# Memang rakyat kelantan pandai menilai dan berfikir
Dari merdeka, berapa kali Kelantan bertukar kerajaan
Tahun 2004 PAS nyaris tersembam walau pun ketika itu Nik Aziz masih menerajui Kelantan dengan agenda Hudud dan pemerintahan Islamnya
Keputusan PRU 2004 di sini
Rakyat Kelantan cerdik politik, tahu menilai
KOTA BHARU - Pas Kelantan yakin dengan ‘kecerdikan politik’ rakyat negeri ini malah tidak ada sebab untuk mereka menolak kerajaan yang ada hari ini sedangkan sebelum ini menyambut baik pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sehingga hari ini kerajaan negeri tidak pernah lari daripada dasar dan pelaksanaan yang dilakukan Nik Abdul Aziz menyebabkan tidak ada alasan untuk mereka beralih arah.
“Rakyat Kelantan sebagaimana kita sedia maklum merupakan golongan yang celik politik, kalau selama ini pendirian mereka teguh, kita yakin dalam suasana politik semasa kini pun mereka tetap setia dan memberi sokongan kepada kerajaan Pas untuk terus mentadbir negeri ini.
“Walaupun sepanjang tempoh itu, pelbagai tuduhan, fitnah, pandangan yang tidak baik dilemparkan, namun kita lihat kerajaan negeri teguh dan rakyat tetap memberi sokongan kepada Pas untuk terus mentadbir Kelantan,” katanya kepada media, semalam.
Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu berkata, tidak mudah untuk rakyat ‘bertukar’ kepada Umno jika dilihat kepada krisis dalaman dan pelbagai skandal yang sedang dihadapi parti itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun kecil, namun semua ancaman terhadap kerajaan negeri dipandang serius dan pihaknya akan berusaha menanganinya dengan cara terbaik tanpa ada rasa panik kerana yakin rakyat akan pertahankan kerajaan Kelantan yang merupakan satu-satunya kerajaan Islam di dunia.
“Kita mengambil kira semua aspek, dan saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan ahli Pas yang agar tidak memberi ruang kepada mana- mana pihak Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menjatuhkan kerajaan Islam,” katanya.
Mengulas khabar angin Amanah bakal meletakkan calon di Dun Wakaf Bharu, Che Abdullah berkata, beliau berharap rakyat tidak mudah memberikan sambutan dan sokongan, malah jangan membiarkan wujud ruang untuk mana-mana pihak masuk dan memecahbelahkan parti.
Sabtu lalu, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya yakin dapat merampas Kelantan pada PRU14 selepas mengambil kira faktor ketiadaan bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kekecohan dalam Pas dengan Amanah. - Sinar Harian
Che Dollah ni tidur atau terbuai dgn jawatan dan kemewahan yg dinikmati sekarang. mungkin dogol ni turut tahu kedudukan parti chainya sedikit terhakis jesteru unt menyedapkan hati beliau kaitan dgn aura arwah tok guru. Woooiiii ... Che Dollah paschai mu sekarang, umpama api dlm sekam . Sampai waktu particai mu akan dihanyutkan.
ReplyDeleteRakyat Kelantan tak akan beralih arah? Lain macam je bunyinye wahai pak lebai.... ! Kalau takde hangin masakan pohon bergoyang melainkan ada berok tengah mengelupur atas pokok tu pasal kena belacan.. kah kah kah.. tak gitu pak lebai...? kih kih kih
ReplyDeleteTgk jela...kelate hidup bhagia kerna jasa arwah tgna...bkn hadi awang yg tutup taska tahun1999...masa tu kelate nenang besar..lupa ker
ReplyDeleteHadi aweng...
ReplyDeleteuh...uh...uh...
tengganu pong sepenggal jo
lps tu tok dapat2 doh...
bikin malu...
presideng
..presideng
Gaji pemimpin sekua naik...rakayat camna? Banjir nak datang lagi....
ReplyDeleteMr presideng tau yg parti dia tkkn dpt Putrajaya, jd dia pun cakap merapu la:
ReplyDeleteBukan nk kuasa tp nak keredhaan Allah
Nak jadi penasihat kerajaan
Awal2 lagi mr presideng dah ngaku kalah tp bersembunyi disebalik kata2 agama.
Awat la mr presideng ni???
Sejak ketiadaan TGNA halatuju politik pas berubah. Penyokong berpecah belah. Masih mampukah kerajaan pas bertahan di kelantan?. Umno memang berpotensi untuk menang dan pas bersedia menjadi penasihat
ReplyDelete