Sedangkan Acheh dilanda Tsunami pun Malaysia bantu
Malah dunia pun mungkin menghulurkan bantuan kepada kita....
Inilah rasanya kot bila baru nak berbaik-baik dan berkenyit mata dengan musuh selama ini!
Kerajaan Pas akui tidak mampu bersendirian
NIZAM ZAIN - 22 Januari 2015
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Kelantan mengakui usaha pemulihan negeri itu selepas dilanda bencana banjir sukar dilakukan tanpa bantuan kerajaan Persekutuan kerana ia membabitkan perbelanjaan yang besar.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah juga mengakui jika banjir besar itu tidak berlaku, tidak mungkin semangat federalisme semakin seperti hari ini.
"Sebelum ini hubungan (Pas-Umno) masam manis, bila banjir ada kesedaran tinggi timbul untuk duduk berbincang untuk selesaikan semua masalah rakyat. Kalau boleh ditingkatkan kerjasama ini dan ketepikan sempadan politik demi rakyat, ini dalam konteks kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
"Buat masa ini rakyat paling penting, sebab banjir ini menimpa semua rakyat tanpa mengira parti," katanya pada Wacana Sinar Harian bertajuk Kelantan Pasca Banjir di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata lagi, apabila membincangkan punca banjir besar itu berlaku, aspek ketentuan ALLAH tidak wajar diketepikan begitu sahaja.
"Bila berbincang banjir kadang kala kita lupa apa yang ditentukan ALLAH. Kita setiap tahun berdepan banjir cuma bentuk besar dan kecil itu berbeza antara setiap tahun.
"Apa yang berlaku di luar jangkaan semua pihak dan semua pihak terkejut, walaupun hujan turun empat hari berturut-turut, tiada amaran berlaku banjir besar bakal berlaku. Keadaan semakin kelam kabut apabila keluar berita di internet telah mencemaskan semua orang termasuk di luar Kelantan," katanya lagi.
Cakap macam ini semua orang boleh cakap...
ReplyDeleteBiasa nya pemimpin tal ber tanggung jawab saja cakap macam ini.
Tak ada usaha kuat , tetiba mengalah
Ini kira bahalol sebenar nya.
Islsm tidak mengajar macam ini.
Meluat tgk muka mamat pendendam ni
ReplyDeleteRasa diri hebat tapi sebenar nya hancuss
Rasanya dia ni patut msk ummno. Menyusahkan org, kalau buka mulut saja nak suruh kerjasama pas dgn umno. Kalau day kemaruk Sgt, berhenti pakai kopiah tu, msk he umno.
ReplyDeletekau setakat Blogger cakap, mengutuk dan memfitnah pandailah. cuba kau dalam situasi Nik Amar sekarang, entah-entah kau telah lari keluar negera sekarang. Nik Amar lebih prihatin pada rakyat negerinya yg menghadapi musibah. satu hari nanti ditakdirkan kau dan keluarga dilanda musibah pulak bagaimana?
ReplyDeleteJgn mementingkan politik sangat, rakyat perlu dicakna.
Abe
ReplyDeleteSekarang pergaduhan besar sedang berlaku di dalam UMNO antara geng Mahathir dengan geng Najib. Nik Amar perlu risau tentang perkara ini kerana untung nasib hendak berbaik dengan UMNO bergantung kepada siapa yang menang. Jika geng Najib menang, Nik Amar boleh menarik nafas lega. Jika geng Mahathir menang, alamatnya segala impian akan hancur lebur. PAS akan mati beragam kerana impian hendak bersama UMNO dah musnah. Hendak berpatahbalik kepada PR dah tak boleh kerana geng UG dah runtuhkan kesemua jambatan persahabatan dengan PR.
Bila PAS berada didalam situasi ini, sudah terkontang kanting keseorangan dan imej yg tercalar, inilah masa paling sesuai untuk menunaikan impian puak UG untuk ditendang keluar dari PR. Yang puak UG buta matahati dengan perbuatan mereka membuat onar dalam PR ialah kesan buruk lebih banyak menimpa PAS dari PR!. Buat masa ini, biarkan puak UG ni buat onar sehingga satu masa menjerat meteka dan PAS.
Masaalah hendak bekerjasama dengan UMNO adalah mudah. Ia adalah masaalah dalaman PAS yang tidak sepatutnya diheret kedalam PR. Ia masaalah mudah sebab PAS mempunyai mekanisma untuk menyelesaikan isu ini secara dalaman. Perlembagaan PAS dah nyatakan dengan jelas - buat muktamar khas atau bawa usul dalam muktamar PAS yang diadakan setiap tahun!..... susah sangat ke nak bawa usul itu? Ini punca mengapa isu kerjasama dengan UMNO ini brtlarutan sehingga boleh memecahbelahkan PAS.
Tokoh-tokoh utama UG srperti Haji Hadi, Mustafa Ali, Dato Haron Din, Nik Zawawi dan At takiri adalah tokoh-tokoh berpegaruh didalam PAS. Takkan meteka tak boleh betgabung untuk membawa usul membawa PAS keluar dari PR ke Muktamar. Mengapa mereka membiarkan isu ini memporakperanda PAS sekarang? DIMANA KELIMPINAN ULAMAK YANG DIKATAKAN HEBAT ITU...KEPIMPINAN YANG MESTI DIPATUHI TANPA SOAL?....Susah sangat ke nak bawa usul itu? Usul itu sebesar bangunan KLCC ke atau seberat gunung everest ke? Yang paling menyedihkan adakah tokoh-tokoh hebat ini buta perlembagaan PAS srhingga tidak tahu bahawa wujud satu mrkanisma dalaman yang jelas untuk menyelesaikan isu mudah ini?
Jadi, ahli-ahli PAS jena cuba buka minda dan fikir benda ini!
kisah UG ni dah bertahun-tahun diwar-warkan oleh PKR tapi tak ada jugak. Jenis ada DNA Umno memang macm tu suka menyebarkan fitnah.
ReplyDeleteAku harap blogger-blogger PKR amnya dan bat8 khasnya pun tolong buka minda jugak. aku tak dengar pun kutukan dan cemuhan pd seorang ahli parlimen DAP yg mengutuk Anwar baru-baru ni. maklumlah tidur sebantal dgn DAP tak berani pun nak cuit sikit, takut dgn Cina lebih takut drp prinsip walaupun boss sendiri dikutuk.
aku kita PAS lebih baik sikit dari PKR sekurang-kurangnya membantah dan melawan jugak siCina DAP. Jgn nama dan rupa aje Melayu tapi cita rasa bagai bangsa Cina