Tapi aku tak fikir pula Anwar sebodoh itu
Tak mustahil Anwar 'cumbu' dengan PM pula
mk - 3:36PM - 22 Jan 2015
Adakah mustahil untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bekerjasama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangani kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin?
Bagi wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, jawapannya tidak.
Kadir berkata kritikan Dr Mahathir dan Daim terhadap pentadbiran Najib dianggap "ancaman" yang boleh menggugat kedudukannya dan perlu disegerakan berbanding ancaman Anwar."Kemungkinan wujud hasrat tersirat dan persefahaman belakang tabir berbentuk quid pro quo (timbal balas) antara Mohd Najib dan Anwar memandangkan kedua-dua mereka mempunyai 'isu-isu' yang mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak-tidaknya pun, dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu.
"Kata ungkapan Inggeris birds of a feather stick together (dua pihak dengan kepentingan sama boleh bekerjasama)," tulis Kadir dalam blognya hari ini.
Sebelum ini Anwar dilaporkan sedia mengemukakan "bukti" kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kedudukan bagi mendapatkan kekayaan melibatkan Daim.
Langkah PKR membangkitkan isu itu juga mendapat liputan media arus perdana seperti TV3.
Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) berkata dalam politik tiada musuh yang kekal.
Sebaliknya. Katanya lagi, yang kekal hanya kepentingan bersama.
"Kalau Anwar boleh berkasih-kasihan dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam Umno dan kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu-cumbuan dengan Mohd Najib.
"Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan berbanding Dr Mahathir dan Daim," kata Kadir lagi.
Anwar masuk perangkap
Dalam tulisannya juga, Kadir berkata langkah menjadikan Anwar sebagai "protagonis utama" untuk menyerang kedua-dua tokoh itu dilihat secara tidak langsung mempertahankan diri Najib.Kadir berkata Najib sedar bahawa Dr Mahathir, Daim dan Anwar adalah trio yang sangat berpengaruh dalam kerajaan.
"Jadi melaga-lagakan bekas 'tiga sahabat' itu adalah strategi bijak.
"Hatta Anwar sendiri tidak sedar dan termasuk perangkap perang saraf Mohd Najib.
"Selain isu kredibiliti dan audiens, MAP (media arus perdana) tidak rugi apa-apa dengan memberi pentas kepada Anwar kerana apabila (atau sekiranya) Dr Mahathir dan Daim berjaya difitnah dan dilenyapkan, tinggallah Anwar sebagai musuh tunggal yang mudah diuruskan," katanya.
Rakyat tak perlu sangsi Dato Seri Anwar Ibrahim .
ReplyDeleteOrang Bijak tak sama macam jutaan yang bahalol.
Itu sebab jutaan UMNO takut pada Dato Seri Anwar Ibrahim.
takde yg jd lebih bahallol selain mrk yg perasan fakeh tetapi bahallol yg tak sedar diri bhw mrk itu sbnr2nya lebih bahallol drp sgl yg bahallol.
ReplyDeletemrk permainkan hudud sama sprt mrk bermain2 dgn FITNAH
Nak membahlolkan orang lihat diri sendiri dulu...tahap mana kebahlolan saudara. Makhluk berlebihan bahlol je merasakan orang lain bahlol. Buat la perkara yang berfaedah sikit semoga kita tidak jadi bahlol sepanjang zaman.
ReplyDelete