SATIRA SABTU
Mungkin ada yang tidak tahu cerita macam mana kisah Pak Pandir yang menyembunyikan guni garam kerana mengelakkan ianya diketahui oleh pencuri. Untuk menyelamatkan guni garamnya Pak Pandir cuba mencari helah dengan berbagai cara agar garamnya selamat.
Mulanya dia sembunyi disebalik busut kecil dalam semak. Dia ambil daunan menimbuskan guni garam berkenaan. Selesai dia menimbus guni berkenaan dia berundur setapak dua sambil mengintai-intai guni garam berkenaan, uji, apakah ianya diketahui pencuri atau tidak. Guni yang sudah ditimbus dengan daunan itu memang tidak kelihatan, tetapi Pandir tahu yang disitu ada guni garamnya.
Dia rasa tidak sedap hati dan curiga lalu dia mengambil semula dan cuba sembunyi di tempat lain. Kali ini dia menggantungkan guni berkenaan atas pokok. Sesiapa yang lalu di bawah pokok itu tidak akan nampak guni berkenaan, kecuali orang itu melenguk (jengok) ke atas.
Pandir rasa lega kerana kedudukan guninya tinggi dan selamat. Dia berundur dan seperti tadi juga dia mengintai-intai guni berkenaan. Tetapi, ah lagi sekali dia merasakan guni itu tidak selamat kerana kedudukan guni itu diketahui dan tidak terlindung dari pandangannya. Lantas dia membuat ukuran kalau dia tahu kedudukan guni itu maka pencuri juga akan tahu.
Lagi sekali Pandir mencari idea baru macam mana hendak sembunyikan guni garam berkenaan. Kali ini dia mencampak guni itu ke dalam sungai. Guni yang mengandungi garam itu tenggelam ke dasar sungai. Pandir mengintip mahu melihat guni garam berkenaan, guni itu sudah lenyap daripada pandanga matanya.
Pandir rasa kali ini garamnya selamat dan dia berlalu. Sampai masa dia merasakan keadaanya benar-benar selamat dan pencuri sudah tidak ada, Pandir mahu mengambil garamnya. Dia turun ke dalam sungai dan mengambil guni garam berkenaan. Mulanya Pandir gembira kerana guninya masih ada dan tidak hanyut. Tetapi apabila dibuka alangkah sedihnya Pandir kerana garamnya habis hilang (larut) yang tinggal hanya guni sahaja.
Mengenang cerita Pandir yang diceritakan oleh guru saya masa di sekolah rendah ini, teringatlah saya kepada telatah dan nasib Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk melindungi masalah dan perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini disebabkan tiada keserasian dan titik temu yang jelas antara pendokongnya. Anwar sudah akan habis ikhtiar untuk berbohong kepada dirinya sendiri yang Pakatan Rakyat bermasalah dan berpotensi besar untuk hancur.
Anwar kerap kali cuba menafikan yang Pakatan Rakyat tidak retak dan pemimpinnya konon saling faham memahami. Segal tuduhan dan spekulasi dibuat pihak tertentu (media) dinafikan begitu sahaja oleh Anwar. Saya nampak Anwar seorang yang serius untuk mengekalkan Pakatan Rakyat sementara yang lain seakan main-main.
Hari ini pun dalam keadaan Pakatan Rakyat sudah tidak mengadakan mesyuarat bersama pimpinan tertinggi lebih setengah tahun, Anwar masih membela dan mempertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat kononnya masih seperti biasa, tiada persengketaan.
Dalam keadaan sesetengah orang Pas termasuk presidennya menunjukkan kejemuan kepada Pakatan Rakyat kerana ingin kembali kepada suami lama, Umno, Anwar masih bernasyid dan bermadah yang Pakatan Rakyat utuh dan padu. Beliau yakin ada perubahan dalam diri Abdul Hadi Awang yang jelas sikap pesimis dan skeptikal kepada Pakatan Rakyat khasnya DAP akan hadir bermesyuarat pada Ahad esok.
Cuma yang sedikit berbeza Anwar dengan Pandir itu, dalam kes Anwar beliau tidak takut kepada pencuri yang seperti Pandir, tetapi sikap Anwar menyembunyikan hakikat yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini sama dengan diri Pandir yang tolol dan bongok, dia sembunyi guni dia juga yang mengintainya (tahu). Kerja Pandir itu sia-sia sahaja samalah dengan usaha Anwar untuk menutup bau busuk dalam Pakatan Rakyat hari ini yang sudah mustahil dapat diselamatkan lagi. Rakan yang diharap bersamanya kini sudah lama berubah hati.
Masalah dan pertelingkahan yang berlaku dalam Pakatan kini tidak boleh disusuk selindung lagi. Betapa Anwar hendak menyembunyikan dia tahu akan hakikat dalam Pakatan Rakyat. Peristiwa apa yang berlaku kepada rakannya daripada Pas itu. Apa yang ada dalam hati Hadi Awang kini terhadapnya, dan sikap presiden parti agama itu dengan Pakatan Rakyat, tidak ubahlah orang yang sudah dihidapi kuman barah tahap empat. Kuman itu tidak akan mati walaupun digunakan pelbagai kadah perubatan dan menunggu masa saja untuk meragut nyawa mangsanya.
Jampi serampah, trapi dan berdoa yang dilakukan Anwar untuk memulihkan Hadi yang dihidap kuman barah tidak akan menyelesaikan masalah bahkan kuman barah itu semakin membesar dan kemungkinan terpaksa dilakukan "kimotrapi". Ubatan tradisisional, diplomasi, sabar dan sebagainya sudah tidak menjadi lagi. Abdul Hadi akan tetap dengan sikap dan pendirian, samalah dengan "kegilaan" dan kebebalan kuman barah yang ada pada diri penghidap barah.
Analogi ini mungkin tepat; kebersamaan Abdul Hadi bersamanya dengan Anwar dan DAP, samalah keadaan isteri yang terpaksa tinggal bersama suami kerana tidak dicerai secara sah. Si isteri sudah berkali-kali membuat ulah agar dia diceraikan. Tetapi si suami yang tersangat sayang dan tergilakan si isteri tidak sampai hati untuk berbuat demikian dan rela tidur di jemboran asalkan si isteri masih bersamanya. Apakah Anwar mahu sampai si isteri menuntut fasakh? Itulah Pakatan Rakyat dengan Abdul Hadi.
Daripada hidup membuang masa mengunda gulanakan diri, baik ambil jalan sepi yang jauh sebab cara itu lebih harmoni apa lagi disaat mega sudah bertaburan di langit. [wk.kl.9:18 am 07/02/15]
Bukan mudah Anwar Ibrahim membawa berita kebenaran dan kemajuan pada juta juta bangsa nya yang bahalol.
ReplyDeleteOrang orang Melayu saja.
Menukarkan jawatan TSKI kepada bini dia, melayu mana yg bahalol...
DeleteAnwar dipandirkan oleh liberalisma dan digabungkan dengan sekularisma maka lahirlah pandir moden yang merasakan hanya dirinya saja yang betul.
ReplyDeletehaha...kalo pembawa garam tu pun sama2 "pemain" dalam kubang taik wat pe la nak cite pasal garam yg larut kat kubang taik..tol le tu elok le tu keluar sebelum diri sendiri lak larut dlm kubang taik..nak cari keadilan tapi pakai jalan kubang taik..haha
ReplyDeletebila wan azizah mahu dilantik jadi mb..amboi dia punya melenting dan melawan seolah2 ini hal hidup dan mati..bila dulu geng pr lain x izin buat hudud terutama karpal singh...no problem..bleh discuss..amboiiii sempoiiii...
ReplyDeletekorang x perasan ke kalo kita pergi ke negara kafir,atau negara kita memang negara kafir tapi diri kita seorang islam yg baik lagi benar..selimut subuh akan tetap mampu kita angkat insyaAllah,kita tetap islam walau negara tu kafir insyaAllah tiada was2 dlm hal ni insyaAllah....sebaliknya kalo negara kita negara islam yg soheh sekalipun(bukan demokrasi bai)tapi diri kita pulak ialah jembalang tanah..kita tetap jembalang tanah insyaAllah..x maunya selimut subuh kita terangkat sendiri 1 kampung insyaAllah,x maunya badan kita semua 1 kampung melayang sendiri terbang ke masjid insyaAllah..kamon la jgn ler tertipu lagi..
negara yg paling besar itu ialah diri sendiri..tapi mereka seolah2 ajar kita jadi terbalik lak..dan seolah2 yg islam kita akan sah kalo kita dapat kuasai negara..amboi kamon la..kesian ler kat kita sedara mara ni..dapat menguasai negara itu "kurnia" la bai..bukan matlamat..mcm anak ko lulus periksa cemerlang..kalo dia dapat hadiah kereta mini cooper itu "kurnia"..kalo xdapat pun xpe..bukan semua yg "cemerlang" itu direzekikan "kurnia".."kurnia" itu lahirnya dari "matlamat"..mcm mana kita seolah2 mengajar org kejar "kurnia" untuk dapatkan "matlamat"?..sedang hukum Tuhan itu kan "kurnia" itu lahirnya dari keberjayaan mengejar "matlamat" insyaAllah..dah la mcm tu,kejar pula "kurnia" dijalan kubang taik(demokrasi),dgn berbagai2 selogan..kan ke berlapis2 konfius kita dan sedara mara kita semua tu..
ini la antara watak2 pemain2 kubang taik..poning sedara mara wei,x kesian ke?..
kesian la kat kita terutama yg remaja2..
(sekadar perkongsian..mohon jgn mengamok)