mk - 10:00AM - 21 Jan 2015
Pihak berkuasa Australia menahan bekas anggota pasukan elit polis Malaysia, Sirul Azhar Umar hari ini, menurut media negara itu.
Sirul yang berdepan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ditahan oleh pasukan imigresen Australia.
Laporan ABC menyebut, Sirul kini ditahan di Brisbane, sehari selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.
Sebelum ini dilaporkan Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul kerana ia melibatkan hukuman mati.
Kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia dilapor menyebut, permohonan itu hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa