Maknanya sekiranya dia bertegas dengan cara pakaiannya, dia akan dibuang juga.
Tentang ayat yang menyatakan tiada surat rasmi perihal pemecatannya adalah 'kenyataan sebab pemecatan itu akan mengaitkan isu agama, maka Hospital itu yang mungkin dikenakan tindakan.
Sebab itu hanya surat amaran di keluarkan - 'Sebaliknya dia diberi surat yang mana kami memberi tempoh untuknya mematuhi peraturan hospital'. - apakah peraturan itu?
Isu aurat : bekas jururawat dan PPIM bakal disaman
Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd akan mengadakan perbincangan dengan peguamnya pada Isnin ini bagi tindakan lanjut
PETALING JAYA: Bekas jururawat, Naziah Sauni Samat yang mendakwa diberhentikan kerja kerana memakai baju lengan panjang serta bertudung dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bakal berdepan dengan tindakan saman.
Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd memaklumkan kenyataan media yang dikeluarkan Naziah di Pejabat PPIM sebelum ini telah merosakkan imej hospital dan kakitangan mereka.
Pengurus Kewangan dan Sumber Manusianya, Regina Sundram berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan peguamnya pada Isnin ini bagi tindakan lanjut.
Katanya, orang luar hanya membuat tuduhan berdasarkan kenyataan sebelah pihak tanpa merujuk dan mendapatkan penjelasan sebenar dari pihak hospital.
“Sejak semalam (kelmarin), pihak hospital tidak berhenti menerima panggilan telefon bertanyakan hal berkenaan sehingga ada pihak yang mahu memboikot serta mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.
“Bahkan laman sosial Facebook hospital turut dihujani pelbagai dakwaan dan kata-kata yang tidak baik sehingga memaksa kami menapis setiap komen pengguna sebelum disiarkan,” katanya yang dipetik Sinar Harian Online.
Mengenai dakwaan Naziah diberhentikan tugas kerana faktor pakaian, Regina menafikannya.
“Pihak hospital tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi berkaitan pemecatannya. Sebaliknya dia diberi surat yang mana kami memberi tempoh untuknya mematuhi peraturan hospital.
“Naziah bagaimanapun tidak hadir bertugas selama lima hari sejak 25 November tanpa sebarang penjelasan dan kami dianggap dia berhenti secara sukarela,” katanya.
Regina berkata, pihak hospital turut memberi ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri.
“Naziah bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November dengan memakai stoking lengan. Ia masih melanggari peraturan pemakaian hospital.
“Teguran dibuat, tetapi Naziah tidak mematuhinya sehingga tamat waktu bertugas. Kalau benar kami berhentikan Naziah, gajinya masih dibayar mengikut jadual,” katanya.
Jelasnya, hospital berkenaan sudah beroperasi sejak 1989 dan kini mempunyai seramai 120 kakitangan, 41 daripadanya beragama Islam.
Mana ulaumak, mana brahing perkasa.....?
ReplyDeleteduk dalam negara Islam kena tundok denag aturan kapir
ReplyDeletememang cilaka
Sejengkal demi sejengkal...sehasta demi sehasta malaysia meniru cara barat....benar belaka hadis nabi itu...
ReplyDeletealasan bhw lengan panjang boleh menyebabkan jangkitan atau sbgnya adalah tidak munasabah sbb staff hospital Islam semua berlengan panjang...
ReplyDeleteorg Islam tak perlulah ke sana... banyak hospital Islam ada...