10:30AM Feb 12 2015
oleh Khoo Kay Peng
SUARA LANTANG: Sabitan bersalah yang dijatuhkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan sudah mula mencetuskan suara-suara dan respon segera daripada pelbagai pihak dan individu. Namun, satu respon yang telah mengundang kritikan keras tertuduh sendiri, Anwar, datang daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Tidak sampai sejam selepas sabitan dijatuhkan, PMO mempertahankan kebebasan kehakiman dan mendakwa ramai tokoh kanan kerajaan yang turut menerima hukuman pada masa dahulu. Tiada nama tokoh yang disebut, namun pastinya sukar untuk membandingkan dua perkara yang sama sekali berbeza.
Anehnya, PMO mengeluarkan kenyataan itu ketika sesi mahkamah masih belum tamat. Seperti yang dijangka, kerajaan kelihatan terlalu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kebebasan institusinya.
Ada beberapa implikasi yang perlu dihadapi rakyat Malaysia pada hari-hari seterusnya ekoran sabitan itu.
Pertama, kredibiliti dan tahap kebebasan badan kehakiman kita akan diperhatikan di bawah kanta mikroskop. Beberapa kes kontroversi dan berprofil tinggi seperti pembunuhan Altantuya telah menyebabkan kecekapan dan kredibiliti badan itu dalam pemerhatian rapi. Hakikat bahawa tiada motif yang dikenal pasti apabila mahkamah menghantar dua polis tersebut ke tali gantung telah mencetuskan keraguan, bahawa dalang di sebalik pembunuhan itu mungkin tidak akan ditangkap atau pun didedahkan sampai bila-bila.
Dalam perbicaraan Anwar, Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria berkata, “keizinan” tidak diambil kira dalam kesalahan liwat di bawah Kanun Keseksaan. Beliau berkata demikian ketika membalas hujah peguam bela Anwar yang mempersoalkan tingkah laku Saiful Bukhari Azlan yang membawa KY Jelly. Ketua Hakim itu menyatakan bahawa Saiful pernah mendakwa bahawa ada perlakuan seksual sebelum itu.
Persoalan sama ada Saiful “sanggup” dan cuba mengambil kesempatan atau hanya menjadi mangsa tidak pernah dirungkaikan. Jika Saiful adalah mangsa, pihak yang ragu akan menyatakan bahawa beliau tidak membuat laporan polis selepas perlakuan pertama dan telah terlibat dengan rela dalam beberapa perlakuan lain. Jika “keizinan” tidak diambil kira dalam kesalahan liwat, mereka yang berada dalam hubungan sama jantina perlu mula berwaspada terhadap bekas pasangan mereka.
Kedua, kerajaan Barisan Nasional akan berhadapan tugas sukar cuba meyakinkan pengkritiknya, bahawa perbicaraan itu berjalan dengan adil dan tertuduh tidak pernah menjadi sasaran politik. Hakikat bahawa hanya Anwar satu-satunya individu yang disabitkan kesalahan liwat, apabila hubungan sesama jenis adalah realiti yang berlaku di hadapan kita, sudah cukup menimbulkan kejanggalan.
Ketiga, kerajaan dan institusi seperti polis dan pendakwa raya akan terus menerima kritikan kerana memilih-milih dalam menetapkan keutamaan mereka. Sudah terlalu banyak kontradiksi yang dapat dilihat, sukar untuk kerajaan membuktikan keadilan dan sikap konsisten mereka ketika melaksanakan undang-undang.
Orang ramai akan bertanya, mengapa peniaga yang didapati menjual barangan cenderahati IS masih tidak ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Masyarakat sivil pula akan mempersoalkan kewajaran keputusan kerajaan Sabah dan Sarawak melarang sesetengah politikus dan aktivis daripada memasuki negeri itu, namun pada masa sama tidak berbuat apa-apa untuk mengawal kehadiran pendatang haram. Malah ada di kalangan pendatang itu yang dikaitkan dengan kegiatan pengganas.
Persoalan paling besar pula adalah mengapa kita menumpukan terlalu banyak perhatian dan tenaga dalam kes liwat, sedangkan banyak lagi jenayah serius lain diabaikan? Adakah bahagian udang-undang berhubung kes ini terlalu penting dan selaras dengan masa? Bukankah perlu ada pindaan dalam Kanun Keseksaan yang melibatkan perlakuan liwat, agar mencerminkan realiti semasa?
Ada beberapa perkara lagi yang perlu dihadapi negara. Imej antarabangsa negara kita akan menerima pukulan hebat. Beberapa kerajaan asing melihatnya sebagai konspirasi politik untuk memerangkap Anwar. Amerika Syarikat menyatakan pendakwaan terhadap Anwar telah membangkitkan kebimbangan serius berhubung kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman.
Secara politik, keputusan semalam bermakna kerajaan pemerintah akan melakukan apa sahaja untuk melemahkan seterunya. Cukup ironik apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluh, “ada sesuatu yang sangat tidak kena di Malaysia, dan mereka yang berani menyuarakan kebimbangan mereka akan diburuk-burukkan oleh kerajaan.”
Pemenjaraan Anwar bermakna pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat akan menjadi lebih kuat dan sengit. Sejak kes Sodomi 1 pada tahun 1998, suasana politik negara dipenuhi dengan limpahan emosi dan sinikal, dan terlalu kurang hujah-hujah rasional.
Nampaknya kisah ini akan berlanjutan untuk satu tempoh masa lagi. Pilihanraya Kecil, Pilihanraya Negeri dan Pilihanraya Umum seterusnya akan dipenuhi suara-suara yang mengutuk ketidakadilan sebuah regim menindas terhadap Anwar. Sekali lagi, pengundi akan dinafikan perbahasan penting tentang dasar dan perancangan yang ingin dilaksanakan calon-calon pilihanraya.
Adakah anda setuju dengan Dr Mahathir, bahawa ada sesuatu yang sangat tidak kena di negara ini?
tgk muka hakim mcm celaka.
ReplyDeleteTemgok lah siapa hakim siapa dalam kubor kelak.
ReplyDeleteSemua tunggu masa Kiok masok kubor. Bukan budak budak lagi pun , nsk ber gaya pun muat kain kapan.
Melayu2 Islam tu... Bukan kafir DAP MCA...
Itu Melayu2 kampong dulu kechik2 mengaji tau.
Memang ada sesuatu yang tak kena dgn Malaysia sekarang...cakap benda betul..kena tahan....kena siasat...saya benci duduk di Malaysia skrg namun tiada pilihan....apapun saya tetap taat setia pada negara....akan mempertahankan negara tercinta....adakah para2 hakim..para2 menteri sanggup mempertahankan negara jika berlaku sesuatu keatas negara kita...rasanya mereka yang cabut lari dulu....
ReplyDeleteAku takut Allah turun bala sebab pemerintah melakukan kezaliman. Sekurang2 2 kezaliman nyata berlaku, 1 kes Mejar Zaidi, 2 kes Anwar Ibrahim di dalam tahun ini... ini tidak kira dengan kezaliman2 terhadap mangsa2 banjir yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Selain dari kezaliman akibat pemilihan kes berpilih seperti Ismail Sabri vs Zunar dan rakan2 di bawah akta hasutan. Jadi berhati2, Allah Maha Melihat dan tiada hijab kepada mangsa kezaliman... kebinasaanNya amat menggerunkan.
ReplyDeleteSaya TIDAK pernah percaya langsung anwar meliwat sejak pindaan tarikh pertuduhan akibat Tivoli Villa belum siap. MAKA
ReplyDeleteSAYA BERDOA KEPADA ALLAH agar semua individu utama yg menzalimi Anwar agar di TURUNKAN BALA buat mereka dengan segera. Kabulkan ya Allah.
5 hakim tersebut orang melayu beragama islam,tetapi mereka lupa mahkamah akhirat nanti.Kebanyakan manusia yang tidak memahami undang-undang pun faham apakah berlaku perbuatan liwat antara dua insan yang berbaza umur.dan yang diliwat menahan jubnur tidak berak 3 hari.seluar dalam yang berlainan,karpet dilain bilik.pening rakyat Malaysia memikirkanya,tetapi begitu mudah hakim menjatuhkan hukuman,ingat seksa kubur dan siksa neraka bagi mereka yang tidak adil.
ReplyDeleteDalam hadis nabi....dari 3 orang hakim, satu masuk syurga, 2 lagi masuk naraka. Ni 5 ekor hakim ni, agak-agak berapa masuk syurga?
ReplyDeleteHakikat sejarah menceritakan Hang Tuah dibenci pembesar istana yg lebih senior, kerana sultan amat mempercayainya. Berikutan itu, timbullah sifat dengki bersangatan mereka itu lantas memfitnah Hang Tuah yg anda semua pun tahu sehingga sultan teramat murka kpd Hang Tuah. Adakah sesiapa boleh menafikan sejarah itu? Elok diterangkan dlm paragraf ini, bahawa Mokhtar Abdullah, Rahim Tambhy Chik dan Rahim Nor adalah orang Melaka.
ReplyDeleteBegitulah dgn sosok Anwar yg cepat naiknya dlm hirarki politik dan dlm parti, gara2 Mahathir sangat percaya kpd kewibawaan dan ketokohan Anwar. Setiap kali Mahathir diserang pihak lawan, Anwar inilah yg akan ke depan berpencak mempertahankan mentornya itu. Situasinya persis sama, pendengki2 yg lebih senior dlm UMNO mula menganyam fitnah untuk memburuk-burukkan Anwar, sehinggakan Mahathir menggunapakai fitnah itu untuk kepentingan peribadinya sendiri. Ramai sebenarnya pendengki2 itu, sebahagiannya telahpun arwah. Nak dikatakan Anwar mengamalkan rasuah atau simpan perempuan atau kaki botol, mereka mati kutu sebab Anwar bukan jenis itu. Hanya tuduhan liwat sahaja yang boleh ditenun, bagi menjayakan agenda fitnah mereka. Selebihnya sehinggalah Najib jadi PM, semua kebobrokan itu tetap diwarisi semata-mata mereka amat gentar kpd Anwar. Mereka hanya perlu menggunakan lorong yg dirintis oleh Mahathir.
Jika institusi kesultanan melayu Melaka boleh terus lenyap, apakah tidak mustahil UMNO(Baru) juga boleh terus lenyap??? Hukum hakikat terus berjalan, cuma masa shj yg belum tiba tapi sedang menuju kearah itu.