Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 17, 2015

Kelantan, Balak dan SPRM

SPRM dikecam gagal bertindak rasuah balak

 | December 16, 2015
SPRM masih gagal bertindak walaupun selepas lebih 50 dokumen diserahkan.
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoalkan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan skandal rasuah di Kelantan.
Dalam sidang media pada Rabu, Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata pada 27 Oktober lalu, mereka bersama-sama sekumpulan penduduk tempatan telah membuat laporan dan menyerahkan dokumen berhubung dakwaan rasuah melibatkan konsesi balak kepada SPRM.
Namun, menurutnya lagi, SPRM setakat ini masih gagal membuat sebarang tindakan.
Berang dengan perkara itu, Chegubard berkata, sudah tiba masanya untuk mendedahkan bukti-bukti kepada orang ramai.
Pada sidang media itu, Mohd Afiq Ayob yang turut bersama ketika laporan dibuat mendakwa skandal itu melibatkan seorang Exco kerajaan negeri, seorang “Datuk”, Zahri Ismail yang menggunakan alamat Istana Negara dan seorang lagi “Datuk” berbangsa Cina yang mewakili sebuah syarikat balak di Kuala Lumpur.
Dia mendakwa telah memberikan 50 dokumen yang dikatakan berhubung skandal rasuah berjumlah lebih RM5 juta kepada SPRM.
Ia termasuk sepucuk surat daripada Lapangan Desiran Sdn Bhd kepada agensi kerajaan negeri, Komplek Perkayuan Kelantan (KPK) yang mengandungi senarai “sumbangan” berkaitan urusniaga kedua-dua pihak.
Dokumen itu juga antara lain menunjukkan bayaran yang dibuat kepada seorang Exco, trip ke luar negara, “sumbangan” berbentuk sebuah Toyota Fortuner dan “tile” bernilai RM34,000.
Turut disertakan adalah dokumen pembayaran yang dibuat oleh sebuah syarikat kerajaan negeri kepada seorang “Datuk” dengan menggunakan alamat Istana Negara, dan salinan cek RM1 juta yang dibayar kepada seorang “Datuk” lagi.
“Dokumen ini jelas menunjukkan Lapangan Desiran Sdn Bhd telah membelanjakan sejumlah yang besar untuk melobi konsesi balak di Kelantan,” kata Chegubard.
Dia turut mempersoalkan mengapa Zahri, yang didakwa rapat dengan kedua-dua pemimpin kerajaan negeri dan BN Kelantan boleh bertindak bagi pihak KPK.
Chegubard juga mengecam SPRM yang gagal bertindak terhadap bermacam laporan yang dibuat berhubung kes melibatkan pemimpin UMNO dan BN, tetapi pantas menyiasat dakwaan rasuah terhadap pemimpin pembangkang.
SPRM siasat skandal rasuah balak di Kelantan
 | December 16, 2015
Agensi itu meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.
sprm_kelantan_balak_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan skandal rasuah balak di Kelantan bernilai RM5 juta.
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan media berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat spekulasi sebaliknya berhubung dengan dengan agensi itu mendapatkan lanjut perkembangan siasatan.
“SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dijalankan dengan berkesan jika mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat.
“Sebagai agensi tunggal pencegahan rasuah, adalah menjadi tanggungjawab SPRM menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undag sedia ada secara bebas, telus dan profesional tanpa dipengaruhi mana-mana pihak,” kata SPRM.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam sidang media pada Rabu mendakwa SPRM tidak bertindak terhadap laporan skandal rasuah balak di Kelantan walaupun telah menyerahkan 50 dokumen berkaitan.

3 comments:

  1. Di katakan bebas, telus dan Profesional tapi demi menjaga periuk nasi, pangkat dan darjat sebenarnya tidak seindah apa yg dikata, selagi gaji yg datangnya dari Kerajaan selagi itu lah peranan dan tugas hanyalah sendiwara yg licik, Rakyat telah jenuh memerhatikan sesuatu tindakan yg diambil pihak SPRM hanya berpilih dan double standard ,......

    ReplyDelete
  2. pas dah geng umno. macam tak biasa pulak bila libatkan umno semua beres. ni pas dah joint sama beres juga ler. 250 juta bole tak dianggap salah ni hnya berpa puluh ribu aje

    ReplyDelete
  3. Elaoun di klaim tetapi kerja tak ada hasil

    Standard lah bebudak gomen

    Ada CINA bayar cukai boleh lah enjoy sakan

    Ekonomi runtuh nanti tau lah ; ke kangkong juga di lahap nya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa