Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 9, 2015

Ini kerja siapa? Orang PAS atau........

Semakin gabra dan menggelabah jadinya..... 
MONDAY, FEBRUARY 09, 2015

Siapa punya kerja buat surat palsu ini? Korang ingat Saifol Bontut tu kah? Tidak mungkin dia..... 

Tetapi ada kalangan yang semakin menggelabah bila melihat PAS menyatakan kesudiannya untuk terus berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat. Hanya ada dua golongan yang tidak suka - Umno dan gerombolan UG.

Dua golongan inilah yang selalu menyerang Pakatan Rakyat. Mereka inilah yang sangat marahkan Anwar dan Lim Guan Eng. Menurut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, surat berikut adalah palsu:

SURAT PALSU PRESIDEN   PAS 
sebagai sebuah pertubuhan siasah mempunyai hierarki pentadbiran yang jelas dipilih secara adil dan saksama bersandarkan kepada Perlembagaan PAS. Maka, atas dasar itulah, sebarang ulasan dan komen yang bersifat rasmi mestilah menerusi mesyuarat yang sah dan diperakui oleh Perlembagaan parti.

Sukalah saya mengingatkan ahli dan pimpinan PAS perihal hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a yang berbunyi:

Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yg adil), ia akan bertemu Allah di hari kiamat dgn tanpa hujjah baginya. Sesiapa yg mati dalam keadaan tiada bai'ah ditengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah". Riwayat Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a

“Sehubungan dengan itu, sebarang seruan untuk menyertai demo solidariti menyokong Anwar adalah semata-mata bersifat peribadi dari segelintir pemimpin PAS dan bukanlah pendirian atau seruan rasmi PAS. PAS tidak pernah menyeru atau mengajak mana-mana ahlinya untuk menyertai demonstrasi tersebut yang pada anggapan kami bukanlah perkara ma’aruf (baik). 

PAS penuh yakin dan percaya kepada keadilan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap jenayah tersebut dan perbuatan menyertai demonstrasi itu bukanlah satu pendirian rasmi PAS.

DATO' SERI TUAN ABDUL HADI AWANG
Presiden 
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

- sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa