Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 14, 2015

Menarik: Mesti TMJ telah terhidu........adakah lagi yang tak tahu malu?

TMJ doa menteri utamakan rakyat bukan akaun bank peribadi
 | December 13, 2015
Baginda juga menegur ahli politik yang tidak turun padang dan meluahkan kebimbangan ketidakstabilan politik negara.
JDTPETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berdoa supaya wakil rakyat dan menteri di negara ini ikhlas dalam mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya mengutamakan akaun bank peribadi dan projek yang dilobi.
Baginda turut menegur ahli politik yang umpama lalang ditiup angin, tanpa pendirian dan rasa tanggungjawab, serta mengutamakan populariti seperti selebriti.
“Sebagai ahli politik, anda perlu turun padang dan mendengar suara dan keluhan rakyat; rakyat yang meletakkan anda di kedudukan selesa anda sekarang.
“Saya juga berdoa supaya suatu hari nanti, tiadalah mereka yang korup dan bersifat perkauman di kalangan kita. Ingatlah bahawa Johor berkembang maju seperti yang kita lihat pada hari ini adalah hasil kerja keras dan keharmonian semua kaum, seluruh Bangsa Johor,” tulis baginda menerusi posting di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.
TMJ juga melahirkan kebimbangan dengan ketidakstabilan politik yang melanda negara ketika ini.
Baginda berkata, kepincangan politik yang berlarutan tidak boleh mengubah nasib rakyat menerusi pemberontakan atau demonstrasi.
Nasib rakyat hanya boleh berubah menerusi bidang pendidikan, kata baginda.
“Apabila diri dilengkapi ilmu dan pendidikan yang baik, kita akan lebih bersedia dan mempunyai pengetahuan untuk menentukan hala tuju negara kita,” katanya.
TMJ berkata, baginda amat risau dengan tahap pendidikan yang semakin membimbangkan di negara ini dan mentaliti yang dibentuk daripadanya.
“Pendidikan tidak boleh dikompromi demi tujuan dan kepentingan politik,” kata baginda.
TMJ menasihatkan rakyat supaya rebut apa jua peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, kerana ilmu adalah kuasa, dan merupakan senjata paling ampuh untuk menjadikan Johor negeri yang lebih maju.
“Saya berjanji akan berusaha bersama kerajaan negeri supaya pendidikan diberikan perhatian penting yang selayaknya, demi masa depan Johor; kerana akan tiba masanya anda semua perlu menentukan masa depan dan apa yang terbaik untuk diri anda dan negeri Johor,” kata baginda.
TMJ berkata, baginda tahu terdapat pihak yang tidak mahu istana Johor bersuara.
“Apa yang mereka tidak faham adalah teguran kami bukanlah hendak menyerang peribadi. Kita hanyalah bersuara demi kepentingan rakyat, kita tidak meraih sebarang keuntungan daripadanya,” kata TMJ.

3 comments:

  1. Kalau semua raja2 di negara ini berani mcm TMJ, dah lama kita lebih maju drp singapura.

    Al-Fatihah untuk Tengku Abdul Jalil. Mudah2an ditempatkan bersama golongan yang bertaqwa. Amin.

    ReplyDelete
  2. penemuan audit negara dua tahun lalu, sekolah agama di Johor tidak disediakan tempat khusus, menumpang di rumah kedai dengan kapasiti murid ynag melebih 50 orang. Kes penemuan di pasir gudang.

    hara Tunku dapat ambil tindakan ya!

    ReplyDelete
  3. ni mesti sek agama yang taknak berdaftar dengan KPM nih...kurikulum apa ntah sekolah ni pakai...kalo xnak tertinggal dlm pendidikan pls la daftar cepat...sure bantuan akan mencurah2...cer lihat SAR dan SAN yg brdaftar ngan KPM n guna kurikulum kebangsaan...(SABK) depa dpt guru tahfiz...bangunan baru...buku teks...perjawatan yang setaraf dengan guru sekolah kerajaan...dll

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa