Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 1, 2015

Debat: Hadi takut berbohong atau takut tembelang UG pecah?

MONDAY, NOVEMBER 30, 2015 
Debat Hj Hadi vs Husam : Hj Hadi takut tembelang UG kerajaan Melayu Islam Umno/PAS pecah!
Pendedahan YB Khalid Samad mengenai pertemuan gelap PAS bersama UMNO selepas sahaja keputusan PRU ke 12 pada 2008, jelas bertujuan untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO/BN di Selangor demi kepentingan “Islam dan Melayu”. Sila baca di sini

Menubuhkan kerajaan Melayu Islam adalah tagline yang ampuh digunakan oleh Umno untuk menarik sokongan orang Melayu dan kini kita dapat lihat bagaimana PAS sendiri sering menggunakan tagline tersebut... 


Apa bezanya PAS dengan Umno? Gelagat para pemimpin PAS masa kini tak ubah mcm UMNO. Jelas bahawa Umno telah berjaya menanamkan sikap rasis dalam PAS yang kononnya memperjuangkan Islam. 


Perkara yang sama hampir berlaku di Perak sejurus selepas PAS Perak bersetuju menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR. Pemimpin tertinggi PAS Pusat menalipon Ust Ahmad Awang minta beliau memikirkan kemungkinan membentuk kerajaan dengan UMNO/BN di Perak.  


Mujurlah Ust Ahmad Awang bertegas dengan keputusan untuk bersama PR dan menolak mentah-mentah permintaan tersebut malah beliau mengelak untuk bertemu dengan pemimpin Umno yang berusaha mahu menemuinya.  


Timbulnya cadangan UG ini menyebabkan berlakunya perbalahan antara Almarhum TGNA dan beberapa pimpinan PAS pada 2009.  


Nik Abduh mendakwa almarhum TGNA mendapat maklumat yang salah dari orang-orang disekelilinganya dan melabelkan mereka sebagai 'sesat'. 


Antara yang ditulis Nik Abduh menerusi blognya: 

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.(baca lagi di sini )

Syabas diucapkan diatas keberanian YB Khalid Samad mendedahkan komplot UG yang sejak 2008 itu lagi. Mungkin Cikgu Pa sangka Khalid Samad tidak akan berani mendedahkan episode ini kerana Khalid sendiri telah turut bersama dalam perjumpaan tersebut... 

Tetapi penjelasan Khalid amat menghampakan Cikgu Pa kerana terbukti bahawa dgn kehadiran Khalid, maka komplot Hj Hadi nak jadikan Hasan Ali MB Selangor itu menemui kegagalan. 


Umno tergamam kerana tidak menduga sama sekali akan Khalid yang dengan bijaknya minta pinjam 5 ADUN UMNO kepada PAS supaya PAS akan mempunyai 13 ADUN, sama dengan DAP! Umno tergamam dan perbincangan itu gagal menyatukan Umno dan PAS untuk menaikan Hasan Ali jadi MB Selangor! 


Mungkin akibat dendam kesumat terhadap Khalid menyebabkan  gagalnya perancangan tersebut, Khalid telah digantung jawatan 6 bulan sewaktu isu 'Sumpah Talak'. 


Khalid dituduh mendedahkan rahsia PAS kononnya...waima Hasan Ali yg mula-mula mendedahkan rahsia mengenai 'Sumpah Talak' kpd blogger Umno hanya diberikan surat amaran. 


Walau apa pun, pendedahan Khalid adalah jelas mengiyakan dakwaan bahawa 'Unity Government' lontaran idea Hj Hadi itu adalah merupakan satu kerjasama Umno dan PAS untuk menubuhkan kerajaan Melayu Islam dan bukan sebuah kerajaan yang tiada pembangkang sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. 


Malah dakwaan Hj Hadi yang menyatakan Unity Government itu merangkumi parti DAP dan PKR adalah pembohongan yang nyata  kerana pertemuan dan perbincangan tersebut semata-mata mahu menubuhkan kerajaan Melayu Islam! 


Seterusnya Khalid Samad menggesa debat berhubung usaha pembentukan kerajaan PAS/UMNO di Selangor pada 2014 perlu diadakan dengan kadar seberapa segera kerana itu merupakan tumpuan dakwaan Husam. Tiada alasan untuk Hj Hadi menolak berdebat dengan Husam melainkan dia takut kerana tembelang Unity Government tajaannya itu akan pecah dikhalayak ramai! - sumber

2 comments:

  1. Jangan harap la hj hadi berani berdebat dgn hussam. Jika diminta hj hadi bertanding mencandat sotong dengan hussam sekalipun, belum tentu hj hadi berani.

    ReplyDelete
  2. Makan gaji buta,.dah la kerap Kali ponteng pada sidang parlemen,.jadi Mende yg diperjuangkan untuk Rakyat ,.buat perabis duit Rakyat je,..memang sah tak de teloq si hadi ni,...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa