Yang dia dan geng serbannya dok serang dan perleceh Amanah siang dan malam dia tak sedar ke?
Dok ulang-ulang bab kecewa kerana kalah tapi ko sebut tak kekalahan yang bagaimana?
Sahlah puak-puak ni berserban di kepala tapi mulut busuk dan berhati buta!
Jawapan dan bukti kasarnya ada di sini dan selebihnya tu carilah video dan teks ucapan puak mulut busuk kamu tu. Aku cukup menyampah bila manusia yang anggap dirinya cerdik tapi cakap merapu!
Ni........permasalahan rakyat di Kelantan akibat banjir dah selesai ke?
Duit guru-guru MAIK yang lesap tu dah ganti ke?
Cabaran merapu macam ni tak payah Mat Sabu layan
Ideologi IS: Pas minta Mat Sabu kemuka bukti
Tuan Ibrahim dakwa kenyataan itu dibuat kerana dendam selepas dirinya ditolak perwakilan Pas pada muktamar parti itu
PETALING JAYA: Pas memandang serius tuduhan yang dibuat bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu yang mendakwa parti itu diresapi pemikiran militan Negara Islam (IS).
Mengulas mengenainya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya.
“Pas tegaskan tiada sebaran unsur atau penyusupan pemikiran ISIS sebagaimana yang didakwa. Beliau mesti mengemukakan bukti di atas pertuduhan tersebut ,” katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, dakwaan itu dibuat Mohamad Sabu atau Mat Sabu selepas dirinya tidak lagi diterima perwakilan Pas selepas dirinya tersingkir pada muktamar parti itu.
Katanya, seandainya Mat Sabu menang, tuduhan itu tidak timbul.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, ia tidak pelik kerana dia sebelum ini pernah mengaitkan kononnya kerjasama dengan UMNO menjadi alasan untuk menubuhkan parti baharu.
“Kemudian bertukar kepada tuduhan unsur takfiri dan sekarang tuduhan baru iaitu usaha mengaitkan dengan ISIS. Selepas ini mungkin akan ada pula tuduhan baru,” katanya.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta supaya tuduhan ke atas Pas dihentikan dan meminta Amanah memberi tumpuan kepada isu yang sedang melanda rakyat.
Bukankah melabel lawan sebagai Jebon, munafik haraki, Erdogan, sekular, liberal, anwarista, PENGKHIANAT YANG MESTI DIHAPUSKAN serta macam2 lagi cacian dan nista, datangnya dari mulut2 pimpinan PAS dan juga mereka2 yang bergelar ulamak? Bukankah perbuatan itu merupakan satu tindakan dan perlakuan militan? Bukankah benar PAS menghalau mereka2 yang tidak bersependapat tentang keperluan bekerjasama dengan UMNO demi "Islam dan Melayu" di halau dan diherdik keluar?
ReplyDeletePerkara2 tersebut sudar tersebar luas di alam maya dan sesungguhnya rakyat yang berfikiran waras dan terbuka, tidak dapat tidak, melihat persamaan diantara IS dengan PAS. Sewaktu ramai ahli2 PAS bersama Dato Asri keluar dari parti dahulu, tiada seorang pun ulamak yang berpendirian bahawa golongan tersebut adalah pengkhianat. Tetapi, kenapa sekarang, sesiapa yang meninggalkan PAS dilihat sebagai munafik serta pengkhianat yang wajib diperangi? Adakah kerana Mat Sabu dan kelompoknya berjaya membawa majoriti ahli2 PAS keluar bersama2 dengannya maka dia digelar sebagai pengkhianat? Adakah kerana Dato Asri hanya mampu membawa beberapa kerat2 ahli PAS keluar dari parti maka dia hanyalah "seorang yang berhijrah"? Hj Nakhaie juga tidak munafik serta bukan pengkhianat kerana hanya beberapa orang penyokong sahaja turut mengikuti dia keluar dari PAS?
Adakah ini asas serta prinsip hukum dalam Islam anutan PAS, bila ada kepentingan parti tergugat maka dikeluarkan satu hukum yang keras serta zalim tetapi apabila ianya tidak memberi kesan keatas kepentingan parti, maka ianya dibiarkan tanpa dikeluarkan satu hukum mahupun kutukan? Ni Islam mana korang pakai ni? Bila dikaitkan ada persamaan dengan IS, kamu marah tetapi adakah banyak beza antara IS dengan PAS yang diketuai oleh puak2 takfiri ini? Jawapannya, siapa yang makan cili, dia lah yang terasa pedas!
Melihatkan keadaan PAS yang kelam kabut serta gementar apabila dikaitkan dengan IS maka firasatnya mengatakan bahawa PAS sendiri sedar mereka adalah mirip kepada IS. Kalau tidak sudah tentu pimpinan mereka tidak gelabah malah langsung tak ambil peduli! IS menjerit2 mengatakan bahawa merekalah kerajaan islam sejati dan unggul didunia ketika ini, manakala kerajaan2 umat islam yang sedia ada bukanlah menganuti Islam yang sebenar MANAKALA PAS juga melaung2kan bahawa merekalah satu2nya parti islam yang ada diMalaysia ini dan adalah haram sekiranya ingin ditubuhkan satu lagi parti islam di Malaysia! Malah PAS juga mengeluarkan hukum bahawa sesiapa sahaja keluar dari PAS dan menubuhkan parti islam yang lain wajib dihapuskan! Tak ada persamaan? I don't think so! Budak tadika pun tau, persamaan nya ada sebagaimana mereka juga tahu duit 2.6 billion dalam akaun Najib tu tak memerlukan 2 orang saksi untuk dihadapkan ke mahkamah!
Nick.
Cape Tiger.
Setuju..
ReplyDeleteSANGAT SETUJU.......
Deletemat sabu bukan koman--pejuang sebenar biasa keluar masuk penjara kau ada
ReplyDelete