Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 17, 2015

Kerjasama UMNO - PAS: Nampaknya UMNO pula yang haru!

Kerjasama UMNO- Pas: Jangan abaikan sentimen bukan Islam

 | December 16, 2015
UMNO perlu berbincang dengan pimpinan parti komponen sebelum meneruskan hasrat bekerjasama dengan Pas
jazzlan
PETALING JAYA: UMNO perlu mengambil kira kepentingan pihak-pihak yang setia dengan parti itu sejak awal lagi apabila memutuskan untuk bekerjasama dengan Pas.
Nasihat itu diberikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang merujuk kenjataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang risau dengan agenda hudud yang dibawa Pas.
Beliau berkata, bukan sahaja MCA dan MIC tetapi UMNO juga perlu mengambil kira perasaan parti komponen lain di Sabah dan Sarawak
“Rakan bukan Islam kita di Sabah dan Sarawak juga bimbang dengan jemputan kerjasama UMNO dan Pas,” katanya.
Sehubungan itu, Nur Jazlan meminta pucuk pimpinan UMNO supaya berbincang dengan pimpinan parti komponen sebelum meneruskan hasrat bekerjasama dengan Pas.
“Pas akan terus kekal dengan perjuangan hudud dan jemputan untuk bekerjasama dengan UMNO adalah perkara sukar untuk dilakukan,” katanya.
MCA dan MIC tiada halangan jika UMNO bekerjasama dengan Pas tetapi parti Islam itu perlu mengetepikan perjuangan hudud.

4 comments:

  1. Abe

    Ambo antara yang awal dok kata UMNO xakan bekerjasama secara rasmi dgn PAS. UMNO lagi banyak rugi dari untung jika bekerjasama. Yang untung ialah puak HH yang menguasai PAS hari ni. Dapat jawatan dll habuan. Maka beraya keling hari-hari la puok ni...

    Sipir UMNO mudoh jah. Sabah menyumbang 26 kerusi parlimen kpd UMNO. UMNO sanggup hilang ke semata-mata kerana hendak bekerjasama dgn PAS yang hanya ada 11 kerusi sahaja,itu pun kutip dalam 1 Malaysia.11 kerusi tu bol3h dipertahan ke tak dlm PRU 14?

    Pahtu, UMNO menguasai kerajaan persekutuan dan 10 kerajaan negeri ( tolak Sarawak, Kelantan dan Penang), PAS hanya menguasai Kelantan sahaja yang sekarang ini menghadapi pelbagai masaalah akibat xreti nak mentadbir negeri.

    Sekarang ni Gerakan dan MCA dah bagi woneng kpd UMNO. Parti-parti komponen BN yang lain belum be4bunyi lagi tetapi kita tahu kearah mana p3ndirian mereka.

    Cerota kerjasama PAS-UMNO ni hanya dijaja oleh pemimpin PAS. Sekarang ni makin kuat setelah PAS kena kencing dgn UMNO dlm isu hudud. Ni saja pemimlin PAS nak tipu ahli bagj menutup kegagalan hudud sebab kena kencing dgn UMNO je....nqk tutup bahawa hudud hanya helah pemilihan puak mereka sahaja

    ReplyDelete
  2. UMNO sebenarnya sekadar bernsfsu semasa, di ibarat tengkujoh melanda semusim bila habis melanda hanya tinggal sisa cemaran tanpa memikirkan kesan dan kesakitan kepada Rakyat, dalam masa yg sama UMNO terlampau gairah dengan nafsu buas sehingga lupa yg ianya masih dibawah BN, perlukah bertindak sendiri sehingga melupakan rakan2 kompenanya??, ....

    ReplyDelete
  3. Dulu hj Hadi pernah hina orang Sarawak pakai cawat haha.. orang Sarawak susah nak.lupa mulut lancang si Hdi nie... Nak gabung UMNO plak..

    ReplyDelete
  4. Kahkahkah......cemasnya kamu semua, jangan bimbang bro, PAS tak akan bergabung dengan umno, relex bro jangan gelabah biawak...kahkahkah!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa