Kerjasama PAS Kelantan, kerajaan persekutuan sudah lama terjalin, kata MB
TMI -Published: 15 December 2015 5:28 PM
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerjasama antara kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN), sudah lama wujud.
Beliau berkata, kerjasama antara kedua-duanya dapat dilihat terutama dalam aspek pengurusan perkhidmatan kerajaan misalnya bagi membincangkan isu tertentu mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.
"Contohnya, setiap menteri besar mesti hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tanah Negara untuk berbincang mengenai isu tanah serta perkara yang ada kaitan antara negeri dan pusat.
"Ini menunjukkan kerjasama antara negeri dan persekutuan memang berlaku," katanya sebagai mengulas mengenai kerjasama antara PAS dan Umno.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Kelantan Tahun 2014, menyampaikan Sijil Tasawwur Islam Siri II dan Sambutan Hari Intergriti Peringkat Kelantan di Kota Baru, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.
Ditanya mengenai kerjasama politik antara kedua-dua parti, Ahmad yang juga timbalan mursyidul am PAS berkata ia terserah kepada pimpinan tertinggi parti itu untuk menentukan hala tuju PAS selepas ini.
"Saya tak nak komen (mengenai kerjasama politik). Biar pemimpin tertinggi saja yang bercakap sebagaimana yang dinyatakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini," katanya.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata Umno hanya 'bermimpi' jika ingin menjalinkan hubungan dengan PAS selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN dan perdana menteri pada Khamis lepas menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam. – Bernama, 15 Disember, 2015.
projek perumahan anak beranak dah siap?
ReplyDeletetunggakkan YIK dah lunas?
rumah rakyat yg tinggal dlm khemah dan dlm tandas dah buat?
bulan jun 2015 dulu dap buat kenyataan nak bina masjid di kg pasir tumboh... sekonyong2 tmb si amar tu pun buat kenyataan kerajaan negeri dah sediakan peruntukkan nak buat masjid kat kg tu juga...
SOALANNYA: MASJID TU DAH SIAP KE BELUM?
ampu sana ampu sini
tipu sana tipu sini
knp adun pas di penang disuruh letak jawatang tp adun pas diselangor tidak? JAWAPANNYA IALAH SEBAB MENANTU ABAH DPT GAJI LUMAYAN DISELANGOR.
Persoalan ini sangat sensitif.... PAS kena ambik masa untuk korner.
DeleteJika Hadi kata PAS tidak akan berkerjasama dengan UMNO, nanti Najib kecik hati dan RUU hududnya tidak akan mendapat sokongan oleh UMNO. Jika Hadi kata PAS akan berkerjasama dengan UMNO untuk kepentingan melayu dan agama, maka terbuktilah dakwaan Husam itu benar pula. Hello Wan Rosli, berilah pendapat untuk menguraikan kekusutan bagi membantu ularmak pujaanmu itu!
ReplyDeleteApa wan rosling ? Wang rosling penjilat tuang presideng yg ponteng parlimen tu ka ?
DeleteWan rosli adalah din ayam yg menyamar..
DeleteKahkahkah
Oppss sapa Wan Rosli tu? Jebon ka, macam melukut tepi gantang jer
ReplyDeletekawey nok hudud hudud huduuud ...
ReplyDeleteSaya wan rosli ( bukan nama sebenar ). Kita bertunang pong nak, berkahwing pong nak, bercerai pong nak, rujuk pong nak. Sumer kita nak...he he
ReplyDelete