Bomoh 'main golf' pula depan penjara Anwar
mk - 9:12AM - 14 Feb 2015
Pengamal perubatan alternatif Ibrahim Mat Zain sekali lagi cuba mencetus kontroversi apabila dikesan muncul di luar Penjara Sungai Buloh yang menempatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu video yang disebarkan di Facebook menunjukkan beliau melakukan beberapa upacara, termasuk bermain golf di ruang letak kereta di luar pagar kompleks tersebut.
Rakaman sepanjang hampir tiga minit setengah itu menunjukkan beliau meneropong menggunakan potongan buluh dan mengetuk dua biji kelapa.
Ia seterusnya menunjukkan beliau memberi penerangan bahawa tindakannya itu untuk memberi perlindungan kepada Anwar daripada serangan “ilmu hitam”.
“(Tindakan ini untuk) berikan perlindungan kepada Anwar Ibrahim supaya tabah hati dan dapat beribadat (dan) menjauhi kejahatan orang yang hasad dengki kepadanya,” katanya dalam video
Beliau turut menunjukkan empat biji limau yang menurutnya bagi membunuh “empat ekor hantu raya”.
Seterusnya, beliau memukul limau tersebut menggunakan kayu golf sambil bertakbir.
Ibrahim mula mencetus kontroversi apabila muncul di KLIA pada Mac tahun lalu ketika perhatian dunia tertumpu pada kes kehilangan pesawat MH370.
Beliau juga muncul di lokasi kemalangan yang mengakibatkan kematian pengerusi DAP Karpal Singh pada April tahun lalu.
Upacara yang dijalankannya itu mendapat kecaman kerana didakwa bercanggah dengan Islam dan memalukan negara.
Orang Sesat yang bangga dengan kesesatan nya.
ReplyDeleteOrang Melayu saja...
Merakyatkan sukan golf. LOL... Sah kuncu Najib.
ReplyDeleteKeraih perut aku bila dia ucap supaya DSAI selamat menjalankan tugas... ingat masuk penjara jadi banduan tu tugas ke? Tu namanya BUAT NAYA KAT HAMBA ALLAH TU.
Dari sisi lain perlakuan Raja Bomoh itu boleh mendatangkan persepsi bahawa keluarga Anwar telah mengupah bomoh ini untuk membunuh hantu raya tersebut. Maka keluarga Anwar boleh dituduh mengamalkan perkara khurafat. Jika ditanya pd bomoh itu siapa yg mengupahnya, pasti keluarga Anwar akan dibabitkan sebab main golf yg dilakonkan itu adalah merupakan serangan kpd Najib dari pihak PR. Tidak mungkin bomoh itu buat percuma shj!
ReplyDeleteHole in one
ReplyDelete