Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 7, 2015

Mesyuarat Majlis Presiden PR: Mamat ni yang tak kena mengena pun mencelah juga?

Mesyuarat Majlis Presiden: Agenda Pakatan, rakyat atau Anwar?
 | February 7, 2015
Berpolitik berpolitik juga, tapi kepentingan rakyat tetap diutamakan dan menjadi keutamaan.
agendasiapaPETALING JAYA: Mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadual akan berlangsung pada 8 Feb ini menimbulkan pelbagai persoalan sama ada ianya adalah agenda rakyat, agenda pakatan itu sendiri atau pun sekadar agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah berkata persoalan itu timbul setelah secara kebetulan mesyuarat berkenaan diadakan dua hari sebelum keputusan rayuan perbicaraan Ketua Pembangkang, itu berlangsung.
Sedangkan, tambah beliau, sudah hampir satu tahun pakatan pembangkang gagal mengadakan mesyuarat di kalangan pemimpin mereka.
Beliau seterusnya berkata lebih malang lagi PAS sekadar dilihat pelengkap atau sekadar cukup korum apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah terpaksa menghadiri mesyuarat terbabit.
“Kalau nak dikatakan agenda rakyat rasanya jauh sama sekali…sebab setelah sekian lama tidak bermesyuarat baru kali ini mereka hendak berjumpa mata sudah pastilah pelbagai tafsiran yang kita boleh buat seperti mana yang saya katakan tadi.
“Cumanya rakyat boleh tengoklah bagaimana permainan politik pembangkang hari ini. Bagaimana gerak langkah mereka dan sebagainya lagi. Rakyat boleh menilai untuk lihat setelah sekian lama tidak bermesyuarat akhirnya 8 Feb mereka bertemu mata,” katanya, lapor UMNO-Online, semalam.
Beliau seterusnya menambah, itulah bezanya kebolehan menguruskan pemerintahan negara dan menguruskan kepentingan serta kebajikan rakyat.
“Kita tidak nafikan kerajaan yang ada hari ini tidak sempurna namun jika kita buat perbandingan dan penilaian, rasanya bukan mahu angkat bakul sendiri tetapi jauh lebih baik kerajaan yang ada hari ini.
“Berpolitik berpolitik juga….tetapi kepentingan rakyat tetap diutamakan dan menjadi keutamaan. Dalam situasi mana…keadaan macam mana kita tetap utamakan rakyat. berbanding dengan sebelah sana, lihatlah senario hari ini,” ujarnya.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan yakin Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PR yang akan diadakan di Ibu Pejabat Pas, Ahad ini.
Mohamad berkata beliau dimaklumkan, Abdul Hadi akan menghadiri mesyuarat tersebut setelah sekian lama ia tidak diadakan.
Sementara itu, Hadi pula dilaporkan masih belum memberi kata putus mengenai kehadirannya malah dilaporkan berkata, Guan Eng tidak berhak menentukan beliau hadir atau tidak.
Tambah Hadi, “Tengok hari mesyuarat inilah saya hadir ke tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir.”
Terdahulu, dilaporkan mesyuarat tersebut yang ditetapkan pada Ahad tidak akan diteruskan jika Hadi tidak hadir, kata Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng.
Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata keputusan itu bukan dibuat oleh beliau sendiri, tetapi dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

6 comments:

  1. Orang orang Melayu rata rata Slow Sikit , Malas papa kedana , suka meminta dan gila kaya ber gaya.


    Yang bahalol pun banyak...

    Sedih lah yang bahalol amat gila publisiti cuba membenggapkan bangsa sendiri.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  2. Manusia bahalol je pentingkan kaya-raya dan tanam sekali dengan harta kekayaan dalam kubur sebagai teman. Mati dalam kebahalolan.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya tiada apa yang dapat membantu PR pada mesyuarat 8hb ni, sekadar pertamuan biasa je untuk mengucapkan selamat tinggal kepada PAS dan DAP supaya jangan nakal-nakal dan jangan membuli Azizah semasa ketiadaan Anwar. Itu saja. Kalau betul nak pulihkan PR dah lama dah Anwar berusaha kearah itu. Dibiarkan saja masalah berlarutan, dibiarkan saja DAP membuat kenyataan mengutuk PAS, dibiarkan saja DAP dan PAS bercakaran, dibiarkan saja DAP naik tocang kerana itu adalah kehendak Anwar dan DAP, disokong pula oleh PasMa. Tengok lah nanti.

    ReplyDelete
  4. Dari dulu lagi mesyuarat PR tapi PRESIDENG PAS BUAT HAL.PASAL TU TERTANGGUH.

    ReplyDelete
  5. Nasib baik PAS ada presiden yang tegas maka terpeliharalah PAS dari sekular dan liberal.

    ReplyDelete
  6. utusan meloya muka depan hj hadi kata " saya bukan budak sekolah" ! ABU jangan lupa & lawan geng pro 'ug' sampai mati !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa