Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 24, 2015

Perang proksi UMNO: Janda Hangat Rita Rudini akan meletop?

Rita Rudaini tidak terlibat konspirasi jatuhkan Najib, kata Zam secara sinis
TMI - Published: 24 January 2015 3:00 PM
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dengan nada menyindir berkata keberadaan pelakon Rita Rudiani di kafe miliknya di Putrajaya tiada kaitan dengan konspirasi menjatuhkan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2014.

Tan Sri Zainuddin Maidin dengan sinis berkata pelakon Rita Rudaini yang menjalani penggambaran di Zam Newsroom Cafe miliknya di Putrajaya tidak terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Bekas menteri penerangan itu berkata, teori konspirasi seumpama itu pernah timbul apabila beliau minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin, Datuk A Kadir Jasin dan beberapa blogger lain di satu restoran di Damansara baru-baru ini.
"Tentunya kehadiran pelakon jelita Rita Rudaini bersama beberapa pelakon lagi di Zam Newsroom Cafe Putrajaya baru-baru ini bukanlah untuk berkonspirasi bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib," kata Zainuddin secara sinis di blognya Zamkata hari ini.
"Rita dan lain-lain boleh dianggap bersih daripada teori konspirasi ini kerana mereka tidak minum petang atau makan bersama saya sebaliknya hanya membuat penggambaran telemovie Qiam."
Zainuddin pada Selasa membuat keputusan berhenti daripada penulisan politik kerana kecewa dituduh berkonspirasi mahu menjatuhkan Najib.
Beliau kecewa kerana sering kali dianggap mempunyai "sandaran" meskipun bergerak secara bersendirian.
"Setelah menimbang dari semua aspek, kepentingan, kedamaian dan ketenteraman jiwa daripada ugutan, tekanan dan pencemaran nama pada hari tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada penulisan politik semasa yang menjadi pengisian utama blog zamkata sejak dilancarkan pada 8 Ogos 2012.
"Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan,” tulisnya kecewa.
Zainuddin berkata, disebabkan perbezaan pendapat, kepercayaan dan setia kawannya kepada kepimpinan politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan tercemar.
"Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai bergantung pada orang lain. Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri saya berdekad dalam dunia kewartawanan," katanya.
Blog zamkata miliknya dilancarkan pada 8 Ogos 2012 kini mempunyai lebih 1.5 juta pelawat, katanya.
"Sepanjang lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan, saya tidak pernah menjadi penulis upahan," kata Zam.
"Saya tidak mempunyai kawan sejati dalam politik, kerajaan, atau mana-mana pertubuhan, kecuali rakan-rakan wartawan," katanya.
Zainuddin di antara penulis blog Umno yang mengkritik kepimpinan Umno secara terbuka.
Minggu lepas Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia berkata, Daim dan Dr Mahathir tidak akan merendahkan martabat mereka dengan mendedahkan maklumat "menyelerakan" Najib.
Mengakui terdapat "perang saraf" di antara penyokong Najib yang mengawal media arus perdana terhadap pengkritik termasuk kedua-dua bekas pemimpin negara itu, Zainuddin berkata beliau sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.
"Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang saraf menjangkakan serangan peribadi  TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pastinya umum akan merujuknya sebagai arahan serta mendapat keizinan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin.
"Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang (Dr) Mahathir tetapi saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Daim kerana menyokong pandangan Kadir dalam posting terbarunya yang melihat kecaman terhadap Daim akan menikam balik Najib dan menghakiskan lagi kewibawaannya," kata Zainuddin merujuk kepada tulisan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin.
Selari dengan pandangan Kadir, Zainuddin berkata tindakan menyerang Daim menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak.
"Maka saya nampak ini bukanlah suatu permainan politik atau perang saraf yang bijaksana tetapi permainan politik kotor, tidak beretika, tidak profesional dan sangat rendah caranya serta kualiti yang tidak sepatutnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri," katanya.  – 24 Januari, 2015.

1 comment:

  1. Rita ini montok tembam ; mat bahalol dan mahafiraoun pun boleh gigil kalau kena kepit dan kemut.

    Pompuan dan Politik Melayu ini bagai tunggao dan kontol ber pisah tiada.

    Bahslol saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa