentu pasal, nanti org panggil "masuk hantu"

    ReplyDelete
  2. Budak bahalol mama ada kredibiliti ????

    Kesian rakyat Kelantan...

    ReplyDelete
  3. Kesan pemanasan global akan mwnyebabkan taburan hujan yang tinggi.Hutan tebal hanya mengurangkan kesan banjir.Tetapi kesan banjir tetap akan berlaku pada skala tertentu,mengikut perubahan cuaca semasa.Kerakusan pemimpin pusat yang menyebabkan kesan berganda malapetaka bajir akibat tergelamnya akan kebijaksanaan akal pemimpin yang lalai dan tertumpu kepada perihal perkongsian kekayaan bersama.Dana brim sahaja mampu mengatasi masaalah banjir seluruh negara,andai ada perancangan yang kemas dari pengumpulan data banjir semasa.Duit brim setiap tahun tidak mampu memulihkan kehilangan harta benda setiap tahun, angkara malapetaka banjir.

    ReplyDelete
  4. MJO berlaku saban tahun, begitu juga monsun timur laut yang tak pernah gagal berlaku. Bah akibat dari hujan tak bertahan lama dan warna airnya adalah jernih. Banjir yg berlaku ini tidak bercirikan spt diatas dan airnya bertakung selama beberapa hari...

    ReplyDelete
  5. Tahun ini minta geng ustaz buat doa laknat untuk ahli sendiri lagi. Mudah2an dimakbulkan Allah swt. Biar datang laknat lagi besar. Biar orang pas tak tinggal harta apa satu. Orang UMNO tak kisah sebab dia orang mengurus duit.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa