Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 2, 2015

Mat Sabu tidak cermat?

Penganlisis: Kenyataan Mat Sabu tidak cermat
RAZIATUL HANUM A.RAJAK2 DISEMBER 2015
SHAH ALAM - Penganalisis politik tempatan dan antarabangsa, Dr Maszlee Malik semalam menegur Presiden Parti Amanah Negara(Amanah), Mohamad Sabu berhubung kenyataannya yang mengaitkan Pas dengan pengganas IS.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menyifatkan kenyataaan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak cermat dan tidak wajar.

"Perlu diakui bahawa walaupun aspirasi Pas untuk menubuhkan negara Islam yang melaksanakan hudud dan juga sikap fanatik ahli-ahli Pas kepada parti mereka lantas bersikap keras terhadap fikrah yang berlainan adalah mirip kepada pendekatan IS, namun Pas dengan jelas menolak perjuangan bersenjata di Malaysia dan juga memilih cara muwajahah silmiyyah (penentangan secara aman) berdasarkan sistem demokrasi.

"Hal ini merupakan garis pemisah utama di antara Pas dengan IS. IS diketahui umum bahawa mereka menolak proses demokrasi malah mengkafirkan sistem demokrasi dan juga sesiapa yang terlibat dengannya. Ini bukanlah sikap Pas semenjak hari pertama ia ditubuhkan sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan, Mat Sabu mendakwa antara punca Amanah ditubuhkan ialah kerana bekas partinya, Pas sudah diresapi pemikiran IS.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Tuduh Pas militan keterlaluan]

Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan ke atas penyusupan pemikiran IS yang menyebabkan suburnya budaya 'takfiri' dalam Pas.

Menurut Dr Maszlee, contoh-contoh yang disebut Mat Sabu tidak boleh dijadikan ukuran untuk  memukul rata bahawa parti Islam tersebut seumpama IS ataupun membawa fikrah IS.

"Tidak dinafikan terdapat segelintir ahli-ahli Pas dan juga sekerat dua pemimpin Pas yang bersimpati kepada IS atau mempunyai fikrah yang cenderung kepada takfiri (mengkafirkan sesama Muslim) seperti IS, namun itu tidak boleh dijadikan ukuran.

"Perlu juga diakui bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berkali-kali menegaskan penolakan beliau terhadap pendekatan ganas IS dan menyeru ahli-ahli Pas agar tidak menyertai IS. Fakta ini perlu diambil kira oleh mana-mana pihak sebelum mereka mengaitkan Pas dengan IS," katanya.

Katanya, Pas mempunyai peranan yang amat penting untuk membendung anak-anak muda Malaysia dari menyertai IS.

"Pas juga perlu dilibatkan oleh pihak keselamatan dan juga kerajaan di dalam usaha mereka membendung pengaruh IS daripada bertapak di bumi Malaysia.

"Pas begitu relevan di dalam meyakinkan para pemuda yang berkobar semangat untuk menyertai IS bahawa mereka boleh sahaja berjuang dengan menyertai Pas dengan mengambil jalan demokrasi dan aman untuk mencapai cita-cita mereka.

"Pihak berwajib dan pihak keselamatan perlu peduli dan peka terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh Pas ini," katanya.

Dr Maszlee turut menasihatkan agar Amanah termasuk Mat Sabu lebih cermat dalam isu itu.
"Kenyataan pukul rata yang beliau lakukan itu tidak akan membantu usaha pihak berwajib untuk menanggani isu IS. 

"Bagi pihak Pas juga, mereka hendaklah bersikap lebih pro-aktif di dalam membantu kerajaan dan pihak keselamatan di dalam melakukan kempen anti-keganasan dan anti-IS sebagai sebahagian dari usaha mereka untuk menasihati kerajaan BN dan menjaga keamanan negara," katanya.

8 comments:

  1. Kes melibatkan menkafirkan ahli amanah semakin merebak dikalangan pengikut pas terutama dihasut oleh ustaz2 yg merasakan dirinya maksum & ahli syurga.Kes ni lagi teruk dari kes mengkafirkan umno dulu.Nauzubillah..........

    ReplyDelete
  2. Dokter ini belom ambik gaji bonus lagi ke???

    Kesian CINA INDIA bayar cukai

    ReplyDelete
  3. Betul kah Mat Sabu cakap tu...PAS memang ada ciri ciri IS. Contohya dari segipegabgan ideologi sape sape saja yang tak setuju dengan depa akan dilebel sebagai musuh walau pun di kalangan saudara Islam sendiri. PAS pun perangai serupa...mula dihalau keluar kumpulan yang mempunyai pandangan berbeza. Bila kumpulan ini keluar dan menubuhkan parti sendiri mereka dianggap pengkhianat dan ada pula lebai lebai taksub yang mengkafirkan mereka.
    Cuma yang membezakan IS dengan pehuang PAS ialah penggunaan senjata...US guna bim, AK 47 tapi lebai OAS Zguna mancis untuk membakar kereta musuh dan guna penumbuk untuk memukul orang balik dari solat subuh....sama perbuatan tapi pendekatan berbeza.
    Tapi apa pun PAS tak akan jadi IS kerana sekarang ini pemimpin mereka sedang berusaha untuk bersetubuh dengan HAMNO. Apa? Kau orang berjumpa sulitsulit di Langkawi ingat orang tak tahu ke.....dinding pun boleh bercakap lebai oii....

    ReplyDelete

  4. Mat Sabu tidak pukul rata.

    Mat Sabu sendiri kata Hj Hadi tolak IS.

    Yang dibimbangkan sekiranya tidak di bendung lebih awal, fahaman IS ini akan menular bermula dengan mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan PAS dan mereka yang di katakan khianat telah di kaitkan dengan hukum pancung.

    Dan dengan kenyataan Mat Sabu ini diharap pemimpin PAS tidak lagi sewenang-wenang nya menuduh pemimpin Amanah mengkhianati perjuangan Islam.

    ReplyDelete
  5. "Perlu diakui bahawa walaupun aspirasi Pas untuk menubuhkan negara Islam yang melaksanakan hudud dan juga sikap fanatik ahli-ahli Pas kepada parti mereka lantas bersikap keras terhadap fikrah yang berlainan adalah mirip kepada pendekatan IS, namun Pas dengan jelas menolak perjuangan bersenjata di Malaysia dan juga memilih cara muwajahah silmiyyah (penentangan secara aman) berdasarkan sistem demokrasi.

    Kes berdarah memali tidak menolak kenyataan diatas malahan pas mengiktiraf mereka yg terlibat dalam kes memali.
    Kena tengok dari semua sudut sebelum suka2 nak keluarkan statement tak kira la sesapa pun..

    ReplyDelete
  6. Aku cukup2 berharap AMANAH tidak termakan provokasi dri PAS. Biarkan PAS meroyan sorang diri. Tapi nmpknya AMANAH termakan jugak umpan PAS.

    ReplyDelete
  7. Doktor makan gani bro. Cakap yg pelik nanti kena buang kerja pulak.

    ReplyDelete
  8. mari lihat siapa yang bijak---mat sabu telah menjarum--kuncu kuncu lawannya membantah--mana tokoh pas yang lain selain nik buduh --ramai lagi isis di malaysia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa