Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 20, 2016

Kata hantar Notis Tuntutan. Dah saman ke?

PAS saman Sarawak Report demi jaga maruah, kata Mahfodz

  | December 20, 2016
Mahfodz berkata, PAS mengambil masa lebih 3 bulan untuk membuat keputusan menyaman Clare, selain penasihat undang-undang di London berpendapat peluang mereka menang adalah tinggi.
PETALING JAYA: Tindakan PAS menghantar notis tuntutan kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown bukannya gimik politik, sebaliknya ia keputusan untuk menjaga maruah pimpinan parti yang difitnah menerima dedak daripada perdana menteri, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Ketua Dewan Ulama PAS itu menyangkal dakwaan Datuk Zaid Ibrahim yang notis tuntutan itu adalah gimik politik dengan berkata, parti itu mengambil masa lebih 3 bulan untuk membuat keputusan, selain penasihat undang-undang di London berpendapat peluang mereka menang adalah tinggi kerana ada kes seumpamanya di negara berkenaan.
“Ia sebagai cara untuk membuktikan PAS tidak menerima dedak itu dan (menunjukkan ia) fitnah, maka sebab itu kita membuat keputusan menyaman Sarawak Report.
“Kerana bukan di Malaysia sahaja fitnah itu tersebar, bahkan di seluruh dunia. Takkan kita nak berdiam diri,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid berkata, keputusan PAS menghantar notis tuntutan kepada Clare bagi menuntut penarikan balik artikel yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak merupakan gimik politik.
Katanya, Majlis Syura PAS perlu memikirkan semula tindakan itu dan memberitahu ahlinya implikasi tindakan menyaman Clare.
Malah, Zaid berkata, ramai ahli PAS tidak sedar saman difailkan di London itu akan menelan belanja RM1.5 juta daripada segi kos guaman dan rakyat mempersoalkan dari mana wang itu diperolehi.
Mahfodz berkata, beliau tidak tahu kos guaman yang perlu ditanggung PAS untuk menyaman Clare.
“Itupun kita sudah fikirkan masak-masak dan bukan sahaja daripada PAS, ada juga penyumbang simpati kepada PAS yang mungkin memberi sumbangan untuk membayar kos guaman itu,” katanya.
Beliau “berterima kasih” kepada Zaid atas pandangannya itu, tetapi tegasnya PAS akan melakukan penilaian dan perbincangan terperinci sebelum membuat keputusan berhubung sesuatu perkara.
Datuk Zaid Ibrahim berkata tuntutan saman PAS terhadap pengarang Sarawak Report itu akan hanya membawa kepada pendedahan yang memalukan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa