Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 31, 2015

Pistol: Polis siasat gambar?

Kat sini aku confused
Polis siasat gambar atau Saravanan?

Polis siasat gambar Saravanan bawa pistol
OLEH KUMARA SABAPATTY DI KUALA LUMPUR - 31 JAN 2015
Gambar yang menunjukkan pistol terselit di pinggang M. Saravanan

Polis sedang menyiasat gambar yang memaparkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan membawa pistol yang diselit dipinggangnya.
Gambar tersebut menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, polis juga sedang meneliti elemen ugutan berikutan insiden itu dan telah merekodkan kenyataan daripada beberapa orang.
"Kita sedang mengendalikan siasatan," katanya hari ini.
Foto yang memaparkan Naib Presiden MIC itu diambil pada Rabu lalu di ibu pejabat parti ketika beliau dan beberapa pemimpin lain dihalang memasuki bangunan tersebut.
Mengulas perkara itu, Saravanan berkata, dia tidak menggunakan senjata api itu untuk mengancam sesiapa dan apa yang berlaku ialah butang baju kotnya terbuka sehingga menampakkan pistol yang dibawanya itu.
Ahli Parlimen Tapah itu berkata, beliau mempunyai permit untuk membawa pistol sejak menjadi Senator pada 2003.
Pada hari yang sama, Saravanan juga mendakwa menerima ugutan bunuh oleh individu tidak dikenali. - MalaysiaGazette

3 comments:

  1. Pemimpin UMNO selalunya hanya bawa pistol air shj, yg ada kalanya digunakan juga tapi tidak pernah didapati bersalah walaupun mangsa tembakan membuat laporan polis.

    ReplyDelete
  2. Orang Kaya Ber gaya.....

    ReplyDelete
  3. Koliang....macam tu perangai gengsternye...
    Lain kali bawa la parang macam dalam filem Tamil.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa