Meskipun kes Anwar ini melibatkan undang-undang dan bermula dengan aduan yang dibuat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat, tetapi majoriti rakyat lebih percaya ia mempunyai kaitan yang dekat dengan politik dan percaturan kuasa.
Tanggapan demikian bukan saja kerana nama Najib terkait sejak awal kes ini lagi iaitu bila mana Saiful didapati turut mengadu dan berkunjung ke kediamannya untuk mengadu diliwat oleh Anwar, bahkan tindakan kerajaan meletakkan peguam terkenal yang rapat dengan UMNO, Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaraya dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan ini juga menimbulkan tanda-tanya.
Bagi kebanyakan rakyat, jika benar kes liwat ini hanya semata-mata berkaitan undang-undang antara Anwar dengan Saiful, kenapakah tidak dibiarkan saja pasukan daripada Jabatan Peguam Negara mengetuai pendakwaan?
Apa perlunya dijemput Shafee Abdullah mengetuai pendakwaan sedangkan Jabatan Peguam Negara bukanlah kekurangan kakitangan yang menguruskannya?
Peguam Negara, Gani Patail sendiri pun boleh mengetuai pasukan pendakwaan bagi pihak kerajaan. Bukanlah asing Peguam Negara mengetuai pendakwaan kerana dalam kes jenayah seksual melibatkan Rahim Tamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka suatu ketika dahulu, Allahyarham Mokhtar Abdullah pernah mengetuainya.
Sebelum itu pula, tarikh keputusan Mahkamah Rayuan turut dipercepatkan sebelum pilihanraya kecil Kajang bagi mengelakkan Anwar bertanding dalam pilihanraya itu dan seterusnya dijadikan Menteri Besar Selangor.
Oleh itu, menjelang keputusan esok, perbualan ketika ini lebih tertumpu kepada sama ada Najib berani atau tidak menghukum Anwar? Rakyat lebih melihat dan berminat menyudutinya dari segi politik berbanding undang-undang kerana sejak awal unsur-unsur politik begitu ketara sekali kaitannya.
Bersalah atau tidak Anwar pada hari esok, ia lebih dikaitkan dengan keberanian Najib menangani dan menghadapi cabaran yang bakal dilaluinya.
Jika Najib berani, kepercayaan rakyat ialah Anwar pasti akan didapati bersalah, namun jika keberanian itu tiada, pembebasanlah yang menunggunya esok.
Tetapi dengan menjadi berani dan meletakkan Anwar bersalah, Najib bukan saja bakal berhadapan dengan kebangkitan dan penolakan rakyat yang lebih meluas, malah tekanan antarabangsa, terutamanya daripada Amerika dan Barack Obama, pastilah juga tidak dapat dielakkan.
Oleh itu, bukan calang-calang Najib yang boleh menjadi berani menghadapi semua cabaran itu, lebih-lebih lagi beliau juga seorang pemimpin yang sering meletakkan Amerika dan Obama sebagai kiblat politiknya.
Lebih dari itu, memenjarakan Anwar juga belum pasti menjadikan UMNO dan BN bertambah kukuh dalam menghadapi pilihanraya akan datang, sebaliknya lebih mungkin menjadikan penolakan rakyat lebih jitu dan padu.
Meletakkan Anwar tidak bersalah, walaupun mungkin dituduh penakut, dianggap lebih mudah bagi Najib menghadapi hari-hari mendatangnya kerana yang mungkin menjadi lebih kental sebagai musuhnya dengan keputusan itu hanyalah Mahathir Mohamad saja.
Tambahan pula, bagi kebanyakan orang juga, jika berdasarkan bukti dan fakta undang-undang yang secara meluas didedahkan dalam mahkamah dan disiarkan di media-media bebas, Anwar sepatutnya sudah lama dibebaskan.
Dalam masa yang sama, memilih antara bermusuh dengan Amerika dan Obama atau dengan Mahathir, barangkali semua orang tahu siapa pilihan Najib.
Mahathir sendiri dalam responnya hari ini meminta rakyat menerima hakikat jika Anwar didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Persekutuan esok.
Dengan yang demikian, sementara Anwar sedang diadili oleh mahkamah dan mungkin berdebar menanti keputusan, rakyat pula sedang mengadili sama ada Najib seorang pemimpin yang berani atau sebaliknya pada esok pagi. (SH 09/02/2015)
Pada pandangan aku, Anwar Ibrahim bukan penghalang utama untuk Najib terus berkuasa tapi kredibiliti dia sebagai seorang perdana menteri yang lemah dalam menyelesaikan masaalah ekonomi rakyat dan boros berbelanja menjadi punca rakyat Malaysia memandang benci padanya.
ReplyDeleteMenentukan hukuman pada Anwar Ibrahim bukan berasaskan berani atau takut tapi Najib perlu mengira kepentingan dalam politik sama ada ianya akan menambah atau mengurang kekuasannya.
Aku percaya ahli konspirator liwat II sudah memikirkan baik buruknya jika Anwar Ibrahim dipenjarakan atau dibebaskan.
Bagi aku, sama ada Anwar dipenjarakan atau dibebaskan, akan menjadi satu sejarah hitam dalam negara. Dan aku percaya kes ini akan diulang tayang dan akan dikaji semula pada suatu ketika nanti bagi mengenal pasti siapa sebenarnya dalang dalam konspirasi Anwar Liwat.
Hutang nyawa dibayar dengan nyawa, hutang darah akan dibayar dengan darah dan hutang maruah akan dibayar dengan maruah juga.
anwar itu "terkait" dgn keadilan/kebajikan sejagat di malaysia kan?..so kalo dia kena penjara sapalah nak "juangkan" keadilan dan "jaga" kebajikan kita kan?
ReplyDeletekita semua sedih/sugul sebab "MUGKIN"(HANYA TUHAN YG TAHU KEBENARANNYA) anwar teraniaya...
dan paling penting kita sedih sebab risau "kehilangan" "pembela" keadilan/kebajikan rakyat..
xpe..aku bagi tips utk kita "meringan/menghilangkan"kan kesedihan/kesugulan tu jika anwar dipenjara supaya kita TETAP DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN MCM BIASA INSYAALLAH..
-caranya....
:- lepas je dapat tau je pengumuman nasib nuar sok samada bebas atau dipenjara,terus tengok kampit beras kat dapor kita kot2 kurang atau bertambah 3-4 cupak utk anak bini kita..
-lepas tu tengok peti ais..ayam yg kita beli sekor smlm jadi bertambah 3 ekor x..atau ayam sekor tu ilang terus hehe
-kalo sama je maknanya kesian anak2 kita sebab abah dia "serius" sgt hehe..
Jangan ada huru hara sengaja di cetus seperti tahun 1969 dan Hantu mula ranpas kuasa cara Dharurat.
ReplyDeleteBapak sudah buat dan ber jaya , apa Anak juga akan buat tuk elak kantoi Scorpene , Tuya Tuya & MDB ???
Macam2 boleh jadi bila anjing sudah ter sepit di Kontol.