Masalah pemahaman bahasa atau pura-pura tak faham untuk menguatkan alasan?
Bila masa pula Amanah kata PAS bawa agenda?
Yang aku faham ialah PAS diresapi memikiran IS. Itu saja
Kenapa menggelupur sangat?
Lagi PAS tak pernah kafirkan sesiapa?
Yang di Terengganu solat dua Imam tu apa?
Yang aku dengar satu masa dulu kes bercerai laki bini pun ada
Bukankah kerana Amanat Banggol Peradong?
Jangan risau KDN ada...........tugas merekalah membuktikan!
Isu Syiah Mat Sabu dulu pun bukankah KDN yang tangani
Atau kalau tidak benar dan menganggap itu adalah tuduhan fitnah, saman sajalah!
Pas tidak bawa agenda militan IS
WARTAWAN SINAR HARIAN - 3 DISEMBER 2015
KUALA TERENGGANU – Pas tidak pernah membawa agenda Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) malah parti yang sudah sekian lama berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 1951 itu mengambil pendekatan demokrasi sejak sekian lama.
Pesuruhjaya Pas Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, Pas juga pernah memecat salah seorang ahlinya yang juga bekas pemimpin Pas, Lotfi Ariffin yang sebelum ini terlibat dalam perjuangan di Syria dan telah meninggal dunia.
“Tujuan pemecatan beliau (Lotfi Ariffin) kerana kita di peringkat kepimpinan telah dimaklumkan supaya tidak terlibat dengan keganasan. Isu Pas terlibat dalam IS ini timbul selepas Mat Sabu keluar Pas. Mengapa kini baru mahu timbulkan isu ini?
“Setakat ini tiada ahli Pas yang terlibat dalam IS, hanya seorang sahaja," katanya ketika ditemui selepas Sidang Dun bagi mengulas tuduhan yang dilemparkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menerusi kenyataan yang disiarkan media tempatan baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan liar Presiden Amanah itu, Satiful Bahri berkata, kenyataan mengenai wujudnya budaya ‘takfiri’ atau isu pengkafiran tidak timbul.
“Isu ini tidak timbul dalam Pas, kalau dulu ini hanyalah ‘point’ yang digunakan Umno untuk mengata Pas, kini kita nampak apa yang dikatakan oleh Mat Sabu terhadap pas adalah lebih teruk dari yang dikatakan oleh Umno.
“Pas tidak pernah kafirkan sesiapa, Pas hanya menggariskan batas-batas Islam dan kufur, buat begini kafir, buat begini kufur, buat begini munafik. Itu sahaja, tak timbul kita label sesiapa sebab orang yang boleh kata macam itu hanya pihak yang mempunyai kuasa sahaja,” katanya.
Tambahnya lagi, Pas juga boleh mendakwa sama ada Presiden Amanah itu Ahli Sunnah Wal Jamaah atau sebaliknya.
“Kita juga boleh nak dakwa Mat Sabu sendiri sama ada dia ni betul ke tak ahli sunnah wal jamaah sebab kita jelas berpegang pada prinsip dan mazhab itu,” katanya.
Terdahulu, Mohamad Sabu mendedahkan antara punca Amanah ditubuhkan kerana bekas partinya Pas sudah diresapi pemikiran Isis.
Beliau yang juga presiden kepada Amanah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran IS yang menyebabkan suburnya budaya ‘takfiri’ dalam Pas.
jika benar islam nya pasti akan menyokong islam walaupun atas nama apa pun dan pasti tidak akan menyokong puak kafir yang memerangi islam walau atas nama apapun.
ReplyDeleteMcmana yg kurang cerdik dilantik mengetuai PAS Ganu?
ReplyDeleteMungkin kerana kes wala' sangat sangat kepada mr presideng!
lu ingat mat sabu bodoh----tengok kes mat indera ghani othman kantoi
ReplyDeletetak bijak mana boleh jadi presedin
mat sabu pernah menentang anwar ibrahim tengah top menteri dalam pru
sapu mat sabu sapu--ularmak itu
Macamana nk tawan trengganu. Bahasa melayu mudah pun tk faham. Diresapi pemikiran IS beza dengan bawa agenda IS. Diresapi maksudnye setengah ahli telah terima cara IS. Bawa agenda ertinye telah terima idealogi dan ingin melaksanakan. Ini pesuruhjaya mangkok setara dgn pesuruhjaya johor. Jwbnye lambat lg pas bole tawan trengganu. Laman web nye pun diupdate 5thn sekali bila ada Pru. Bye pas chai
ReplyDeleteMacamana nk tawan trengganu. Bahasa melayu mudah pun tk faham. Diresapi pemikiran IS beza dengan bawa agenda IS. Diresapi maksudnye setengah ahli telah terima cara IS. Bawa agenda ertinye telah terima idealogi dan ingin melaksanakan. Ini pesuruhjaya mangkok setara dgn pesuruhjaya johor. Jwbnye lambat lg pas bole tawan trengganu. Laman web nye pun diupdate 5thn sekali bila ada Pru. Bye pas chai
ReplyDelete