Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 24, 2015

Kawan dedah sikap Zamani

Shah Slam dedah perangai sebenar Zamani Slam
Shah
KES penangkapan penyanyi Zamani yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah baru-baru ini sememangnya menggemparkan industri hiburan.
Apatah lagi kontroversi yang timbul berhubung videonya yang sedang menyanyi lagu Gerimis Mengundang ketika di dalam lokap menjadi viral di media sosial hingga mengundang simpati rakyat Malaysia.
Sementara itu, tiba-tiba rakan Zamani yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Slam tampil bercerita mengenai sikap terpuji penyanyi terkenal itu.
Shah selaku gitaris dalam kumpulan Slam.
Kenyataan Shah Slam yang dikongsi di hari Jumaat yang mulia hari ini di laman sosial, Facebooknya mencuri tumpuan pelbagai pihak khususnya para netizen.
“Dia punya adap & sikap menghormati orang lain yang sangat tinggi dan sangat berhati-hati bila berbicara mengenai seseorang takut-takut tersalah kata.. walaupun dibelakang orang itu.”
Menurut Shah Slam, meskipun ramai pihak yang mengetahui kes penglibatan Zamani dalam penyalahgunaan dadah itu namun tidak ramai yang mengetahui sikap dan peribadi sebenar vokalis kumpulan Slam itu.
Malah, Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Bin Abdul Halim turut membuka rahsia perihal peribadi mulia rakannya, Zamani yang telah banyak mengajar dan pengubahnya menjadi insan yang lebih baik.
Pada masa yang sama, rata-rata peminat kumpulan Slam meluahkan turut perasaan simpati dan berdoa agar penyanyi itu pulih dari menjadi penagih dadah seterusnya memilih untuk membuka lembaran hidup yang baru. - sumber

2 comments:

  1. Zamani makan dadah ada sebab nya ; pasal pompuan ke , pasal duit ke , pasal mak bapak ke , atau pasal sendiri.

    Apa pun Zamani berhak dapat peluang kedua tuk ubah dan maju kan diri.

    Ada jutaan orang orang melayu yang bahalol lebih burok dari Zamani yang dapat peluang kedua.


    Zamani ada masa depan bagus tapi perlu ubah , dari gila dadah kepada kesayangan isteri dan anak.

    Contohnya macam Mat Bahalol yang sudah jadi orang....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa