Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, December 19, 2016

Masih ada rupanya penyokong tegar yang bodoh politik!

Penyokong bengang Menteri Umno berpimpin tangan dengan Lim Guan Eng

BEBERAPA gambar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng berpimpin tangan di Rainbow Skywalk tersebar dan menjadi viral di laman sosial hari ini.

Penuh newsfeed aku tengok kawan-kawan facebook share gambar Nazri dan Lim Guan Eng.

Pelbagai reaksi kawan-kawan dan orang ramai dapat dilihat di media sosial, berikutan tersebarnya gambar tersebut. Tapi aku tertarik dengan reaksi salah seorang pengguna facebook yang meluahkan rasa bengangnya menulis di group penyokong tegar Umno, Friends of Umno.
"Penyokong Umno bawahan dan orang awam macam kita ni nak terkeluar anak tekak maki DAP siang malam, pagi petang.

Menteri Umno tenang je siap berpimpin tangan bagai dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dah macam Bangla 2 sahabat.

Kena perbodoh je dengan orang politik..." tulisnya.

Aku rasa kasihan dengan budak ni, mungkin selama ni dia dengar dan lihat pemimpin-pemimpin Umno hari-hari maki dan kutuk DAP, hasut penyokong Umno pertahankan negara daripada DAP kononnya DAP ni macam alien dari planet asing nak menakluk bumi.

Mungkin juga dia terpengaruh dengan propaganda pemimpin Umno yang setiap hari cakap kononnya DAP ni musuh Islam, nak murtadkan Melayu dan sebagainya, jadi dia rasa DAP ni musuh yang sangat berbahaya.

Padahal semua pemimpin Umno tu maki hamun DAP, mainkan sentimen Agama, Bangsa dan Raja untuk tarik undi orang Melayu, sebab nak menang undi lawan DAP. 

Kalau kalah pilihanraya tak dapatlah pemimpin Umno nak jadi menteri, tak dapat jadi menteri tak adalah gaji puluh ribu sebulan, yang kau penyokong bawahan beriya pergi maki DAP sampai nak terkeluar anak tekak tu dah kenapa?

Kahkahkah...

- sumber

2 comments:

  1. macai umno...apa yag mereka tau mengenai politik..dah la kerja malas..harapkan dedak pemimpin umno ja..

    ReplyDelete
  2. Kah Kah Kah....... UG UG UG!.... Kah Kah Kah..... Penyokong tegar amanah kutuk YDPA apa cerita...... Takkah bodoh? Admin juga Penyokong tegar PAN dan PKR sehingga sanggup tabur fitnah dan kutuk ulamak serta agama sendiri!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa