11:30AM Feb 14
oleh Shukri Rahman
SELAMAT TINGGAL TOK GURU: Ahli politik dan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menamatkan perjalanan hidupnya di dunia ini pada usia 84 tahun hari Khamis, 12 Februari. Allahyarham dimakamkan di sebelah pusara ayahandanya Nik Mat Raja Banjar, di Pulau Melaka Kelantan. Seramai 50,000 orang dianggar berada di situ bagi memberi penghormatan terakhir.
Allahyarham amat disanjungi sebagai pejuang Islam dan begitu istiqamah di dalam perjuangannya.
Selaku menteri besar selama 23 tahun, Allahyarham menyumbang kepada negeri Kelantan dari pelbagai segi.
Beliau memutuskan bagi menarik semua wang kerajaan di bank-bank konvensyenal sehingga dikatakan menyebabkan bank-bank itu memperkenalkan amalan perbankan Islam.
Pajak gadai Islam Ar-Rahnu juga mula beroperasi selama lima hari seminggu di negeri Kelantan.
Kesediaan Allahyarham diwawancara juga ketara. Beliau amat mudah dirapati dan bersedia menjawab soalan sukar. Seperti ceramah agamanya, Nik Aziz begitu merendah diri dengan menggunakan bahasa mudah, dengan analogi penuh warna-warni.
Allahyarham bukan pendebat berdegar-degar. Beliau selesa berbicara tanpa teks dan sering menyentuh pelbagai subjek di dalam pelbagai majlis. Hasilnya para hadirin tidak bosan mendengarnya, dan sering ternanti-nanti apa yang bakal diutarakan.
Ramai bersetuju, Allahyarham akan dikenang sebagai pemimpin negeri yang paling bersih di Malaysia. Seorang eksekutif minyak di Kelantan berpendapat “Tok Guru tahu membezakan antara harta awam dan hak peribadi.”
Allahyarham Nik Aziz menyeru wakil rakyat PAS memiliki identiti tersendiri dengan mementingkan agama.
Menurut seorang ahli exco, ketika berkunjung ke Turki dengan kurang daripada 10 ahli delegasi dari Kelantan, Allahyarham mengejutkan kesemua mereka bangkit solat subuh pada 4 pagi. Menggunakan karpet di setiap bilik, mereka berjemaah diikuti tazkirah. Semasa berkunjung, beliau meminta berhenti untuk solat sebelum makan. Di waktu asar, solat dahulu dan kemudian teruskan urusan.
“Beliau begitu dihormati bukan kerana kedudukan, tetapi kerana karakter dan pengetahuan agamanya.”
Seorang penceramah bebas bersetuju watak cemerlang Tok Guru dan usahanya di dalam menyebar ajaran Islam serta perlaksanaannya, menjadikan beliau simbol ilmuwan Islam yang dihormati.
Tok Guru diangkat selaku ikon dan model contoh, kata seorang lagi ahli exco Kelantan.
Allahyarham juga dianggap pemikir strategik. Ini menjadikan Kelantan negeri pertanian yang hebat dengan penanaman pisang, lebah kelulut dan ternakan rusa. Dengan penekanan terhadap pertanian, pegawai negeri berkata krisis makanan 2008 melahirkan kesedaran tentang simpanan makanan yang diperlukan negara.
Tok Guru sering menepati waktu dan mengikut dasar yang diputuskannya.
Beliau menggesa wakil rakyat turun padang dan bertemu penduduk Kelantan. Hasilnya rakyat berbilang kaum dan agama senang dengannya.
“Ramai yang selesa dengan beliau, yang sering menggalakkan kami menyumbang kepada pentadbiran berunsur Islam. Tok Guru menekankan aqidah, akhlak dan ibadah.”
Sumbangan terbesar Allahyarham ialah di dalam meletakkan perkara asas bahawa segalanya dilakukan bagi mencari keredhaan Allah. Ini terhasil melalui penerapan nilai Islam, yang membawa kepada kesedaran dan amalan bagi memenuhi tuntutan Illahi.
Bro, kita faham yg Nik Aziz udah pun kembali dan sememangnya kita ambil iktibar dari kehidupan seseorang untuk dijadikan pelajaran...tapi Bro, tak ada seorang pun ahli politik (termasuk lah TGNA) yang benar benar bersih dan kesemuanya (ya kesemuanya)terpalit dengan dosa kerana banyak berdusta semasa leka berpolitik. Orang yang baik, tak akan mengajak kepada perpecahan ummah, harapan kita semoga TG Haji Hadi cepat cepat bertaubat dan menarik balik fatwa sesat yang pernah dikeluarkan dulu terhadap parti politik lawan sebelum dia pun sampai kepenghujung jalan...
ReplyDeleteBro.. Nabi SAW dulu pun dituduh memecah belah perpaduan. Kena ingat yg haq dan yg batil.mesti dipisahkan. Nak bersatu kena dijalan yg haq. Baik bro pergi pada BN.. sarankan dia org terima islam dalam pemerintahan. Islam yg betul betul bukan sekadar cakap kosong. Arwah Nik Aziz selalu cakap dulu kalau UMNO terima dasar islam hari ini, esok PAS bubar. Semua PAS masuk UMNO.
ReplyDeleteKalau ikhlas nak bersatu laksanakan islam dalam pemerintahan. Buang amalan rasuah yg berleluasa. Dgn rasuah pendapatan negara kurang tetapi perbelanjaan akan meningkat. Tanpa rasuah pendapatan akan meningkat dan perbelanjaan akan berkurangan. Negara akan kaya dan makmur
okay bro.. pergi beritahu org UMNO semua.. kita terima dan ambil islam dalam erti kata yg sebenarnya. Wassalam
Anon 4:09pm.
ReplyDeleteWalaupun akhir2 ini aku tidak bersetuju dgn tindakan dan keputusan yg dibuat oleh TG Haji Hadi, tetapi Amanat Hadi Awang yg anda maksudkan itu tetap tiada yg salahnya. Bila UMNO mengamalkan pemisahan politik dari agama islam, itu menunjukkan dlm tindakan politik UMNO tiada istilah pahala & dosa, haram & halal, syurga & neraka, akhirat termasuklah perkara2 wajib ataupun dilarang mengikut syarak yg terkandung dlm Al-Quran serta hadis Nabi s.a.w., dimana semuanya itu memisahkan amalan politik UMNO dgn perkara yg bersangkutan dgn rukun iman, yakni mengenepikan beberapa perkara dlm rukun iman. Adalah amat jelas, apabila seseorang itu menolak/mengenepikan mana2 cabang/ranting rukun iman maka ia telah merosakkan akidah islamnya.
aslmmualaikum sedara admint...
ReplyDeleteko x kesian ke bang tengok komen 956 am..harapan aku..semoga disamping ko sembang2 "kosong" pasal politik bang..ko kena "SELALU" buat pencerahan juga utk pembaca2 ko bang...
ketika "remaja2" ghairah bercerita pasal "awan" di hari pengebumian TGNA ..
ko hanya komen "walahuaklam"..
ko bukan "remaja" bang...
bukan "remaja" jadi ko kena kesian kat "remaja" yg berpolitik bang..
bukan nak ngajar ko ni ye bang..hanya cadangan dari aku yg sorang pembaca ko gak bang..harus dipertimbangkan tu hehe..
(semoga arwah TGNA dicucuri rahmat Allah..insyaAllah..)
Anon 10:00 AM
ReplyDeleteTentang awan tu pada saya hanya kebetulan kerana sekarang ini di Kelantan kekadang berawan kekadang panas terik. Dan bentuknya pula mungkin di dalam berbagai bentuk mengikut tiupan angin. Itu saja dan satu lagi harus diingat firman Allah 'Nescaya tidak akan bergerak walau sebesar zarah sekalipun tan izin Aku' - maknanya segala yang berlaku adalah di dalam taqdirNya dan keizinanNya.
betul tubbang..
ReplyDeletecamne kita manusia nak tau..sampai bila pun x tau..walahuaklam ler jawabnye.."raja" je yg tau..
kerja kita doa baik2 saja utk sedara sesama apetah dia dh meninggal..
cuma bila ko jawab walahuaklam..aku terbit rasa hormat..Alhamdulilah..x ramai yg nak buat mcm tu bang..
ramai yg "tau"..ramai yg "pandai"..ramai yg x rela nak jadi "x tau" walaupun dia memang xboleh tau pun hal tu hehe...
lupakan pasal tu bang..
point yg aku nak smpaikan ialah..
yg kita kena kesian ni bila org buat politik dah jadi mcm agama..ko tengok komen atas yg aku cakap tu..mudah dia simpul mcm makan kacang..ko x kesian ke bang?politik ada banyak jenis ..politik apa yg nabi saw/sahabat "titi" politik apa yg kita "titi"..?
xkan nak simpul hal mcm semudah makan kacang haha...itu baru politik..apa perkara pokok yg buat perkara ranting/cabang jadi sah?ranting/cabang jadi apa jika perkara pokok main belasah?
namun semua petah mudah hukumi sesama sedara...
nampak mcm makan kacang lagi susah..simpul hal ni lagi senang pulak...amboi hehe
ko kene kesian kat pembaca ko bang dgn "selalu" bagi kesedaran...jgn jadi mcm bloger lain bang..(bukan semua la)..cadangan je ni bang,jgn la ko pulak tersinggung ye bang...tapi kalo x nak xpela..
insyaAllah bang....