Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 31, 2015

Bercakap pada yang dungu?

Pilih antara presiden atau ahli Majlis Syura
Zulhazmi Shariff

Cadangan saya ialah bertujuan menjaga integriti dan kehormatan Majlis Syura Ulama daripada persepsi negatif, pertindihan kuasa, pertindihan kepentingan dan lebih dari itu menimbulkan persepsi buruk ketidakadilan Islam yang diperjuangkan PAS.

Cadangan saya bukan hanya merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi melibatkan semua ahli Majlis Syura Ulama.

Malangnya cadangan saya telah diputar belit dan disalah anggap mengatakan bahawa saya hendak menolak "Kepimpinan Ulama" dan lebih teruk dikatakan ingin menghapuskan ulama dalam PAS.

Itu antara salah tanggapan atau kurang faham atau sengaja buat-buat tidak faham kerana ketaksuban kepada orang-orang tertentu.

Saya juga mencadangkan agar Datuk Seri Presiden diangkat oleh Ahli Majlis Syura sebagai Mursyidul Am menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang semakin uzur. Bukan berniat mengenepikan Datuk Nik Aziz, tetapi mengambil kira keuzuran beliau, maka selayaknya kita melapangkan beliau daripada bebanan dunia. Biarlah Datuk Nik Aziz berehat.

Adakah dengan cadangan mengangkat Datuk Seri Presiden ke jawatan Mursyidul Am itu menolak Kepimpinan Ulamak? Adakah ia menolak ulamak? Adakah ianya ingin menghapuskan ulamak? Saya yakin semua faham tetapi sengaja buat-buat tidak faham kerana yang mencadangkan itu ialah SAYA.

Apabila cadangan saya dihebohkan seantero Malaysia, pelbagai komen, ulasan, kritikan dan tohmahan dilakukan. Ia suatu kebiasaan, bagi saya, kerana lebih dari itu saya pernah alami. Dalam pada itu, ada juga yang membuat cadangan "peralihan kuasa" yang katanya untuk mengelakkan perpecahan lebih teruk di dalam PAS.

Cadangannya ialah supaya Datuk Seri Presiden mengosongkan jawatan presiden dan diangkat sebagai Mursyidul Am. Cadangan itu sama seperti yang saya cadangkan. Walaupun begitu, bagi mengisi kekosongan jawatan Presiden yang dikosongkan oleh Datuk Seri Presiden, mereka mencadangkan nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pengganti.

Secara dasarnya, saya tiada masalah dengan cadangan tersebut. Datuk Tuan Ibrahim ialah seorang yang agak praktikal yang boleh diterima ramai samada di dalam PAS atau di luar PAS. Tiada masalah susuk tubuh Datuk Tuan tetapi masalahnya ialah Datuk Tuan juga adalah ahli Majlis Syura Ulamak.

Saya menolak cadangan Datuk Tuan sebagai Presiden sekiranya beliau masih menganggotai Majlis Syura Ulama. Jika Datuk Tuan hendak diangkat oleh perwakilan sebagai Presiden, saya mohon mencadangkan agar beliau melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Syura dan jawatan-jawatan lain di dalam PAS samada di peringkat Negeri mahupun Dewan.

Biar beliau hanya fokus sebagai Presiden. Jika beliau diangkat sebagai Presiden dan dalam masa yang sama beliau juga mempunyai jawatan lain di peringkat Negeri mahupun anggota Majlis Syura, maka pertindihan kuasa tetap berlaku dan apa yang saya cadangkan untuk dielakkan pada mulanya tetap berulang.

Pilih salah satu. Presiden atau Ahli Majlis Syura. Presiden atau Pesuruhjaya Negeri. Ada yang mengatakan apabila seseorang itu menjadi Presiden, beliau berhak diangkat menjadi ahli Majlis Syura kerana ia automatik. Saya tidak tahu daripada mana hujah itu kerana Perlembagaan PAS tidak memperuntukkan sebegitu.

Kenapa hendak dikumpulkan jawatan kepada orang tertentu atau pihak tertentu? Tidakkah PAS mempunyai ramai cerdik pandai, ramai ulama yang hebat, ramai profesional hebat? Kenapa seorang manusia diberikan bermacam-macam jawatan? Dia lah presiden, dialah ahli Majlis Syura, dia lah itu dia lah ini?

Kita sering heboh mempertikaikan Datuk Seri Najib memegang jawatan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Kita kata bertindan, tidak efektif dan sebagainya tetapi kita juga begitu. Tolonglah "Walk the talk" kata orang arab.

Kita tunjukkan dulu kita mentadbir dan menggerakkan parti kita lebih baik dan cara inilah yang kita akan tadbir Malaysia nanti. Sebarang pertindihan kuasa di peringkat pentadbiran kerajaan, akan kita elakkan. Konsep pemisahan kuasa (Separation of powers) yang kita perjuangkan kita tunjukkan. Kita praktikkan di peringkat parti kita.

Jika dirasakan Datuk Tuan lebih layak menjadi Ahli Majlis Syura maka biarlah beliau sebagai Ahli Majlis Syura. Kalau begitu siapa yang hendak mengisi kekosongan jawatan Presiden? Semuanya adalah budibicara kawasan dan perwakilan.

Bagaimanapun, bagi saya, saya mencadangkan seorang insan bernama Salahuddin Ayub sebagai Presiden. Kenapa Salahuddin dan bukan Datuk Husam Musa atau Mohamad Sabu? Alasannya kerana Salahuddin sama seperti Datuk Tuan, beliau boleh diterima ramai. Datuk Husam tidak disukai segolongan orang begitu juga Mohamad Sabu.

Salahuddin tidak mempunyai "baggage" yang dipikul. Beliau dilihat seperti Tun Pak Lah ketika Tun Mahathir mengangkat pengganti perdana menteri. Beliau boleh dikatakan Mr Clean dalam PAS. Beliau dilihat tidak memihak.

Banyak urusan parti yang digalas dengan baik. Beliau diutus oleh PAS Pusat sebagai orang tengah menyelesaikan "krisis Kedah". Beliau juga diutus oleh PAS Pusat menemui PasMa dan Geng Ustaz. Beliau juga memimpin Lajnah Pemerkasaan Parti. Beliau juga memimpin MEDM yang menggerakkan bantuan mangsa banjir.

Justeru saya merasakan beliau adalah calon paling layak menggantikan presiden jika sekiranya jawatan itu dikosongkan oleh penyandang sekarang.

Majlis Syura Ulama yang dipimpin oleh Mursyidul Am yang baru yang juga Naib Ketua Ulamak Dunia akan lebih disegani dalam dan luar negara. Majlis Syura Ulamak yang dianggotai oleh para ulamak hebat PAS akan lebih fokus memantau, memandu dan menunjangi perjuangan PAS iaitu Islam. PAS yang diterajui oleh Hj Salahuddin akan lebih progresif mendepani politik Malaysia.

Harapan saya gandingan Mursyidul Am Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden Tuan Haji Salahuddin Ayub akan lebih mantap seperti gandingan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat suatu ketika dulu.

PAS kembali gemilang.

5 comments:

  1. Naib Ketua Ulamak Sedunia al makihamun Al Fil Kuda al barua wal broker

    ReplyDelete
  2. Cadangan yang bagus dari Zulhazmi tapi sayang tidak kena pada tempat. Nanti bawa lah ke muktamar biar akar umbi yang putuskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:19

      Ada cara dan peraturan macamana nak bawa usul didalam muktamar. Jika ada cadangan usul ia mesti dimajukan oleh pihak2 yang dibenarkan. Saya tak arif peraturan muktamar PAS secara d3tail. Apa yang dibuat oleh Zulhazmi ialah melontarkan satu cadangan somoga pihak-pihak tertentu mengemukakannya kepada jawatankuasa usul muktamar. Samada dililuskan atau tidak sesuatu cadangan usul itu terpulang kepada jawatankuasa ini. Jika diluluskan maka ia diberi ruang untuk dib3ntangkan usul ters3but kepada perwakilan.

      Itu yang saya tahu secara kasar. Sesuatu cafangan tu ada prosesnya s3belum dibentang didalam muktamar.

      Delete
  3. Abe..
    tajuk berckp pd yg dungu tu bes n kena sgt.hehehehe..bglah fakta pemikiran dinamik haper2 ker tetap akn kluar dr mulut2 pepuak neh x walaa solat kao kurang.

    ReplyDelete
  4. PAS sudah jadi makin bahalol.....

    Orang orang Melayu saja.

    Miskin , malas , tak de duit , dah bahalol gadai bangsa jual pil keldai dengan jala....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa