RM32 Juta Dari SRC Masuk Akaun Peribadi Ketika Najib Rosmah Bercuti Di Hawaai
Disebalik 'arahan' supaya jangan disebut isu RM2.6 bilion sepanjang PAU rupanya, sebaliknya pula yang berlaku bila RM2.6 bilion menjadi antara isu utama yang dibincangkan. Yang menjadi dalang buat kecoh bukan orang lain pun tapi Najib sendiri.
Konon sudah beri penjelasan terperinci semasa taklimat .... konon semuanya sudah dijelaskan .... ternyata tidak ada apa2 maklumat baru yang diberikan yang boleh menjelaskan kemelut sedia ada.
Tapi yang buat tambah rencah isu RM2.6 bilion ini adalah cubaan Najib untuk meRAMAIkan bilangan penderma dari satu orang kepada 'MEREKA'. ( lebih dari seorang )
Ya, saya katakan memang itu satu usaha licik dari Najib sendiri. Selama ini SEMUA ORANG hanya merujuk kepada SATU orang penderma saja. Cai2 Najib siap berikan contoh orang yang kayaraya dari kalangan pak Arab yang banyak menderma untuk berikan persepsi kononnya itu lah si penderma.
Pada 22 Ogos, Mkini melaporkan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan RM2.6 bilion kepada perdana menteri.
Najib diam bodoh jer ...... langsung tidak mahu membetulkan fakta bahawa penderma adalah lebih dari satu orang. Kem Najib mungkin baru menyedari bahawa TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG WARAS DI DUNIA INI boleh menerima kenyataan bahawa amaun sebanyak itu boleh didermakan oleh SATU orang. Makanya usaha untuk meramaikan bilangan penderma harus mula dilakukan .... secara halus.
Usaha itu bermula hari Isnin lalu melalui program wawancara khas bersama Najib -
Minit 2:10 - Yang ke empat, bahawa mereka yang menderma ini, tidak ada apa-apa niat ....... Mereka juga menganggap ini bukan satu rasuah ....
Hairan kenapa tidak ada sorang pun dari ketiga2 wakil media tersohor yang menemuramah Najib waktu itu, mahu bertanya dan minta kepastian akan perkara ini. Mungkin tidak ada dalam skrip kot ......
Kemudian usaha itu disambung pula oleh Zahid.... samada secara sengaja atau tidak sengaja, wallahualam. di sini
Terakhir adalah flip flop Zahid yang berkata - Seorang penderma, banyak wakil....
*******************
Whatever lah ...... apakata minta Zahid atau Najib sendiri komen di MANA BAKI WANG itu dan BERAPA BAKI yang tinggal ?
Kerana Umno ketika ini amat perlukan suntikan derma itu !
Kenapa artikel berkenaan sudah tidak dapat dikesan bila saya cuba klik ?
Hmmm .... bagaimanapun dari carian di blog lain yang sempat copypaste artikel berkenaan, ini adalah perenggan awalnya -
Actually yang di atas tu sekadar nak buat catatan sekiranya perlu rujukan kelak. Yang ini point utama artikel sebagaimana tajuk -
Blogger JMD (KLiK) ada mengingatkan kita kepada wang RM42 juta dari SRC yang turut didedahkan ada dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. Yalah, kita duk tumpu pada jumlah yang besar ( USD681 juta ) tapi kita jarang nak bercakap mengenai jumlah yang lebih kecil iaitu RM42 juta yang berlaku dalam negara dan waktunya pula baru sangat, tak sampai setahun.
Transaksi dari SRC yang juga tidak dinafikan oleh Najib ini berlaku dalam 3 peringkat -
1 - RM27 juta pada 26 Disember 2014
2 - RM5 juta pada 27 Disember 2014
3 - RM10 juta pada 10 Februari 2015
Yang ini tidak ada kaitan dengan Pak Arab kan ...... Jadi yang ini derma jugakah ? Dari siapa ? Kenapa berpunca dari SRC, sebuah syarikat yang asalnya milik 1MDB tapi kemudiannya dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan ? Apa tujuan pembayaran itu ?
Fakta yang saya maksudkan sebagai mampu buat darah panas adalah .......perhatikan dua tarikh transaksi awal itu .... 26 dan 27 Disember 2014 berjumlah RM32 juta.
Cuba ingat balik apa yang berlaku pada tarikh itu tahun lepas ....... negara dilanda musibah banjir yang paling teruk dalam sejarah. Kalau tak silap, masih ramai lagi mangsa yang tinggal di penempatan sementara sehingga kini.
DAN DI MANA NAJIB ROSMAH PADA TANGGAL 26 DAN 27 DISEMBER 2014 ?
Tidak ada siapa pun tahu pasangan Najib Rosmah sudah pergi bercuti kalau tak silap sekitar 20 Disember .... namun percutian mereka menjadi berita gempar bila didedahkan oleh The Washington Post pada 26 Disember yang menunjukkan gambar Najib sedang bermain golf bersama Obama di Hawaii !
Bila dah kantoi big time, Najib pun bergegas pulang seorangan meninggalkan Rosmah di Amerika, dan tiba di tanahair pada 28 Disember.
Transaksi dari SRC bernilai RM32 juta itu adalah pada 26 dan 27 Disember .........
Anda fikirkan sendirilah ...... saya hanya bentangkan FAKTAnya saja. MUNGKIN saja dana itu digunakan buat bantu mangsa banjir, kan ...... secara senyap2, manalah kita tahu.
Saya rasa ada baiknya Najib berikan penjelasan juga mengenai deposit dari SRC ini sempena PAU yang sedang berlangsung ini. Dan tarikhnya yang agak mencurigakan .....
via WhatsApp - Syed Ishak Syed Ali - 011- 31243937
sebahagianya dari sini
sesiapa sahaja yg tau..ceritakan lah agar semua rakyat tau tembelang pm malaysia.mrrangkap presiden umno ini..
ReplyDeleterahsia tak selamanya rahsia kan