Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, December 19, 2016

Siapa Pengkhianat sebenarnya....?

Walaun Pas dok bising kata PKR , DAP dn Amanah ni pengkhianat.. Walaun Pas tau ka peristiwa ni....?

Siapa Pengkhianat sebenarnya....?
PAS parti pengkhianat.

2 adun PAS ni la menjadi penyelamat kerajaan PR Selangor

________________________________________________
2 ADUN PAS belakangi parti

JUMAAT, 15 OGOS 2014 @ 7:32 AM
SUBANG JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS semalam membelakangkan keputusan parti itu untuk terus menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Abdul Khalid.

Mereka bersama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR semalam menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid dan menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani mereka.

Nyata sokongan

Dr Wan Azizah berkata, semua 30 ADUN itu menyatakan sokongan kepadanya untuk mengambilalih tugas sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Dengan perkembangan ini, kami mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) sekurang-kurangnya empat ahli berbanding seorang ahli Bebas, 12 ADUN UMNO dan 13 ADUN PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Minggu lalu, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian semua 15 ADUN Selangor daripada parti itu akan terus menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Kelmarin, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, selagi belum keluar sebarang keputusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PAS pada 17 Ogos ini, wakil rakyat PAS akan terus bersama Abdul Khalid.

Dr Wan Azizah berkata, beliau sudah mengutus surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan baginda seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi Speaker memanggil sidang DUN untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar.

"Saya nasihatkan Abdul Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau sudah hilang sokongan majoriti," katanya.

Dr Wan Azizah berkata, Abdul Khalid seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran selepas sah terbatal keabsahan beliau sebagai menteri besar.

"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran kerajaan Selangor kepada pakatan pembangkang supaya segala perancangan dan dasar dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan oleh rakyat," katanya.

Selain itu, katanya, beliau juga menyeru ADUN yang belum membuat sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini bagi mengembalikan pentadbiran kerajaan Selangor seperti biasa.

Tak rujuk pimpinan PAS

Sementara itu, Saari dan Hasnul yang mengakui tidak merujuk pucuk pimpinan PAS dalam membuat keputusan menyokong Dr Wan Azizah sedia berhadapan tindakan dibuang parti atau sebarang tindakan disiplin.

Katanya, mereka ada menghubungi pimpinan PAS tertentu bagi memaklumkan sokongan kepada Wan Azizah dan mendapat nasihat agar meneruskannya.

Hasnul mengakui tahu mengenai sokongan PAS kepada Abdul Khalid namun menganggap Wan Azizah lebih layak kerana mendapat sokongan majoriti.

"Kami sedar mendahului keputusan parti yang hanya akan bermesyuarat Ahad ini, namun merasakan ini adalah tindakan terbaik selepas Abdul Khalid enggan meletak jawatan," katanya.

1 comment:

  1. Kah Kah Kah..... Admin dok tabur cerita fitnah dan dongeng.... Kau ingat netizen hidup zaman batu dan tak boleh cari maklumat benar...... LU akan tenggelam bersama2 PAN penyebar fitnah no 1!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa