Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 20, 2015

Zulhazmi cetus api lagi!

Zulhazmi, lebih baik ko diam. Satiful kata ko ni bukan sape pun dalam PAS

Salahuddin Layak Ganti Hadi
Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 7:30 AM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
Salahuddin Ayub, (kiri) disifatkan sebagai 'Mr Clean' dalam PAS dan dianggap individu paling layak untuk menggantikan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS.

PETALING JAYA: Selepas mencadangkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden PAS, bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff sekali lagi mencetuskan kontroversi membabitkan kerusi nombor satu itu.

Terbaharu, peguam muda PAS tersebu mencadangkan supaya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub diberi peluang menduduki jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Jun depan.

Cadangan itu sekaligus dilihat sebagai penolakan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berada di hierarki tertinggi dalam parti selain dua lagi Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa.

Zulhazmi Shariff
"Bagi saya Salahuddin adalah orang yang paling layak. Beliaulah satu-satunya Mr Clean dalam PAS...beliau tidak memihak. Tak ada apa-apa isu yang dikaitkan dengan beliau.

"Takkan nak letak Mat Sabu (Mohamad)? Ada banyak persepsi dan tuduhan terhadap beliau...isu syiah, kuli DAP dan macam-macam lagi.

"Sama juga dengan Datuk Husam. Beliau ada banyak isu di Kelantan, ramai yang tahu bahawa beliau sendiri ditolak di Kelantan," katanya kepada mStar Online pada Isnin malam.

Bagaimanapun tambah Zulhazmi, beliau tiada masalah jika PAS mahu mengangkat Tuan Ibrahim ke jawatan presiden.

"Tapi isuanya masih sama. Tuan Ibrahim perlu lepaskan jawatan dalam Majlis Syura dan Pesuruhjaya PAS Pahang kerana kita tak mahu lihat berlakunya pertindihan kuasa.

"Biar beliau hanya fokus sebagai Presiden. Jika beliau diangkat sebagai Presiden dan dalam masa yang sama turut mempunyai jawatan di peringkat lain, pengasingan kuasa seperti yang saya cadangkan tetap tidak akan berlaku dalam PAS," katanya.

8 comments:

  1. Sokong bro
    Nyahkan hadi awe UG tu
    Satiful ni perasan nk jadi MB ganu
    Pirah!
    Penjilat utama hadi awe

    ReplyDelete
  2. Agak2 dlm pkr dan dap blh buat mcm tu tak...bapak...anak...bini? So lbh baik pemcacai pkr duk diam2...nk goncang bot org terlupa bot sendir tergoncang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rasa PAS tak blh di berikan pendapat,teguran,kritikan....
      lebih baik PAS umum jd parti firaun

      Delete
  3. Tolong jangan jahanamkan democrazy. Biarlah ahli pas yg bahlol pilih presiden yg bahlol ikut suka otak bahlol mereka. Sit back n relax my friend... Litigation utk ke jln duta esok dah siap blum...?

    ReplyDelete
  4. Bahalol saja.

    Bubar kan PAS untuk memaju kembang otak otak orang orang Melayu kampung yang jutaan masih benggap.

    ReplyDelete
  5. Kritikan teguran seharusnya menggunakan saluran yang betul kata Anwar dan Wan Azizah, Zulhazmi ni nak glamour ke? Masa muktamar nanti gunalah saluran tu supaya hajat tercapai. Tiada gunanya mengeluarkan kenyataan terbuka. Secara jantannya Zulhazmi sepatutnya hantar memo atau bersemuka dengan Tuan Guru. Tak susah kalau nak cari Tuan Guru ni. Pergi ke masjid Rusila sebelum Asar dan berjamaah Asar bersama dengan Tuan Guru lepas tu bersemuka la luahkan lah perasaan tu. Baru la nampak jantan.

    ReplyDelete
  6. Seperti biasa bro Zulhazmi bg hangat semalaya...test water kot tgk geng sarban yugi ada panas badan ke tidak?salut bro kami ahli biasa dah muak dgn geng ahli luarbiasa aka geng keta mewah dlm Partai Islam Semalaya ni,kami harap pagar mkn padi...mana isu ekonomi yg mereka bwk ke parlimen?ostaz hellfire ada faham?balik 2 isu kunun org mahu jatuh tuan guru yg waraq,fakeH n ulamak tersohor dunia...hmmmm tak kembang otak betuii...sy rasa xde maknanya presiden tetap org yg sama,bukan tambah ok makin ko...bravo bro Zul,teruskan goreng mereka yg kuncup akal ie yugi dlm PAS

    ReplyDelete
  7. Anom 6:57 masih lagi berangan pasal yugi. PKR dengan UMNO dah nak cium mulut tu nanti boleh la cai-cai PKR beryugi dengan cai-cai UMNO. Kelakar betul.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa