Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 19, 2016

Sampai hatinya dia, tinggalkan gitu jer?

Polis buru pemandu Proton Waja terlibat kemalangan
18 DISEMBER 2016
Polis buru pemandu Proton Waja terlibat kemalangan Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di KM 261.5 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Seremban hari ini. Mangsa Muhammad Iskandar Syarial, 24, yang memandu kereta Produa Alza maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 6.15 pagi itu. Mayat di hantar ke Hosptal Tuanku Jaafar untuk bedah siasat. - Foto Bernama

SEREMBAN - Polis meminta pemandu atau pemilik Proton Waja WMT 1812 hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, bagi membantu siasatan melibatkan kemalangan tiga buah kereta di Lebuhraya Utara Selatan KM261.5 arah Selatan, pagi tadi.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, seorang lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan Perodua Alza, Toyota Rush dan Proton Waja.

"Dalam kemalangan tersebut, pemandu kereta Perodua Alza seorang lelaki berusia 24 tahun telah maut di tempat kejadian dan pemandu kereta Toyota Rush tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Manakala pemandu kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran WMT 1812 telah meninggalkan lokasi kejadian dan sehingga kini masih belum tampil memberi keterangan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Thiew meminta orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian ini, tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Zul Fadzliah di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-60333400. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa