Tentera Korea masuk Islam selepas pulang dari Iraq (Gambar)
HARAKAHDAILY
BUKAN rahsia umum lagi jika Korea Selatan merupakan salah satu negara di Asia dengan tahap penginjilan yang paling aktif di dunia.
Namun hidayah memang boleh datang pada bila-bila saja dan di mana saja. Dan itu terjadi ketika puluhan tentera Negeri Ginseng tersebut pulang dari medan tugas di Iraq.
Tentera Korea Selatan diketahui tergabung dengan 'Unit Zaitun' dan ditempatkan di Irbil, Iraq bahagian utara. Di sini mereka berinteraksi dengan rakyat Iraq yang majoriti memeluk Islam.
Dalam interaksi ini mereka melihat dan memerhatikan bagaimana Islam boleh menjadi pedoman hidup yang benar-benar menyentuh hati dan sesuai dengan fitrah manusia. Maka mereka pun mulai mempelajari Islam dengan membaca kitab suci al-Quran dan banyak bertanya dengan para pemuka agama Islam setempat.
Para tentera Korea Selatan ini mula tersedar dan kembali ke fitrah manusia iaitu Islam.
Leftenan Son Hyeon-ju sendiri mengaku kembali ke Islam pada tahun 2004 silam, lapor laman web Eramuslim.com.
"Saya menjadi Muslim kerana saya boleh merasakan jika Islam lebih humanis dan damai," ujar Leftenan Son Hyeon-ju menyebut angka 37 tentera yang menjadi mualaf dikutip dari The Chosunilbo (15/1).
Son Hyeon-jun, yang merupakan ahli Pasukan Elit Brigade ke-11 serta rakan-rakannya itu telah bertugas di Ibril, Iraq bahagian utara.
Di sanalah mereka mula mengenal Islam. Dan ketika kembali ke negaranya, bertepatan dengan hari Jumaat, 37 tentera Korea Selatan itu bersyahadat di Masjid Hannam-dong, Seoul.
Sebelum mengucap Syahadat, mereka berwuduk. Selepas itu bersyahadat dengan dibimbing imam masjid dan disaksikan jemaah solat Jumaat.
Saat membaca Syahadat, para tentera itu berdiri sejajar dalam garis lurus untuk melambangkan bahawa semua manusia sama di hadapan Allah. Mereka sungguh lancar mengucap Syahadat dalam bahasa Arab. (Rz/The Chosunilbo)
Bila pemimpin politik ber otak kan bahalol bagai kawanan di Sepilok , petai hanya lah di kunyah orang orang kanpong hasil nya.
ReplyDeleteOrang orang Melayu saja.
Itu punca miskin papa kedana akibat otak tidak ber pendidikan , malas dan gila ber gaya.
Benggap saja.