PUBLISHED: Feb 11, 2015 12:00am
Keputusan rayuan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat reaksi daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa
KUALA LUMPUR, 11 Februari :
Amerika Syarikat (AS) melahirkan kekecewaan dan kebimbangannya berhubung penolakan rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan.
Kedutaan AS di Malaysia menyatakan bahawa negara itu sentiasa mengikuti perbicaraan Ketua Pembangkang berkenaan dan berasa bimbang mengenai kedaulatan perundangan serta kebebasan Mahkamah di Malaysia.
Menurut kenyataan di portal kedutaan itu, AS dan Malaysia mempunyai kerjasama yang erat dan negara itu pernah meluahkan kebimbangannya yang serius mengenai kes Anwar.
Malah AS turut menggesa Malaysia menekankan aspek keadilan, ketelusan dan kedaulatan undang-undang bagi meningkatkan keyakinan dalam sistem kehakiman Malaysia dan demokrasi.
Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini turut memuat naik kenyataan Ikhwanul Muslimin, Mesir yang dipetik dari laman web rasmi pergerakan itu.
Antara petikan Ikhwanul Muslimin berbunyi: “Bersama-sama kita kehilangan seorang lagi wira! Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita akan mengingati hari ini sebagai hari gelap (Blackday) untuk keadilan. Revolusi hampir tiba.”
“Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dari Mesir dan Anwar Ibrahim dari Malaysia, mereka sentiasa meletakkan rakyat di tempat pertama tetapi akhirnya, ketidakadilan dengan konspirasi meletakkan Dr Mohamed Morsi dan Anwar ke penjara.”
Dalam pada itu, Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, Australia kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan terakhir Anwar Ibrahim.
“Kami sangat prihatin dengan hukuman itu dan kami telah meluahkan kebimbangan terhadap kerajaan Malaysia.
“Sebagai rakan kepada Malaysia, Australia menggalakkan kerajaan Malaysia agar mempertimbangkan kesan terhadap keputusan itu, termasuk keputusan Anwar dan pengekalan Akta Hasutan di peringkat antarabangsa dan komitmennya kepada hak asasi manusia,” katanya seperti yang dipetik daripada ABC News.
Dalam pada itu, portal media itu juga memberitahu bahawa Senator Bebas dari Australia Selatan, Nick Xenophon menyifatkan keputusan tersebut sebagai ‘mempersendakan keadilan’.
“Semua kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, kumpulan ulama antarabangsa dan Kesatuan Parlimen Antarabangsa mengatakan perubahan ini direka bermotifkan politik.
“Keputusan itu benar-benar satu persendaan terhadap keadilan,” katanya.
Xenophon juga memberitahu media Australia itu bahawa beliau akan bercakap dengan wakil-wakil Komanwel mengenai kes Anwar.
Pada Selasa, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Anwar yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh.
Tuan Mountdweller.
ReplyDeleteMalaysia adalah tempat pertama sesuatu keputusan atau perkara berlaku diluar dugaan negara bertamadun.
1. Kehilangan misteri kapal terbang penumpang.
2. Pembunuhan warga asing yang pembunuh
tiada motif pembunuhan yg ada kaitan
pemimpin negara.
3. Kes liwat ketua pembangkang 2 kali masuk
penjara dalam kes yang sama.
Banyak lagi yang pelik-pelik berlaku, tetapi rakyat khusus Melayu sememangnya layu tidak seperti rakyat2 di dunia khusus Asia Tenggara.
Masih adakah lagi manusia yang mahu volunteer berjuang untuk membela nasih rakyat di negara ini sekiranya mereka semua mengetahui bahawa para pemimpin kerajaan dan pihak kehakiman adalah terdiri dari manusia yang berevolusi dari penyangak dan penyamun. Buatlah kenyataan apa sekalipun, kamu semua bukannya menipu satu kampung tetapi kamu semua menipu satu negara di zaman maklumat di hujung jari.
ReplyDeleteInilah sebuah parti yg menjahanamkan orang melayu. Ia sebuah trgedi yg dasyat buat orang melayu kerana onar dari kelompok yg x mampu bersaing secara gentlement. Lambat laun semakin lemah orang melayu kerana pemimpin yg bijak dimusnahkan oleh kelompok yg tidak jujur dlm pemerintahan.
ReplyDelete