OLEH LIONEL MORAIS DAN AMIN ISKANDAR
Published: 29 January 2015 7:13 AM
Abdul Razak Baginda berkata spekulasi mengenai kes Altantuya Shaariibuu menjadi bertambah 'berbelit' walaupun sampai ke penghujung proses undang-undang. – Gambar fail, 29 Januari, 2015.
Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.
Razak dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006 tetapi dua komando polis didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir bulan ini.
"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.
Mereka ialah Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, bekas kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK).
Namun, motif pembunuhan itu tidak dapat dipastikan. Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, memutuskan keterangan mengikut keadaan sudah cukup untuk menghukum kedua-duanya ke tali gantung.
Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia memohon agar dia diekstradisikan.
Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Razak berkata spekulasi mengenai kes itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.
"Keadaan ini sudah menjadi agak tidak masuk akal dari segi spekulasi. Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini tetapi kini, lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang.
"Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul melarikan diri dan pergi ke Australia," kata Razak, sambil menambah beliau bersedia untuk bercakap sekarang kerana dari sudut undang-undang, kes jenayah itu sudah berakhir.
Beliau juga menyentuh laporan mengenai luahan hati ibu Sirul Azhar, mengatakan anaknya diperangkap.
"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.
"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.
Razak merujuk laporan anak Sirul Azhar tiba-tiba muncul menulis di laman Facebook, mengatakan dia berada di Australia bersama ayahnya.
Pengguna Facebook yang menggelar dirinya Shuk Sz itu mendakwa sebagai anak Sirul Azhar yang berusia 19 tahun.
Dalam postingnya, Shuk Sz berkata Sirul dipanggil memberi kenyataan tetapi tidak menyebut pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Beliau berkata jika kenyataan itu boleh mencemar reputasi Malaysia.
"Kita malah tidak tahu kesahihan akaun Facebook itu, tetapi ia mendapat liputan. Tiada siapa yang terfikir untuk memeriksanya?
"Jika anda hanya menganggap ini sebagai pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, maka ia hanya satu kes pembunuhan semata-mata," katanya.
Razak bertegas dua anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah".
"Akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pertahanan terbaik turut terlibat, termasuk mendiang Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan."
Beliau mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.
"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.
"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?"
Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.
Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Timbalan Superintenden Musa Safri kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.
Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul selepas perbicaraan berterusan selama 159 hari.
Pada 23 Ogos, 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis itu kerana kekurangan bukti.
Malah, Hakim Tengku Maimun Tengku Mat, yang membacakan keputusan berkata, mereka sepatutnya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Hakim memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu.
Tengku Maimun mengingatkan episod buruk dan dahsyat itu bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum Azilah dan Sirul dilibatkan.
Pihak pendakwaan berkata tidak perlu memanggil Musa sebagai saksi kerana beliau hanya seorang sampingan dalam kes itu, dan afidavit Razak yang menyokong permohonan ikat jaminnya mendedahkan peranan pegawai kanan polis itu terhad kepada memperkenalkan beliau (Razak) kepada ketua polis Brickfields.
Malah Sirul, yang memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, berkata Musa tidak terlibat dan tidak memberi sebarang arahan. – 29 Januari, 2015.
Kalo dah bwk virus abis pakat semua org terkena.nyusahkan org...hang cipta penyakit lps tu cabut selamat diri sendiri dgn berkilo2 harta...
ReplyDeleteKena letup ngan C4 kematian biasa? Agaknya tahap kematian macam mana baru boleh diklasifikasikan sebagai luar biasa. Razak, kamu x de perasaan ke atau kamu retard?
ReplyDeleteHoi Razak Baginda, kematian yg berlaku semasa dlm tahanan reman polis yg kamu sebutkan itu masih ada juga mayat dlm bentuk sempurna dan tidak pernah diledakkan oleh polis yg terlibat. Tapi Altantuya dibunuh dan diledakkan sehingga berkecai menggunakan C4, malahan rekod kemasukannya ke Malaysia di imigresen yg telah dipadamkan itu tidak mungkin dua anggota polis itu boleh melakukannya, mustahil!!! Sudah tentu ada individu lain yg terlibat. Dua anggota polis itu pergi ke rumah kamu setelah kamu menelefon pegawai atasan anggota yg mengarahkan mereka ini ke rumah kamu. Kenapa pegawai atasan itu tidak dipanggil sebagai saksi semasa perbicaraan sebaliknya dia hanya mengeram telur shj? Aku tetap mempercayai ada komplot dlm pembunuhan Altantuya peringkat atasan, yg telah menyalahgunakan kuasa memberi arahan supaya pekung mereka tidak dapat dikesan, dua anggota polis itu hanyalah pelaksana mengikut arahan shj.
ReplyDeleteAdakah Altantuya mati dulu kemudian diletupkan utk hapuskan bukti. Atau mati dibunuh dgn gunakan C 4 oleh 2 algojo . Adakah C4 tu milik mereka. Mahkamah nampaknnya ikut skrip akhir nya 2 orang hamba tu dimangsakan utk tutup kes. Situasi in imenunjukkan ia kes yg terancang melibatkan pihak atasan bukan sekadar kes yg biasa. C 4 adakah senjata biasa ?
Delete