Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 27, 2015

“Apa yang hendak didamaikan oleh Shahidan?” - Kadir Jasin

Siapa batu api antara Najib dan Mahathir
 | January 27, 2015
Harus difahami, benarkah berlaku 'ketegangan politik dalaman' antara Mahathir dan Najib. Bagi saya tidak.
Datuk Abdul Kadir JasinPETALING JAYA: Wartawan veteren, Datuk A Kadir Jasin mendakwa wujudnya batu api yang “membakar” hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.
Sehubungan itu beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mendamaikan jiwa Najib dan budak-budak suruhannya yang bersekongkol dengan pembangkang bagi membelasah bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan serta pihak lain yang tidak bersetuju atau menegur mereka.
“Jadi apa yang hendak didamaikan oleh Shahidan?” soal bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akbar News Strait Times itu sambil mengalu-aluan ‘keperwiraan’ dan ‘kesopanan’ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu ingin menyelesaikan ‘ketegangan politik’ dalaman mereka.
Menurutnya, tidak ramai anggota kabinet di bawah pimpinan Najib berani untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri ekoran khuatir dituduh bersekongkol untuk menjatuhkan ‘bos’ mereka atau sudah cukup ‘berakhlak’ untuk menghormati orang tua (Mahathir).
Namun demikian, Kadir secara berkias turut mengingatkan Ahli Parlimen Arau itu supaya tidak tersalah menyerang ‘kincir angin’ kerana menyangkakan ‘kincir angin’ itu adalah gergasi ganas.
“Harus difahami, benarkah berlaku ‘ketegangan politik dalaman’ antara Mahathir dan Najib. Bagi saya tidak,” ujar Kadir mengenai dakwaan berlakunya krisis antara pemimpin terbabit.
Menjelaskan perkara itu, beliau memberitahu, Mahathir hanya membangkitkan isu pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara.
“Sewaktu permulaan, beliau (Mahathir) tidak mencabar Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, tetapi Mahathir sekadar memberi tunjuk ajar dan kemudiannya mengkritik apabila Najib seolah-olah memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut.
“Maka, langkah terakhir Mahathir adalah menarik balik sokongan terhadap Najib,” katanya, dalam entri terbaru blog www.kadirjasin.blogspot.com.
Menurut Kadir, orang suruhan Najib merupakan pihak yang memperkecilkan teguran Mahathir serta Daim, termasuk menggunakan media arus perdana milik UMNO untuk memperkecilkan teguran dua tokoh terkemuka itu.
Disebabkan itu, Kadir mempersoalkan niat Shahidan yang menawarkan diri menjadi “pendamai” dalam menyelesaikan ketegangan politik dalaman kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu.
“Kalau Shahidan berani dan berpengaruh, mereka (budak-budak suruhan) inilah yang perlu dijinakkan supaya tidak menjadi batu api yang membakar perhubungan diantara Najib dengan pelindung-pelindung politik beliau seperti Mahathir dan Daim,” jelasnya.

2 comments:

  1. Kenapa Mahathir teruja sangat hendak mencampuri hal pentadbiran negara wal hal mantan PM yang lepas-lepas tidak pernah mencampuri hal tadbir negara ,kita ada urustadbir yang mengelolakannya apakah Mahathir masih tidak puas kerana anaknya tidak berada dalam kebinet,rakyat telah muak dengan kegilaan kuasa mamak seorang ini,dan juak-juaknya juga masih kehausan kuasa untuk memeras keringat rakyat,sudah-sudahlah bawalah beristfar kerana usia kita sedang memamah jasad untuk keliang lahad,fikir fikir fikir dan fikir.

    ReplyDelete
  2. Woi. Najib sudah menjahanamkan ekonomi negara akibat punasihat2 yg mementingkan kantong masing2. Wajarlah Tun menegur. Kau ingat duit yg dihabiskan tu duit kepala bapak kau org semue ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa