Posted by Kita Bantai
Sebahagian daripada terowong yang dibina oleh tentera Nazi Jerman yang ditemui di Poland
WALBRZYCH (Poland) – Pihak berkuasa Poland pada Jumaat membuat satu pengumuman yang mereka percaya serta yakin telah menemui kereta api misteri milik tentera Nazi Jerman yang membawa bertan-tan ketulan emas, tersembunyi di dalam sebuah terowong rahsia di pinggir bandar ini.
Timbalan Menteri Kebudayaan, Piotr Zuchowski berkata, keyakinan mereka itu bersandarkan imbasan radar yang dilakukan ke atas terowong berkenaan.
“Kami yakin 99 peratus ia adalah kereta api Nazi yang membawa ketulan emas itu,” ujarnya kepada para pemberita.
“Kami yakin 99 peratus ia adalah kereta api Nazi yang membawa ketulan emas itu,” ujarnya kepada para pemberita.
Kereta api tersebut disembunyikan di dalam terowong rahsia itu pada penghujung Perang Dunia Kedua di ambang kejatuhan Kerajaan Nazi Hitler.
Menurut Zuchowski lagi, imej yang diperolehi daripada imbasan radar itu menunjukkan sebuah kereta api yang dilengkapi dengan serombong senjata berat.
Legenda tempatan sejak sekian lama mengesyaki kereta api Nazi itu dipenuhi dengan ketulan emas, batu permata dan senjata telah disembunyikan di dalam sebuah terowong rahsia pada 1945.
Zuchowski menyifatkan penemuan itu sebagai sesuatu yang di luar kebiasaan.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kedudukan tepat di mana terowong rahsia itu terletak.
Kata Zuchowski, maklumat mengenai terowong rahsia itu diperolehi daripada pengakuan seorang yang turut terlibat di dalam misi menyembunyi dan menutup pintu terowong berkenaan.
Awal bulan ini, seorang lelaki Poland dan Jerman memberitahu pihak berkuasa tempatan di sini yang mereka mengetahui di mana terletaknya lokasi kereta api yang disembunyikan itu.
Menerusi peguam, mereka berkata sanggup memberitahu lokasi berkenaan dengan syarat diberikan 10 peratus daripada apa yang ditemui nanti.
Dalam pada itu BBC melaporkan rekod menunjukkan antara 1943 hingga 1945, pihak Nazi telah mengerah tahanan perang untuk menggali terowong sepanjang 9km di sini.
Sebahagian daripada terowong yang ditemui itu telah menjadi pusat tarikan pelancong.
Timbalan Datuk Bandar Walbrzych, Zygmunt Nowaczyk memberitahu para pemberita Rabu lalu, bahawa lokasi terletaknya kereta api misteri itu dan identiti dua warga tua yang mendedahkannya masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
“Lokasinya adalah di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan Walbrzych,” kata Nowaczyk.
Menurut legenda, emas-emas itu diperolehi dari daerah Wroclaw, Poland dan disembunyikan untuk mengelak ia jatuh ke tangan tentera merah Soviet yang sedang mara ke bandar ini pada tahun 1945.
Kerajaan Poland sebelum ini memberi amaran kepada warganya supaya tidak mencari harta karun itu kerana dikhuatiri ia dipenuhi dengan jerangkap samar yang dipasang oleh tentera Nazi sebelum menutup pintu terowong berkenaan sepenuhnya. – sumber
Bekas ketua perisikan British: Putera Bandar memberitahu saya bahawa dia akan membuat kehidupan Syiah dan Alevis sebagai kehidupan orang-orang Yahudi di bawah Nazi!
ReplyDeleteAHAD Disember 6, 2015 , Satu lagi dicabar 03:59 - Me Panorama
https://translate.googleusercontent.com/translate_c?depth=1&hl=ms&prev=search&rurl=translate.google.com&sl=ar&u=http://www.mepanorama.net/565609/%25D8%25B1%25D8%25A6%25D9%258A%25D8%25B3-%25D8%25A7%25D9%2584%25D9%2585%25D8%25AE%25D8%25A7%25D8%25A8%25D8%25B1%25D8%25A7%25D8%25AA-%25D8%25A7%25D9%2584%25D8%25A8%25D8%25B1%25D9%258A%25D8%25B7%25D8%25A7%25D9%2586%25D9%258A%25D8%25A9-%25D8%25A7%25D9%2584%25D8%25B3%25D8%25A7%25D8%25A8%25D9%2582-%25D8%25A7%25D9%2584%25D8%25A3/&usg=ALkJrhirsx7smzMhd91xzxA_5JuFABEksA
Akhbar "The Independent" British hari ini mengeluarkan satu laporan yang panjang mendedahkan di dalamnya, berdasarkan ceramah yang disampaikan oleh bekas perisikan asing Presiden British (MI6) Richard Dearlove minggu lalu tidak mendapat liputan media British, bahawa Arab Saudi membantu "Daash" dalam rampasan utara Iraq sebagai sebahagian daripada proses lebih luas untuk menghapuskan Syiah dan menjadikan kehidupan mereka ke dalam sesuatu seperti kehidupan Yahudi di bawah Nazi Jerman.
Dan menurut syarahan Dearlove di hadapan "Royal United Services Institute" Minggu lepas, akhbar itu memetik ringkasan apa yang telah datang menghadap, bekas ketua perisikan Arab Bandar bin Sultan memberitahunya (sebelum proses serangan 11 September di New York) benar-benar bahawa dia "tidak akan menjadi hari itu jauh di Timur Tengah akan menjadi Sunni, manakala Syiah bilion perintah ", merujuk untuk menghapuskan mereka.
Dia berkata, "Dearlove" Apabila maut diancam oleh Bandar bin Sultan, Syiah telah datang, bukan melalui komprehensif mereka pembunuhan beramai-ramai oleh pengeboman berani mati sahaja, di mana dia jatuh, termasuk lebih daripada satu juta Syiah bom kereta dan serangan berani mati sejak tahun 2003 sehingga sekarang, tetapi khususnya apabila Arab Saudi membantu "Daash" untuk merampas utara Iraq (Niniwe dan Mosul), dan apabila ia berjalan "Daash" pada membunuh wanita dan kanak-kanak Syiah dan Yazidis terbunuh dan pelajar kolej udara (Spyker) asas pada 10 Jun, dan menanam mereka di kubur besar
Mat Bahalol katq semua milik Atok Nenek nya lah.... Apa lagi
ReplyDeleteYang berani nak tanya siap masok TONG DRUM MINYAK
Semua boleh MAGIK okay....
Rakyat makin papa kedana miskin
Hidup BEWAK !!!!!!!
Itu bukan harta pusaka, itu juga adalah adalahderma dari timur tengah.
ReplyDeleteMaka akan berkatalah berapa persen bahagian adinda?
Aku nak report polis terhadap orang yang claim dia temui harta itu.
Polis akan menahan dan menyoal siasat orang yang menemui harta itu..... barangkali dia terlibat dengan pembiayaan IS.
gerenti da serah kt british...mcm petroleum...umno barua british...x gitu..
ReplyDelete