Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 27, 2015

Pilihanraya tempatan: Mengapa takut?

Kenapa rakyat dimomok dengan 13 Mei?
Bukan Hadi tak reti dan tak faham tetapi.......
Hadi hanya ikut skrip UMNO

Pilihanraya tempatan: Mengapa takut serahkan kuasa kepada rakyat? 
Dikemaskini 03:01PM Jan 26 2015
 oleh K Kabilan
SEKILAS PANDANG: Adakah kita sudah bersedia untuk mempunyai pilihan raya majlis perbandaran sekali lagi? Adakah kita, rakyat, mahukannya? Tiada sesiapa yang berkuasa peduli untuk bertanyakan pendapat kita. Mereka menganggap mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. 
Pilihan raya tempatan telah ditangguhkan sejak 1965. Sudah 50 tahun! Dunia telah berubah begitu banyak dalam masa itu. Malahan, Malaysia telah membangun dan kita, rakyat, juga telah menjadi semakin matang. 
Saya rasa boleh dikatakan bahawa kita telah menjadi celik politik mengenai apa yang kita mahu dan perlukan. Dan kita tidak akan dipaksa berdiam diri dengan tindakan memomokkan rusuhan kaum 13 Mei berulang kali. 
Kita melihat demokrasi berjalan di tempat-tempat lain di seluruh dunia. Kita telah melihat apa yang pilihan raya majlis perbandaran boleh lakukan untuk meningkatkan kuasa rakyat di peringkat akar umbi. 
Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengamalkan demokrasi tulen seperti yang dijanjikan, sudah tiba masanya beliau segera mengembalikan undi ketiga. 
Alasan yang diberikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Kota Belud-Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa pilihan raya tempatan boleh membesarkan jurang perpecahan kaum sedia ada di negara ini, adalah tidak boleh diterima.
Jika hujah Abdul Rahman benar, ia hanya menunjukkan kegagalan Barisan Nasional dalam menrapatkan jurang perkauman. Ia hanya memaparkan sikap berdiam diri Umno yang membenarkan ketegangan antara kaum untuk membarah.
Kita bernasib baik kerana mempunyai pemimpin-pemimpin yang progresif seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam Umno yang percaya dengan yakin bahawa rakyat perlu dibenarkan memilih ahli-ahli majlis perbandaran mereka.
"Ketiadaan pilihan raya kerajaan tempatan adalah suatu pandangan kuno. Kita perlu berusaha mencari cara untuk menjalankannya semula, bukannya mencari alasan untuk tidak melakukannya," Saifuddin dipetik sebagai berkata dalam Malay Mail Online pada 25 Januari.
Sudah tiba masanya untuk parti-parti komponen lain dalam BN untuk menyuarakan pendapat mereka. Jika mereka percaya yang mereka masih boleh memainkan peranan dalam memastikan demokrasi berjalan di negara ini, mereka perlu menyuarakan pendirian mereka terhadap Umno, untuk memberi tekanan kepada parti pemerintah utama itu supaya membawa kembali pilihan raya tempatan. 
Pilihan raya majlis perbandaran tidak seharusnya menjadi isu perkauman, atau lebih teruk lagi, ke dalam permainan politik. 
Bantahan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pilihan raya tempatan, dengan menyatakan bahawa ia boleh mencetuskan ketegangan dan keganasan kaum serupa dengan rusuhan kaum berdarah 13 Mei 1969, hanya menunjukkan rasa tidak yakin beliau dan parti itu dalam menghadapi pengundi-pengundi di peringkat akar umbi. 
Ia adalah rasa takut sama yang dirasai Umno – rasa takut ditolak rakyat walaupun di peringkat majlis perbandaran. 
Parti-parti politik yang ikhlas ingin membawa perubahan kepada negara, tanpa apa-apa kepentingan diri sendiri atau cita-cita membolot kuasa walau apa pun terjadi, pasti akan membenarkan pengundi mendapat hak-hak mereka untuk menentukan bagaimana mereka mahu ditadbir. 
Demokrasi berpandu sudah tidak lagi relevan di zaman ini. Pengundi-pengundi lebih berminat untuk mengetahui tentang akauntabiliti dan ketelusan dalam majlis-majlis perbandaran, di mana pemimpin-pemimpin yang tidak cekap, boleh dikeluarkan jika mereka tidak menjalankan tugas. 
Jadi, berhenti memomokkan 13 Mei untuk menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat. Berhenti memainkan isu perkauman untuk kepentingan politik. Jika anda merupakan seorang ahli politik yang boleh berkhidmat kepada rakyat dengan baik, anda tidak seharusnya takut kalah. 
Dan jika parti-parti politik mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, tindakan mengembalikan undi ketiga tidak akan membawa masalah.

6 comments:

  1. Siapa yang takut tu sedara Admin?

    ReplyDelete
  2. sebab kat m'sia ada berbilang bangsa pbt boleh dilaksanakan kat thailand sebab kat sana ada 1 bangsa ja orng siam jd tak ada lah rusuhan kot? kepala otak menteri umno ngan kepala UG/GU sama ja senada dan sealiran.

    ReplyDelete
  3. Hanya orang orang bahalol saja takut pada bayang bayang mereka sendiri.

    Hidup mereka menongkat langit tapi tidak yakin akan kuasa Allah SWT yang menjadi kan dan memberi rezeki kepada setiap umat.

    Apabila bebudak ulamak may kopiah serban takut pada bangsa lain daripada nya , maka masa telah tiba Keldai Unta Kerbau lebih layak menjadi ulamak kerana binatang binatang ini patuh kepada kekuasaan Allah SWT.

    Bahalol saja , dan rata rata orang orang Melayu saja.

    Eh , Pak Haji sudah dapat bonus 500/- tu ke ???? ; tanpa di sedari bangsa Cina saja yang bayar tanggung makan minum orang orang bahalol sampai tua kiok....


    Orang orang Melayu asal usul bangsa rajin kaya raya ke ????

    ReplyDelete
  4. Dah ulamak-ulamak sepakat membantah tu, kita ikut je lah walau pun tak sama dengan pandangan kita. Same'na waátoqna.. Baru dikira menghormati pemimpin.
    Zaman nabi pun, ramai sahabat tak puas hati dgn perjanjian Hudaibiyah tapi masing2 menghormati keputusan Nabi s.a.w.
    Dato' Harun Din pun bantah..
    Berfikirlah dgn hati yg lapang.
    Ulamak pewaris nabi

    ReplyDelete
  5. Wahai Anonmouse 4.33 tolong bagi tahu kepada Presiden Pas dan ulamak UG serta ulamak dalam MSU supaya membuat satu ketetapan atau keputusan dari semua ulamak yang kau puja agar memberitahu bahawa perbuatan bekas MB selangor dulu yang memfaraidkan duit dulu adalah halal dan benar sebelum hendak memutuskan bahawa pilihahan PBT tu salah.Tolong ye

    ReplyDelete
  6. Abe

    Ada ke akhir2 ini kita dok d3ngar Perkasa atau ISMA dok merapu meraban dok cucuh api perkauman bagi pihak UMNO. Ada depa dok hasut orang melayu supaya bergaduh d3ngan cina?

    Takde kan. Bukan pe, UMNO dah jumpa senjata baru. Haji Hadi dan tok lebai-tok lebai UG dah ambik alih tugas Perkasa dan ISMA dok buat kerja UMNO! T3ktiknya Haji Hadi dan k3ngkawan pun s3bijik serupa dengan t3ktik Perkasa dan ISMA - serang cina untuk raih sokongan m3layu. Dalam hal ini, Haji Hadi nak raih sokongan ahli-ahli PAS supaya dia bol3h bawak keluar PAS dari PR.....tu je ag3nda Haji Hadi dan puak UG dok mengamuk sakan sekarang.....s3babnya tak masuk akal langsung apa dia dok buat la ni....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa