Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 31, 2015

Amaran oleh KLM: Kemungkinan atau saja gempaq?

Polis akan siasat kesahihan surat amaran serangan anggota IS oleh KLM
Astro Awani |Kemas kini:Januari 31, 2015
(Diterbitkan pada: Januari 31, 2015 17:52 MYT)

Polis akan siasat kesahihan surat amaran serangan anggota IS oleh KLM
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan kepada orang ramai bahawa Malaysia adalah selamat
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat kesahihan satu surat amaran bahaya yang didakwa dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Belanda, Royal Dutch Airlines (KLM) tentang satu kemungkinan serangan oleh anggota pejuang IS di Malaysia.

Memetik laporanThe New Straits Times, Kementerian Dalam Negeri dan polis hari ini menolak kemungkinan berlaku ancaman keganasan seperti yang didakwa dikeluarkan oleh KLM itu.

Surat itu tersebar di laman media sosial sejak dua hari lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa Malaysia adalah selamat dan amaran berkenaan tidak mempunyai asas.

Surat berkenaan mempunyai ‘masthead’KLM Security Servicesdan memberi amaran kepada anak-anak kapal dan kakitangannya untuk mengelak tempat awam, pengangkutan awam dan "tidak membuat apa-apa komen mengenai IS."

Amaran KLM
Salinan amaran yang telah diedarkan secara meluas di media sosial dan WhatsApp.

Amaran itu bertarikh 6 Januari dan dianggap sah sehingga 2 Februari.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa