Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 20, 2015

Haa....Gaduh jangan tak gaduh...seronok kan, bila dua kambing jantan di dalam kandang yang sama?

DAP jangan angkuh, kata Mustafa Ali
Published: 20 January 2015 6:50 PM
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata DAP jangan angkuh terutama apabila ada kuasa majoriti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2014.
Pertengkaran terbuka di antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berterusan apabila PAS hari ini menggesa DAP agar tidak angkuh.

Menjawab kritikan Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke baru-baru ini yang mendesak PAS tidak membandingkan pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud, Datuk Mustafa Ali berkata, Pulau Pinang tidak boleh melaksanakan sesuatu tanpa persetujuan bersama PR.

"Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati-matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan kerajaan Pulau Pinang. Ini yang menjadi persoalan.

"Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan. Ini boleh dibuktikan daripada perkara sama dikemukakan Teresa Kok sewaktu menjadi pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Mustafa yang juga setiausaha agung PAS berkata, cadangan menjalankan pilihan raya tempatan sewajarnya tidak diteruskan selagi masih belum mendapat persetujuan bersama dalam PR.

"Pendirian yang diambil pimpinan PR dalam mesyuaratnya berhubung isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama ketiga-tiga parti di peringkat negeri. Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat PR di peringkat negeri. "Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan.

Ini yang menjadi persoalannya. Apa sebabnya, adakah kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang," katanya. Mustafa turut membidas DAP kerana bersikap angkuh walaupun sebelum ini paling lantang bercakap mengenai demokrasi.

"Ini gambaran sikap angkuh yang ditunjukkan pemimpin DAP apabila mereka memperoleh kuasa majoriti. Hal ini juga dimanifestasikan pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS dan PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.

"Sifat arrogant sebagaimana yang ditunjukkan sebahagian pemimpin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang," katanya.

Perkembangan terkini ini rentetan daripada usaha PAS untuk terus melaksanakan hukum hudud di Kelantan pada tahun lepas, tetapi DAP mengkritik serius usaha tersebut. – 20 Januari, 2015.

10 comments:

  1. Pkr x tentang hudud cuma berbelit2...mcm2 alasan...lbh kurang umno dulu2.

    ReplyDelete
  2. Datuk Mustafa Ali membandingkan pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud, sesuatu pelaksanaan tanpa persetujuan bersama PR. Tetapi apa yg Datuk Mustafa Ali tidak nampak barangkali adalah pilihan raya kerajaan tempatan itu tidak perlukan persetujuan atau kerjasama Umno. Kenapa PAS terhegeh-hegeh untuk mendapatkan sokongan dari Umno? Laksanakan sahajalah hukum hudud itu di Kelantan spt dihajatkan tanpa perlu mendapat sokongan Umno, PKR dan DAP. Siapa yg menunjukkan sikap angkuh sebenarnya dlm hal ini.

    ReplyDelete
  3. Payah sangat sembelih je 2-2 kambing jantan tu buat akikah, zaman sekarang orang pakai permanian beradas dr baka baik saja utk ternak kambing.

    ReplyDelete
  4. DAP memang lahanat,kalau untuk kepentingan puak dia semua boleh dan minta untuk dilaksanakan atau dipertimbangkan.Kalau untuk pihak lain yang tidak ada kepentingan puak dia akan masuk campur dan lawan habis-habisan.Memang terserlah perangai tu dari dulu.Minta Malaysia for Malaysian tapi kenapa tak mansuh SJK je untuk semua sekolah bahasa perantara Bahasa Malaysia sebagai menghormati semangat Malaysia dan kesepaduan? Asal agenda Perpaduan je salahkan kerajaan tapi agenda puak sendiri masih jadi keutamaan.Memang dasar sudah naik tocang dan dengan perangai bangsa yang KIASU.PAS pulak ada UG,ada GU siap label MB Swasta yang memang dah terbukti professional dalam mengendalikan isu-isu peringkat negeri dan nasional.Gaduh,jangan tak gaduh sampai semua masuk longkang.Baru dapat Penang,itupun sebab gagasan PR dah nak ANGKUH.Yang PAS pulak dapat Ahli Parlimen yang entah dari ceruk mana tak dapat nak berdebat dalam isu2 yang memerlukan kecerdikan diperingkat Nasional.Hentamlah Labu..

    ReplyDelete
  5. Mustafa Ali ni sebelum duduk sudah hendak bersila, itulah perumpamaan yg tepat.

    ReplyDelete
  6. kenapa pas perlu sokongan umno untuk hudud.? jawapannya kerana umno juga mengaku memperjuangkan islam, kalau umno tak sokong, maka jelaslah ia tidak memperjuangkan islam..

    ReplyDelete
  7. Bagus sungguh idea anon 12:02am ni, kenalah buat test market dulu dan bahannya adalah hukum hudud milik Allah itu. Jika tidak dibuat test market tersebut, bagaimana hendak diketahui sambutan dari Umno itu, betul tak bat8? Anon 12:02am memang bergeliga otaknya, syabas!!!

    ReplyDelete
  8. Yang Bahalol Angkoh Sombong dalam PAS mula mengata DAP Angkoh....

    Bila si Bahalol mengata orang lain Bahalol tanpa sedari diri nya Bahalol , maka rakyat lah yang juga di bahalol kan.

    PAS parti politik Gagal.

    Semua bukan Melayu tahu jelas fakta ini.

    ReplyDelete
  9. Anom 8:36,
    Usul yang nak dibentangkan nanti memerlukan sokongan yang mencukupi didalam parlimen. Sokongan dari MP yang tak kira UMNO atau PKR atau DAP dan PAS. Usul Hudud nI terhalang di parlimen dan terhenti disitu apabila ada tentangan melebehi sokongan. Samada yang menentang itu MP Islam ataupun MP bukan Islam. PAS akan melepaskan AMANAH ini diparlimen kepada MP-MP yang mempunyai kuasa menyokong atau menentang.
    Siapa yang menyokong tak perlu menggengam AMANAH ini. Mereka sudah menunaikan satu tanggungjawab yang wajib sebagai pemimpin Islam. Siapa yang menentang usul ini akan menggengam AMANAH ini selagi mereka bergelar pemimpin. Sampai bila AMANAH ini digengam kita pun tak tahu mungkin akan digengamnya sehIngga kelubang kubur.

    ReplyDelete
  10. Anon 8:14am
    Di dlm posting ini bukannya membicarakan mengenai usul hukum hudud itu, tetapi dakwaan Mustafa Ali kpd DAP iaitu memandai-mandai melaksanakan pilihanraya kerajaaan tempatan tanpa mendapat persetujuan PR terlebih dahulu. Itulah isunya, kenapa dipesongkan kepada isu yg lain pula?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa