Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 15, 2015

Jika Ayah Saya, Almarhum Tun Abd Razak masih hidup, sudah tentu terkejut dan kecewa


Perjuangan Pas to 
Jika Ayah Saya, Almarhum Tun Abd Razak masih hidup, sudah tentu terkejut dan kecewa melihat cara Najib memerintah negara
Tiga puluh lapan tahun dahulu pada 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak Hussein menghembuskan nafas terakhirnya di London selepas komplikasi leukemia..
Malaysia kehilangan perdana menteri. Saya kehilangan. Malaysia ketika itu berusia 19 tahun. Saya pula sembilan tahun.
Hari-hari selepas itu diselubungi kesedihan peribadi dan seluruh negara berkabung. Empat adik-beradik termasuk saya sedaya upaya cuba menenangkan ibu kami, sementara rakyat yang baik hati seluruh negara bersimpatimemberikan peringatan bahawa kami tidak keseorangan semasa menghadapi tragedi ini.
Saya perlu mengakui semasa kecil pada waktu itu serta jadual bapa yang terlalu sibuk,kadang kala saya mengeluh kerana pengorbanan bapa kepada negara menyebabkan masanya untuk bersama keluarga terlalu sedikit. Bagaimanapun, saya sangat berbangga dengan dedikasi bapa kepada negara yang masih muda ketika itu.
Saya tidak berpeluang mengenali bapa. Namun, tertanam dalam diri saya adalah nilai yang diterapkan oleh beliau, integriti yang beliau asuh menjangkaui semua. Ya, menjangkau semua termasuk keluarga saya.
Saya imbau kembali ketika abang saya dan saya mendekatinya pada suatu petang dan meminta kolam renang dibina di Seri Taman, kediaman rasmi Perdana Menteri yang kami tinggal.
Berlatarbelakangkan seorang peguam, bapa menyuruh kami memberi hujah secara logik dan rasional. Dan kami lakukannya, walaupun hujah kami amat baik, tiba-tiba wajahnya berubah dan matanya merenung kami dengan keadaan menjengkelkan.
Bapa menjelaskan Seri Taman mungkin adalah rumah kami, tapi rumah tersebut adalah milik kerajaan maka ia juga milik rakyat.
Sebarang kos perbelanjaan rumah tersebut datang daripada dana awam, mustahil untuk beliau membenarkan kutipan hasil negara dibelanjakan pada sesuatu perkara remeh sepertikolam renang. “Apa yang rakyat akan kata?” soal bapa.
Sepanjang saya membesar, saya sering mendengar daripada orang ramai yang mengenali bapa secara rapat, termasuk mereka yang berkerja di dalam kerajaan, politik, individu terlibat dalam mencapai kemerdekaan dan juga rakan peribadi beliau.
Ia adalah salah satu cara sayauntuk mengenali bapa. Apa yang mencuri perhatian saya adalah hampir semua perbualan mengenai bapa adalah tentang kualiti yang menjadikan diri bapa seorang yang berharga.
Sebagai seorang penjaga amanah aset negara, kesederhanaan bapa adalah lagenda.
“Kamu perlu kira setiap sen, atau ia akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kamu,” seorang bekas menteri memberitahu saya.
Jadi, saya sudah mengetahuinya. Bukan hanya di dalam episod kolam renang tetapi banyak peristiwa lain lagi.
Abang saya sering bercakap mengenai peluang yang jarang-jarang sekali kami dapat iaitu semasa menemaninya dalam lawatan rasmi ke Switzerland.
Bapa pastikan segala perbelanjaan dikeluarkan daripada poketnya sendiri, sangat berhati-hati dengan kos yang ditanggung kerajaan sehingga beliau memilih hotel lebih murah daripada yang asalnya ditempah, mereka berulang kali makan di restoran paling murah di sekitar hotel tersebut.
Kemudian lawatan terakhirnyake Eropah pada Oktober 1975 untuk mendapatkan rawatan perubatan. Bapa mungkin tahu lawatan tersebut mungkin yang terakhir buatnya, namun beliau tidak membenarkan ibu menemaninya untuk menjimatkan wang. Ia mungkin kerana kebimbangan tentang situasi kewangannya selepas meninggal dunia.
Ibu hanya menemaninya seminggu kemudiaan atas kelulusan Kabinet dengan peruntukan khas yang diluluskan untuknya
Ketelusannya sering menjadi bualan mulut ramai pihak. Bapa didorong oleh konsep dalam perkhidmatan awam yang dianggap kolot dan ketinggalan pada zaman ini di mana setiap kakitangan awamperlu berkhidmat untuk rakyat dan amanah diberikan mestilah tidak boleh dikhianati.
Seorang kakitangan awam pertama sekali beramanah dan orang ramai mesti tidak dikhianati.
Satu lagi perkara yang sentiasa didengar adalah mengenai staminanya. Ramai yang hairan selepas mengetahui bapa mengidap leukemia kerana beliau sering aktif semasa di dalam pejabatnya, sering menghadiri tugas rasmi, melibatkan diri dalam setiap perincian dasar di samping lawatan mengejutnya ke kawasan yang sering diperkatakan di seluruh negara bagi membolehkan beliau mendengar secara terus daripada orang ramai tentang apa yang sedang berlaku di bawah.
Sudah pasti ramai juga yang sudah hilang kiraan terhadap dedikasi Tun Razak kepada pembangunan luar bandar. Beliau mengamalkan “Rakyat Didahulukan”, sebelum slogan tersebut kedengaran.
Paling penting, ramai yang sebulat suara tekankan adalah komitmen bapa kepada perpaduan negara ke arah membina sebuah negara bagi setiap warganegara untuk berpayung di bawah negara Malaysia.
-Nazir Razak-

2 comments:

  1. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

    banyak pemboros lolos tanpa dikenakan tindakan
    memang cilaka puak ni

    ReplyDelete
  2. Lanun bugis+ahli sihir rambut besar.. =lingkup jahanam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa