Gaji puak dia tahu pula naikkan!
Patut pun kitika saya singgah di satu dekat dengan Parkson Kota Bharu sementara menunggu isteri mendapat rawatan dokter. Saya sembang dengan pelanggan yang sama-sama minum di situ, mereka utarakan satu soalan "negeri kita ni ada MB ker tidak?"
Saya tanya kenapa? "Tengok sejak naik kerusi MB, Mat Yaacob tak buat apa satu pun!" jawab mereka
10 beranak tinggal dalam tandas
WARTAWAN SINAR HARIAN - 14 DISEMBER 2015
Tempat memasak dijadikan tempat tidur bagi keluarga Sitah.
GUA MUSANG - Sepasang suami isteri bersama lapan anaknya terpaksa tinggal dalam tandas di tapak rumah lama mereka di Kampung Limau Kasturi, dekat sini, selepas rumah mereka dihanyutkan banjir besar pada penghujung tahun lalu.
Selepas kejadian itu, hanya tandas dan bilik air yang dibina daripada simen tidak dihanyutkan arus deras, namun berlaku rekahan kecil.
Nasib mereka tidak pernah mendapat perhatian pihak berkenaan untuk datang membantu terutama membina semula rumah sebagai kediaman kekal di kawasan kampung berkenaan.
Lantaran itu, mereka terpaksa tinggal di dalam tandas berkenaan dengan membina semula dinding dan atap daripada papan dan zink terbuang yang dikutip di merata tempat selepas kejadian banjir itu.
Tiada pilihan
Sitah Yaakob, 51, berkata, mereka sekeluarga tiada pilihan setelah hilang tempat tinggal, selain membina semula tempat tinggal sementara dalam kawasan tandas di tapak rumah lama.
Katanya, walaupun tidak selesa dan bersesak, namun masalah itu terpaksa dihadapi berikutan belum mendapat sebarang bantuan bagi membina semula rumah yang roboh dihanyutkan banjir.
“Kami tidak mampu untuk membina semula rumah kerana saya tidak bekerja, manakala suami hanya memperoleh pendapatan RM1,200 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Limau Kasturi, di sini, semalam.
Anak tidur bersesak atas lantai
Sitah berkata, kadang kala dia menitiskan air mata apabila melihat anak-anak terpaksa tidur bersesak atas lantai yang beralasan tikar getah kerana tidak mempunyai bilik terutama anak gadisnya yang sudah remaja.
Katanya, mereka sekeluarga buntu memikirkan untuk mengatasi masalah itu dan terpulanglah kepada orang ramai untuk membuat penilaian kerana mereka juga menghadapi masalah serupa.
Tambahnya, pendapatan suami, Idris Deraman, 52, yang bertugas sebagai kerani di sebuah sekolah rendah di bandar ini juga sekadar cukup untuk perbelanjaan makan mereka sekeluarga dan keperluan lapan anaknya termasuk tiga yang masih belajar.
“Pendapatan suami tidak cukup untuk membina rumah baharu di kawasan tebing Sungai Galas ini,” katanya.
Jelasnya, selepas kejadian banjir besar itu mereka pernah menerima bantuan wang daripada pelbagai pihak, tetapi wang itu digunakan untuk perbelanjaan membeli pakaian dan peralatan rumah.
“Kami tak ada tapak kekal untuk tempat tinggal dan terpaksa bina rumah sementara di tanah rizab sungai yang terdedah kepada kejadian banjir pada musim tengkujuh ini.
“Kami tidak pernah bermimpi untuk hidup terdesak sebegini, namun selepas kejadian banjir besar menyebabkan kami 10 beranak tinggal sehelai sepinggang,” katanya.
Pasang khemah dalam rumah sementara
Selain itu, kata Sitah, dia juga terpaksa memasang sebuah khemah dalam rumah sementara itu sebagai tempat berlindung ketika hujan kerana atap bocor.
“Apabila hujan.. anak saya masing-masing mencari tempat berlindung dari terkena air hujan, terutama ketika musim tengkujuh ini,” katanya.
Menurutnya, ketika banjir besar yang lalu mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan disediakan sebelum pulang dan tinggal di bangunan lama Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi.
“Selepas itu kami terpaksa pulang ke tapak asal rumah lama yang dihanyutkan banjir dengan membina semula dinding dan atap secara pertahan-lahan hingga menutup semuanya selama tiga bulan.
“Itupun nasib baik dua anak kami sudah berumah tangga dan tinggal berasingan, jika tidak mungkin keadaan bertambah sesak apabila tinggal dalam ruangan sempit ini,” katanya.
Jika ada sesiapa yang tahu nombor contact individu yang sentiasa bersedia untuk membantu, diharap dapat memberikan nombor contact tersebut. Individu yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Wan Rosli.
ReplyDeleteMelayu ada duit tak akan tolong Melayu tak ada duit dan susah.... Itu Melayu standard!!!!!
ReplyDeleteBebende macam ni Cina India saja sudi bantu
Yang Melayu di harap duduk tepi jalan buat kerja pau pau pau saja
Bodoh lah!!!!!!
Apa yang Mat Yaakob dan Nik Amar buat? Ish...bukan ke diaorang tu dah buat kerja besar dan maha penting iaitu melaksanakan cita2 amanat Hj Hadi iaitu membentangkan RUU Hj Hadi yang merupakan hal yang terpenting sekali dalam Islam. Setakat mempastikan rakyat cukup makan, dapat duduk di rumah yang selesa, dapat mencari rezeki yang halal tanpa halangan, tu semua tak sepenting dengan RUU Hj Hadi. Kalau lulus RUU tu nanti maka dengan secara magik dan otomatik, rakyat Kelantan semua akan kaya raya dan aman damai walaupun pemimpin2 mereka semua tak reti ekonomi, pengurusan, undang2 serta tak dak asas yang kukuh untuk menjadi pemerintah. Dengan hanya berdoa, solat hajat, pandai baca Quran dan hadis pastu hafal sikit2 perkataan arab, segala masalah dan kemiskinan rakyat Kelantan akan selesai.
ReplyDeleteSebab tulah masa RUU tu diura2kan akan dibentang kat Parlimen, Tuan Presideng tak perlu ada kat dewan Parlimen. Cukup hanya dengan Tuang Presideng buat semayang hajat dan doa dengan budak2 uni kat Jepun, RUU itu dengan ajaibnya telah dibentangkan diParlimen dan telah mendapat sokongan sebulat suara oleh seluruh MP2 UMNO! Ehh....bukan tu yang jadi ye? RUU tu langsung tak dibentang dan ikut kata menteri jaga agama UMNO Jamil Khir, UMNO tak dak pun ada janji nak bentang RUU tu? Maka nasib malang rakyat Kelantan yang duduk dalam khemah akibat banjir tahun lepas tu pun tak berubahlah secara ajaib, tapi yang ajaibnya MB dan geng2 dia serta ADUN2 Kelantan semua dapat naik gaji dan elaun. Pulak? Rakyat Kelantan yang miskin, kena pandai2lah sendiri tampung hidup sebab MB mereka dah cakap dia dah berusaha bersungguh2 dan telah berbuat yang terbaik, maka disebabkan RUU tu tak dibentang disebabkan PAS ditipu sekali lagi oleh UMNO (walaupun dah berkali2 ditipu pun PAS masih bersangka baik lagi dengan UMNO) maka masalah rakyat Kelantan pun tak dapatlah secara ajaibnya, diselesai dan dirungkai! Sekian dan terima Takbirrr!
Nick.
Cape Tiger.
Nampaknya MB, TMB, Para Exco, serta Wakil Rakyat , tidak pernah turun Padang untuk melihat Dan membantu kepada mereka yg masih dalam kesempitan hidup selepas serangan banjir dahulu, tidak kah terfikir kerajaan negeri yg diterajui parti Islam menerima habuan bulanan hasil duit Rakyat dalam masa yg sama tidak membantu. Rakyatnya, malah belum pun panas memegang jawatan tersebut sudah berkira serta meluluskan kenaikan gaji mereka yg berhormat konon, tanpa kesal dan insaf melihat kepada rakyatnya yg masih ramai hidup dalam kedaifan,.munkin ini satu doktrainasi Pas sendiri yg lantang mengeluarkan Hukom hakam dalam Islam tentunya datang dari mejlis sura ulamak nya namun, semuanya itu sekadar hiasan di album saja dan tidak diamal, digunakan serta jauh sekali dimenafaatkan,. Hanya sering didengari dengan perkataan WALA saja, disebabkan Rakyat telah dipasak dan di ikat dengan " Wala kepada parti kerana Allah", ini lah cara Pas menjual nama Allah bagi kepentingan partinya,
ReplyDelete