Felda sudah ‘miskin’
FGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa-rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda
COMMENT
Saham FGV tinggal RM1.56, jatuh lebih 70% dari ketika ia diterbitkan iaitu RM4.55 pada tahun 2012 lalu. Gembar gembur kejayaan hampir tiada kedengaran.
Bajet Felda sekitar RM1.5 bilion seperti dahulu tiada lagi kerana sumbangan terbesar melalui Felda Plantation telah dipajak oleh FGV selama 99 tahun. Pendapatan dari Estet Felda ini menyumbang RM1 bilion setahun.
Felda sudah ‘miskin’ sekarang. Berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi. Para kontraktor yang buat kerja di Felda mengeluh kerana bayaran terlalu lembab, hingga 5-6 bulan baru dapat. Mereka dakwa sebelum ini tidak pernah seteruk ini.
Pengumuman YAB PM mengenai rumah Gen 2 dalam pembentangan Bajet, dijangka retorik semata-mata. Projek yang seumpamanya diumumkan sejak 10 tahun lalu pun amat perlahan seperti kura-kura. Ia tidak lebih mengambil hati anak muda Felda.
Para peneroka terutamanya yang masih mempunyai tanggungan sama ada anak atau cucu yang masih bersekolah, sedang merasakan peritnya. Dua minggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Kelengkapan sekolah, pendaftaran dan yuran sekolah, mesti disediakan.
FGV yang dijulang sebagai ‘ Santa Claus’, rupa-rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda. Memo dan demo, cadangan dan pandangan, naik turun mahkamah, Usul Parlimen dan DUN telah dibawa.
Pak Menteri dan pembesar negara bercuti hujung tahun, berjoli sakan….
Rakyat kebingungan dan bermenung panjang, mengenang nasib esok hari…..
Dulu dulu…,takkan Umno nak tipu kita… Sekarang……kita ni asyik kena ‘kencing’ UMNO je lah…
Mazlan Aliman
Pengerusi
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)
Pengerusi
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)
baru nak tau dulu orang bagi tau buat tak tau
ReplyDeletepadan muka penyokong omno ngok
Padan muka .Dh Tua tua masih Bonggok tak bertempat.kena kencing kena Berak Najib masih percaya lagi.Pangkah lagi Parti Facing Karat.
ReplyDeleteMasih belum terlambat.. Beri peluang mereka berubah.. In syaa Allah mereka akan pangkah PAS nanti..
ReplyDeleteDua nasib yang berbeza yang dialami oleh mereka2 yang terlibat dalam penyenaraian FGV. Nasib Najib sungguh bertuah apabila penyenaraian FGV berjaya memberikan JPM (baca Najib) sebanyak RM10 billion dan itu tidak termasuk duit RM2.6 billion yang diterimanya secara peribadi hasil derma "ghaib" yang turun dari langit. Manakala nasib peneroka2 Felda yang dijanjikan dengan "durian runtuh" adalah menjadi penanggung hutang berjumlah puluhan malah ratus ribuan ringgit akibat kegagalan FGV dalam bursa saham, ibarat ayam terlepas, tangan berbau tahi akibat terlalu percayakan Najib dan UMNO.
ReplyDeleteMaka FGV ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah alat untuk menjadikan satu sahaja manusia menjadi kaya "gila" iaitu dengan memangsakan puluh ribu rakyat yang naif dan senang ditipu (bukan sahaja sekali ditipu malah sudah di tipu berkali2 tapi masih lagi sayang kat batang tubuh si penipu iaitu UMNO dan pemimpin2nya). Dan yang paling malang, peneroka2 Felda itu masih juga cinta dan sayang sangat kat Najib dan UMNO yang sudah berpuluh2 kali menipu mereka. Maka sesungguhnya amat tepatlah slogan yang selalu berada dibibir pemimpin2 UMNO iaitu "Dulu, kini dan selamanya (kami menipu dan rakyat tetap sayang kat kami).
Nick.
Cape Tiger.
Orang-orang felda ibarat sudah jatuh ditimpa tangga dan misai pulak terkena taik ayam. Ada faham ka?
ReplyDelete