Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 2, 2015

Berapa orang nak hukum Izzah ni?

Pengundi muda Lembah Pantai mahu ‘hukum’ Izzah

 | December 1, 2015
Izzah digesa meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai selepas bergambar dengan Puteri Sultan Sulu Jacel Kiram.
pemuda-lembah-pantai
KUALA LUMPUR: Gabungan pengundi muda Lembah Pantai mendesak Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat di kawasan itu selepas gambar kontroversinya dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram pada 9 November lalu.
Pengerusinya Mohd Nazri Abdul Rahman berkata, sekiranya Nurul Izzah meletakkan jawatan, pengundi muda di kawasan itu bersedia untuk ‘menghukumnya’ jika diadakan pilihan raya kecil
“Kami menyeru kepada Nurul Izzah dengan apa yang telah dibuat bersama dengan Jacel Kiram kalau dia berani, dia lepaskan jawatan wakil rakyat.
“Pengundi-pengundi muda di Lembah Pantai dah siap sedia untuk menghukum Nurul Izzah di Lembah Pantai. Jangan tunggu sampai lima tahun,” katanya pada sidang medianya di Apartment Abdullah Hukum pada Selasa.
Mohd Nazri turut mendakwa Naib Presiden PKR itu juga tidak melakukan apa-apa perkara yang berbakti kepada kawasan terbabit sejak menjadi Ahli Parlimen.
“Nurul Izzah di Lembah Pantai memang gagal jaga kebajikan di Lembah Pantai. Dia lebih tumpukan kepada kawasan di luar. Apa yang kita dapat di luar sana mengetahui Nurul Izzah ini seorang yang tidak berbakti kepada Lembah Pantai.
“Nurul Izzah ini lebih hebat atau dimomokkan dengan media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Tetapi di Lembah Pantai bagi kami pengundi-pengundi muda ini, dia dalam seminggu memang tidak ada dalam Lembah Pantai,” dakwanya.
Tambahnya, pihaknya akan berterusan mendesak Ahli Parlimen Lembah Pantai itu melepaskan jawatannya dengan memasang kain rentang di sekitar kawasan terbabit.
Katanya kira-kira 20 kain rentang akan dipasang agar Nurul Izzah meletakkan jawatannya.

7 comments:

  1. Ada lagi rupanya pengundi2 muda yg terencat akal

    ReplyDelete
  2. Kenapa la bengap sangat gabungan anak muda mat rempit ni....kalau minah tu dah letak jawatan macam mana dia nak bertanding balik...undeng undeng parti hatok kau buat tidak membenarkan mana mana wakil rakyat yg meletak jawatan bertanding semula....
    Kau nak mengampu pun buat la home work sikit supaya tak nampak sangat kebangangan kau orang

    ReplyDelete
  3. PAM TAIK kat Pantai Dalam tu OK lagi ke ????

    Elok jugak bebudak bahalol melayu masok PAM TAIK bela ikan keli dan tilapia

    Dapat jugak duit tiap tiap minggu kat Pasar Malam

    Tak payah tunggu Izzah


    Bodoh sangat ke Melayu nih ???

    ReplyDelete
  4. Berani tak pengundi muda umno tu suruh najib letak jawatan? Najib kan bergambar dgn ketua yahudi yg sembelih sedara palestin kita.

    ReplyDelete
  5. Orang Melayu kita memang otaknya singkat ...
    Nurul Izzah jumpa Puteri Sulu ... adakah ianya menjejaskan kehidupan seharian "kau" orang? adakah ini bermaksud Nurul Izzah menyokong pengganas?
    Janganlah "kau" orang cuba mengalih tajuk daripada masalah yang benar-benar berlaku di dalam negara kita ni. Rasuah dan rompak duit rakyat secara terang-terangan, "kau" orang tak ambil peduli pun. GST, Duit Derma, Tol Naik, Duit Yapeim, ... "kau" orang memang "kau" orang juga.
    Siapa sebenarnya pengkhianat negara? Yang diberi amanah tapi mencemari amanah yang diberi kan. "kau" orang tahu tak siapa "kau" orang?

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ni la yg dikatakan kecik2 tak nak mampus Bila dah besar menyusahkan orang...luncai luncai.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa