Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 14, 2015

Kerjasama PAS-Umno: PKR ketaq dagu?

PKR pantau kemungkinan kerjasama PAS-Umno
Alyaa Alhadjri

PKR sedang memantau sejauh mana Umno akan menghulurkan tangannya kepada PAS dalam konteks kerjasama masa depan kedua-dua parti itu.
“Kami pantau segalanya,” kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli selepas pelancaran Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya kesan tindakan Umno itu kepada PAS, Rafizi bagaimanapun berkata semua itu akan diputuskan apabila tiba masanya.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasar di perhimpunan agung Umno pada 10 Disember lalu menghulurkan tali silaturahim kepada PAS untuk sama-sama membangunkan negara mengikut syariat Islam.
Najib, yang juga perdana menteri melahirkan rasa gembira kerana PAS tidak lagi bersama pembangkang selepas "disepak dan diterajang keluar".
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula tidak menyatakan pendirian dengan jelas tetapi berkata parti itu berlapang dada dan terbuka terhadap “hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana-mana pihak”.
PAS juga menegaskan komited dengan kerjasama politik dengan PKR selepas memutuskan hubungan dengan DAP

2 comments:

  1. Pas dan pkr dua2 bengong. Mau makan dua2. Takda pendirian. Politik mcm ni yg pengundi benci.

    ReplyDelete
  2. nak pantau apa lg? dah bertahun projek ug berjalan. dah kena tikam banyak kali pun nak pantau lagi?

    azmin dah suruh barua2 dia jatuhkan kak wan. dah ada yg kata pkr terlalu fokus pd Anwar. pkr kena tetapkan pendirian samada bersama pas atau PH.

    tolong jgn jadi sotong yg byk tangan! sotong yg dah adapun dah cukup meluat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa