KUALA LUMPUR - Ketidakhadiran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjawab mengenai isu dana RM2.6 bilion di Dewan Rakyat hari ini merupakan 'malapetaka' dalam karier politik Perdana Menteri itu, kata Rafizi Ramli.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, Najib sepatutnya mengambil langkah berdiam diri sahaja jika bukan beliau sendiri yang tampil untuk memberikan penjelasan mengenai dana itu.
"Tindakan ini (tidak hadir ke Dewan Rakyat) akan menambah lagi kemarahan rakyat terhadap beliau. Masalahnya dia bagi harapan untuk menjawab, tiga minggu kemudian dia bukan sahaja tak bagi jawapan, dia pun tak berani datang dewan. Itu akan menguatkan lagi persepsi dan pandangan rakyat memang ada benda tak kena.
[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid tolong Najib jawab isu derma RM2.6 bilion]
"Jadi dari segi ukuran politiknya PM kalah besar, ini menambahkan lagi kerugian politik kepadanya sepatutnya saya nasihatkan dia berdiam diri lepas ini jangan jawab lagi tentang 1MDB dan dana RM2.6 bilion kecuali dia betul-betul hendak berterus terang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawab isu RM2.6 bilion itu bagi pihak Perdana Menteri juga langsung tidak mencerminkan jawapan mewakili Najib.
"Kenyataan dibaca oleh TPM seolah-olah jawapan bagi kelakuan kerajaan.
"Jadi sudah tentu tiga minit tadi adalah buang masa dewan dan masa rakyat dan saya tak terkejut kerana dia tidak jawab satu pun, malah dia memperlekehkan kedudukan dewan kerana dia sendiri tidak menghormati dewan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa