Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 30, 2015

Bayangan PR yang ada hari ini akan berkubur dan ada kawan suka Anwar dipenjara?

Sekiranya akan wujud Pakatan baru
Aku mohon jangan buat berkira dengan manusia yang lidah bercabang
Jangan buat kawan dengan manusia yang tikam belakang
Dan satu lagi......jangan tinggalkan pengundi bila dah dapat kerusi
Yang munafiq tu, isikan ke dalam guni humban saja ke laut!

Anwar: Pakatan akan terus hidup
mk - 1:24PM - 30 Jan 2015

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berpecah walau beliau dihumban ke penjara.

Katanya tiada apa yang perlu dibimbangkan sekalipun jika keputusan kes Liwat II pada 10 Februari ini tidak memihak kepadanya.

Beliau juga meminta Menteri Besar Selangor Azmin Ali bertindak "lebih berani" untuk membawa perubahan lebih baik dalam Pakatan.

"Tiada ada sesiapapun yang mahu ke penjara. Saya pun tidak mahu ke penjara... Tetapi ada yang mengatakan Anwar berada dalam penjara bermasalah, Anwar di luar pun bermasalah, tapi akhirnya saya lihat dari sudut yang positif.

"Rakyat cenderung untuk melupakan bahawa saya sudah berada dalam penjara apabila Pakatan kuat, sudah tentu bukan dengan nama Pakatan Rakyat, tetapi konsep gabungan ini luas, jadi ini bukan sesuatu yang baru.

"Ada yang berkata saya masuk penjara mungkin boleh menguat dan mengukuhkan Pakatan, kerana akan menjadi titik menyemarakkan orang ramai. Jadi saya selalu melihatnya dalam positif," katanya.

Anwar yang juga ketua umum PKR dilapor berkata demikian dalam wawancara eksklusif disiarkan lidah parti DAP, The Rocket.

8 comments:

  1. .....dan jgn jadikan teman jika takut menyatakan pendirian tentang Syariat Islam walaupun ianya mengaku Islam.....
    takut kpd DAP lebih drp takutkan ALLAH

    ReplyDelete
  2. PAS ini betul betul jenis bahalol....

    Buat malu bangsa saja dengan sikap munafik dan heboh hal hal kechik tiada nilai ekonomi...

    Rakyat perlu ekonomi kuat tuk kerja sara hidup anak bini dan PAS gagal dalam menjana ekonomi negeri.

    Otak otak pemimpin Gred 3 yang di bangga , menjaja jaja agama tuk jawatan politik adalah perkara jijik sekali.

    Rata rata nya orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  3. kalau jenis jahil atau "Islam Baka" hal-hal berkaitan Islam atau agama dikatakan kecil dan dianggap remeh.
    Jenis "otak bercelaru" dan tak yakin dgn kekuasaan Allah.
    Nama dan rupa macam Melayu tapi citarasa melebihi Cina

    ReplyDelete
  4. Anon 12:01am
    Pemimpin2 PAS telah tidak mengambil hirau nasihat untuk mengelakkan drp dijerat oleh UMNO. Sekiranya usul yg hendak dibawa itu hanya akan digunapakai di Kelantan shj, kenapa di negeri2 dikuasai UMNO tidak dilibatkan sama? Di situ nanti barulah dapat dilihat keikhlasan UMNO yg pemimpin PAS sekarang ini beria-ia benar meletakkan kepercayaan seperti yg pernah dihujahkan itu. Sekiranya UMNO betul2 jujur 100%, tentu mereka telah mewar-warkan negeri2 yg dikuasai UMNO juga tidak mahu ketinggalan untuk menggunapakai pelaksanaan usul tersebut, sebaik shj setelah diluluskan kelak bersama-sama dgn Kelantan sekali gus. Adakah pemimpin UMNO telah membuat kenyataan seumpama itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah p3ntaksub PAS mengatakan PAS masuk politik untuk berdakwah. Ok fine, kita terima. Bila kita masuk sesuatu bidang kita kena ada kemahiran bidang tersebut atau jika masih kurang, kita berusaha untuk tingkatkan kemahiran didalam bidang tersebut.

      Begitu juga dalam soal PAS masuk politik kerana hendak berdakwah. Yang kita nampak pemimpin PAS yang kita akui memang bertaraf ulamak dalam ilmu Islam tidak m3nunjukkan kemahiran berpolitik yang diperlukan. Dengan kata lain sub standard. Hampir kesemuanya sudah berpuluh tahun didalam politik bersama PAS, namun k3mahiran asas berpolitik s3cara Islam masih xberubah-ubah sejak dari zaman muda.

      Ironis bukan? Ulamak PAS ini masuk politik Islam untuk buat kerja Allah iaitu berdakwah melalui politik TIDAK MEMPUNYAI KEMAHIRAN BERPOLITIK ISLAM yang diperlukan walaupun berpuluh tahun. Macamana nak buat kerja Allah. Untuk berjaya dalam apa jua bidang kita memerlukan k3mahiran yang m3ncapai tahap tertentu. Macamana h3ndak berjaya kalau kemahiran xde atau tahap kemahiran r3ndah sedangkan tuntutan semasa l3bih mencabar.

      Maka inilah yang kita s3dang lihat didalam PAS hari ini dibawah kepimpinan TGHH. Bila dah xmampu, mula lah nak merapu dan meraban buat tafsiran p3lik-p3lik untuk m3nutup kel3mahan diri.

      Ini juga yang be4laku apabila p3mimpin PAS K3lantan buat keputusan untuk melaksanakan hudud di Kelantan dengan bantuan UMNO. Hasrat untuk melaksanakan hudud ters3but pun melalui jalan politik tetapi asas usaha bukan mengambilkira pertimbangan politik, purely atas realiti ugama semata-mata. Sedangkan UMNO menawarkan kerjasama untuk membantu atas pertimbangan keuntungan politik 100%. Pertimbangan kepe4luan ugama UMNO tolak t3pi. Kalau UMNO offer hendak membantu PAS Kelantan atas pertimbangan politik dan ugama, tentu UMNO akan cuba melaksanakan hudud di Terengganu bersekali dengan hudud di Kelantan. Kemudian UMNO akan isytiharkan akan melaksanakan hudud di n3geri-negeri yang diluasainya selepas selesai melaksanakan hidud di Kelantan dan Terengganu.

      Tapi pak lebai PAS tak sampai berfikir sampai kesitu kerana kemahiran politik Islam yang ada pada diri mereka amat r3ndah. Yang kita nampak kemajuan bidang politik dikalangan mereka ialah mereka semakin mahir bermain politik stail UMNO.

      Saya sokong pendapat sdra

      Delete
  5. Anon 2.42am, umno tlh berjanji hendak membantu PAS menegakan Syariat Islam diKelantan, soal jujur atau ikhlas itu kita tengok nanti tak blh tuduh sebarangan. kita jadikan Kelantan sebagai model dan kita org Islam sama-sama membantu bagi melaksanakannya dan bknnya mengutuk atau tiada keyakinan terhadapnya.
    Insyaallah abapila berjaya nanti Umno pun akan menuruti kita dan sama-sama kita DOAkan akan kejayaannya.

    ReplyDelete
  6. Tn bat8, kalau ulamak2 PAS tak pandai berpolitik kenapa org2 Melayu dlm Pakatan Rakyat yg hebat berpolitik tak nak membantu PAS? lebih teruk lagi nak memberi keputusan menyokongn usaha PAS itu pun berbelit-belit, lebih takutkan DAP drp perintah Allah.
    kita semua maklum DAP bknnya tak tahu sangat tentang Hudud malah mereka tahu Hudud tidak melibatkan mereka, tapi yg pentingnya mereka boleh menghina Melayu dan Islam.
    akhirnya maaf tuan jika ada terkasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 7:24

      ?????????.....apa yg dok merapu ni? Tak paham isu yang dibangkitkan xyah respon....jgn perasan kita sorang je dok luar tempurung. Orang lain dok bawah tempurung.....

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa